Thursday, February 18, 2016

Rahsia kulit telur #Petua

Assalamualaikum.. Alhamdulillah, tadi aku terjumpa 1 petua baru untuk halau or bunuh serangga dekat rumah kita tu.. kejam sangat ke bunyik bunuh tu??hehe
Ok lah, korang pernah rebus telur tak?? lepas kupas kulit telur tu, korang buat apa?? buang?? aipp, lepas ni jangan buang lagi tau.. dengan hanya guna kulit telur, kita boleh halau semut, lipas (eeee aku memang penggeli serangga ni, bukan aku je tapi semua adik beradik aku benci serangga ni..haa jangan nak gelak eaa), dan serangga perosak serta tikus pon boleh tau.. Ada step yang korang kena ikut dulu..
1. korang kena keringkan or jemur kulit2 telur di bawah cahaya matahari.. 
2. Korang kena tumbuk halus supaya jadi macam serbuk or tepung.. guna lah batu lesung.. kalau nak pakai blender, aku tak sure pulak..tapi boleh try..hehe
3. Korang masukkan dalam bekas kaca supaya tahan dengan lebih lama..
4. dah boleh tabur dekat tempat2 yang biasa serangga2 ni menyorok atau lalu lalang.. InshaAllah, serangga2 tadi macam lipas tu mati.. TAPI KORANG KENA MAKE SURE JANGAN ADA TEMPAT TERMISS PON TAU SUPAYA LIPAS TU TAK DAPAT LARI.. maap bunyik macam kejam yee.. untuk anai2 pulak, korang letak dekat lubang keluar masuk anai2 tau dan lagi bagus kalau dapat jumpa sarang anai2 nie..
Semoga bermanfaat yee..
Boleh la aku start experiment lepas ni.. Habis lah riwayat lipas kat rumah aku tu..hahahaha

kulit telur 

kulit telur yang telah ditumbuk

antara serangga yang boleh dihalau or dibunuh

3 comments:

alya chan said...

good tips, selama ni dok buang je kulit telur. lepas ni boleh cuba.

Umie Yana said...

@alya chan
sama laa.. main campak je dalam tong sampah..hehe.. Selamat mencuba >,<

alia farhan Said said...

Salam singgah

jom join GA dari kami untuk menangi MBO Voucher

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg