Monday, December 19, 2016

Semerbak Rampai Kasih UPDATE!!!

Semerbak Rampai Kasih??. Tidak tahu di mana?? Meh akak cerita sikit.. Semerbak Rampai Kasih merupakan pengeluar bunga rampai yang dibuat secara homemade yang 100% dibuat segar dan wangi khas untuk peminat dan pelanggan yang inginkan bunga rampai yang berkualiti.. Antara majlis yang kami jalankan adalah majlis pertunangan, majlis berkhatan, majlis akikah, kenduri dan majlis perkahwinan.. Kami beroperasi daripada Kota Tinggi, Johor. Yaa Johor namun jika anda berada di luar Johor pun, kami berbesar hati menerima order anda.. Tetapi diingatkan kepada semua pelanggan yang mulia, order anda haruslah tidak kurang daripada sebulan atau tiga minggu lebih awal agar memudahkan kami menguruskan order anda dan dapat memastikan kualiti bunga rampai tersebut.

Untuk urusan pengeposan, kami lebih menggunakan perkhidmatan Pos Laju namun masih mengikut perkhidmatan pengeposan yang tersedia di kawasan perumahan anda.. Oleh itu harga kami tidak termasuk pos untuk mengelakkan masalah di kemudian hari.. Perlu diingatkan di sini bahawa pihak kami akan hanya menghantar sesuatu tempahan dalam tempoh seminggu daripada tarikh majlis yang akan dijalankan bagi menjamin dan mengekalkan kualiti bunga.rampai yang harum dan terbaik apabila pihak tuan atau puan menerima tempahan yang tersebut.





 Ini antara yang telah kami buat mengikut tempahan pelanggan kami

Oleh itu, sebagai memenuhi permintaan yang semakin bertambah hari demi hari dan untuk menampung kenaikan harga barang dan perkhidmatan pengeposan yang semakin meningkat pada masa ini, kami maklumkan untuk menaikkn sedikit harga bagi setiap tempahan yang kami terima iaitu:

HARGA BORONG UNTUK BUNGA RAMPAI MENGIKUT KG IALAH:
½ KG = RM 95
1 KG = RM 180

UNTUK DOORGIFT PULA, KAMI MEMBERI HARGA YANG SUPER DUPER MURAH IAITU:
50 BIJI DALAM UNCANG POKET BAG = RM 130
100 BIJI DALAM UNCANG POKET BAG = RM 210
50 BIJI DALAM KAIN NET YANG BERBENTUK SUP BUNJUT = RM 120
100 BIJI DALAM KAIN NET YANG BERBENTUK SUP BUNJUT = RM 200

Jika terdapat permintaan selain daripada yang tertera di sini, anda boleh terus berhubung dengan pihak kami.. InsyaAllah kami ada jalan penyelesaiannya.. Kami turut menerima tempahan mengikut permintaan anda dan akan memberi harga yang istimewa yang setanding dengan permintaan anda serta jangan risau sebab harga masih boleh dirunding.. 

Antara feedback yang kami perolehi daripada pelanggan.. Terima Kasih

Untuk urusan penempahan dan pertanyaan, anda boleh berhubung dengan saya atau adik saya di:-

UMMI (saya)   = 011-12329145 (Call dan Whatsapp)
Angah = 011-61235011 (Call dan Whatsapp)
Facebook = Semerbak Rampai Kasih
“INGAT BUNGA RAMPAI, INGAT SEMERBAK RAMPAI KASIH"

Sunday, December 18, 2016

R.I.N.D.U


Lamanya tak update blog ni.. rindu gila.. selalu pandai curi masa nak update tapi sekarang..... haihh kerja bukan main banyak lagi, dengan dropship #pepiumkochek lagi dengan sikap Malas lagi.. semua menganggu.. Kalau korang nak tahu, sekarang umie tengah minggu study week.. cepat jekan 14 minggu berlalu.. tak terasa langsung pun.. ni buka blog kejap sebab menahan ngantuk dalam library yang sejuk sangat ni.. menggoda betul time2 macam ni.. mana taknya, asyik teringat kat katil double dicker kat rumah perwira tuu.. 

Kawan2 kat sini??hahaha
Biasalah mana2 korang pergi pun mesti jumpa kawan yang baik dan kurang baik.. yang positif dengan kurang positif.. hehe.. samalah dengan aku kat sini.. ada yang mula2 aku sangka baik tapi hancuss dan sebaliknya.. so sekarang aku lebih selesa dengan roomate aku yang lebih kurang gila jugak dengan aku.. Even dia umur 21 tahun tapi bolehlah nak masuk kepala dengan aku.. Memang lumrah dunia kan macam ni.. tapi bila dah besar ni aku sedar yang aku kena pandai berdikari sendiri, sampai bila nak harapkan orang lain..

Nanti aku update pasal #pepiumkochek tu ea.. hehe.. comfirm korang suka dengan pepium ni.. wangi weii.. serius talk tau ni.. tak main gurau2.. buat sementara ni, korang ushalah dulu facebook aku yee.. jangan risau harga mampu milik.. Rm17 jee.. tapi comfirm korang puas hati.. okaylah nanti umie update lagi yee.. jangan rindu umie tau.. Love U, all blogger..

Friday, October 7, 2016

Berhabuk ke??

Lama betul tak update apa-apa.. Rasa dah hampir sebulan kot tak bukak blog ni.. Boleh tahan tebal jugalah habuknya.. Maaf ye pada rakan-rakan yang melawat hiphiphorray akui ni.. Maklumlah sejak berhenti keje ni, sibuknya lagi bertambah-tambah.. Sebenarnya aku dah bergelar student sekarang.. hahaha.. Peh, tak sangka dapat sambung dekat tempat yang aku idam-idamkan dari dulu.. Yela dulu selalu tengok je, sekarang aku dapat pusing-pusing dalam tempat ni.. Sampai sesat tau dok pusing-pusing kat situ..hehe.. Nak tahu tak aku sambung kat mana?? Tadaaaa
Alhamdulillah.. Aku dapat menyambung pengajian di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia weii.. SubhanaAllah, sujud syukur aku bila dapat result upu ni tau.. Aku dapat kos Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik Dengan Kepujian selama 4 tahun.. Tapi insyaAllah, kalau tolak tambah darab bahagi dengan transfer kredit aku hanya perlu 3 tahun setengah je untuk habiskan degree aku kat sini.. 
Shock culture?? Aku tak berapa nak shock lah sebab dah pernah lalui pengalaman macam ni sebeum ni masa menyambung pengajian di Politeknik Merlimau, Melaka.. Cuma terkejut dengan susunan jadual.. Kenapa nak terkejut?? Yela sebelum ni, jadual kelas dah siap so aku just daftar kursus je tapi this time aku kena susun sendiri jadual daripada hari ahad sehingga khamis.. Nampak tak kelam kabutnya macam mana?? hahaha.. Asyik-asyik clash je dengan kelas lain.. Tapi alhamdulillah lepas mintak sign untuk tukar section, mohon masuk kelas lain.. Aku dapat 17 kredit untuk first sem ni.. # paper final.. Fuhhh.. 
Jadual tak pack ke?? Hari yang paling letih ialah hari rabu sebab kelas daripada pukul 8 pagi sampai 6 petang.. nampak tak berapa penatnya aku ni?? Selain hari rabu, kelas aku start pukul 11 pagi tapi tak sampai lewat petang laa.. so dapatlah cover rehat..hehe.. 
Panggilan untuki lecturer pun dah bertukar... Mana taknya before this, just call Encik, Puan jeee.. ni kena panggil Dr pulak.. masa mula-mula aku main suka je panggil Encik dengan Puan.. Nasiblah ye.. mulut dah terbiasa tapi sekarang okaylah sikit..hehe.. 
Dalam UTHM ni, gila besar weii.. Kalau kau tak kuat semangat, awal-awal dah give up nak carik kelas kuliah yang merata tempat ada..hahhaha.. Dengan basnya lambat bagai.. Kelas tak tahu kat mana.. Main redah jee.. Yang geramnya, kat sinikan bukan semua tempat bas lalu so kenalah jalan kaki ke sana sini.. Jaraknya nya nak cakap jauh tidaklah tapi nak cakap dekat pun tak.. mahu basah jugaklah baju ni.. Jalan shortcut pun tak banyak.. Still kena lalu jalan utama... Eh jangan cakap aku kutuk yee.. Cuma luahan perasaan kejap jee.. hehe.. 
 

Friday, August 12, 2016

Giveaway Birthday by Cik Eyz


Klik banner

Selamat hari jadi Blogger Eyz.. Semoga Cik Eyz panjang umur dan sentisa di bawah lindungan Allah S.W.T dan gembira serta bahagia di samping keluarga tersayang.. 

Giveaway Diagnosis Apokalips Part 2 by stnrsyfh

 
SAYA NAK DIAGNOSIS APOKALIPS . SEMOGA DIAGNOSIS APOKALIPS MENJADI MILIK SAYA

Untuk penyertaan, klik banner yee.. 
Sehingga 5 Oktober 2016

Friday, August 5, 2016

Salah siapa??


Baru-baru ni, aku telah dilanda musibah.. teruk tak teruklah tapi still menyakitkan jiwa raga mak nokk.. Rabu 13 Julai 2016 bersamaan 8 Syawal 1437, aku telah dilanggar oleh sebuah kereta mewah masa nak pergi kerja.. Tak salah aku, aku keluar rumah pukul 8.15 pagi gitu. Tak sampai 5-6 minit aku gerak, bummmm….. Ya Allah, macam-macam perasaan masa tu.. menggigil jangan cakap laa.. Benda aku sendiri tak sangka sebab jalan yang aku jalan memang betul… Allahuakhbar!! Allahhuakhbar!!

Aku dah bertembung dengan kereta tu daripada jalan keluar rumah lagi namun aku hanya mengikut belakang meskipun aku hanya membawa motorsikal.. Masa tu, jalan yang aku lalui ada 2 line dan jalan yang sama kereta itu ikut adalah line belah kanan.. SubhanaAllah!! Memang aku tak sangka.. yelah, kalau dah kereta tersebut jalan belah kanan, dah tentu-tentu dia takkan belok kiri.. Owh ye, jalan yang aku excident tu ada simpang tiga.. Oleh kerana aku berpendapat yang kereta mewah tadi hanya terus sahaja jadi aku melalui jalan kiri sebab aku ingin belok kiri selepas simpang tiga tadi.. TAPIII…..

Tanpa disangka kereta tadi belok kiri biarpun dah sampai bahagian tengah jalan simpang tersebut.. Oleh kerana aku di sebelah kiri kereta tadi, aku tak perasan ada signal yang dinyalakan sebab aku betul-betul bersebelahan tempat duduk pemandu tersebut.. Ya Allah, dia langgar aku.. dekat sangat muncung kereta dia dengan lampu depan motor aku.. Terkejut aku terus mengelak dan terbaring di tengah simpang tiga tu.. Macam-macam perasaan aku masa tu.. memang terkejut jadi aku hanya beristighfar sahaja.. Astagfirullah, Astagfirullah banyak kali.. tangan dah menggigil.. Dalam waktu yang sama, aku ralat sebab orang yang cuba membantu aku telah menjahanamkan motor aku yang tak sampai setahun lagi aku guna.. bayar pun tak habis lagi.. Allahuakhbar!! Macam mana dia jahanamkan?? Oleh sebab aku jatuh di belah kanan, jadi orang ni try angkat motor aku daripada belah kanan.. Korang tahukan motor auto macam mana?? Hanya perlu press atau putar sedikit pemegang motor yang belah kanan jadi dah comfirm2 motor gerak sendiri..

Tapi manusia ni tadi bukan pusing sedikit je malah lebih lagi hingga aku yang luka ni nak kena kejar dia pulak.. Aku dah cakap matikan dulu enjin masa dia nak tolong tapi tak dengar cakap.. Last2 dia dah kena macam tu, eh dia main hempas motor aku.. tergamam aku kat situ.. habis calar balar motor aku.. tadi dah belah kanan sekarang belah kiri.. tu tak pe lagi, ni sampai seat motor aku patah weii.. patahhh.. Alahai…

Serius wei, aku sendiri macam tak percaya dalam sekelip mata semua tu jadi..  lepas aku call ayah aku yang aku accident, aku pergi check kereta mahal yang langgar aku tadi.. Terdapat kesan calar akibat bergesel dengan motor aku tadi.. Dia pun minta maaf sebab tak perasan aku kat sebelah kiri kereta dia.. Aku pun dah tak boleh nak cakap apa dan biar ayah aku yang tolong settlekan..
Orang yang “menolong menjahanamkan” motor aku?? Hahaha, dia dah pergi kemana entah.. marah?? Mestilah marah sebab harga nak repair seat motor aku tu pun dah bersamaan harga bayar bulan-bulan la weii.. Motor apa yang mahal sangat nikan.. Aku pakai motor SYM Jet motor tu yang barang gantiannya mahal nak mamp__ … Tapi Alhamdulillah, aku tak cedera teruk tapi still dapat cuti 3 hari sebab satu badan sakit-sakit..



Nasihat aku pada semua pengguna jalan raya tak kisahlah jalan kampong ke jalan Bandar ke.. Tolonglah berhati-hati.. Ada side mirror tu gunalah.. Ikut jalan yang betul.. Ingat jalan belah kanan untuk lurus dan belah kiri adalah untuk belok.. Jangan nak ikut otak sendiri jeee.. Hari ni hari aku, tapi sapa tahu esok lusa hari kau pulak..  Kepada orang nak membantu, terima kasih aku ucapkan dan tahniah sebab menjadi manusia yang berhati perut tapi tolonglah dengar cakap orang.. Kang tak pasal-pasal orang lain yang accident tapi orang lain yang masuk hospital.. Diharapkan kisah ini menjadi ikhtibar untuk kita semua.. Maaf jika tersalah cakap sepanjang menulis peristiwa pahit ni tadi.. Wassalam

Thursday, August 4, 2016

7 aplikasi yang boleh menyebabkan bateri telefon pintar anda cepat habis!!

Selamat pagi.. Selamat menjalani ibadah puasa yang ke 8 hari ini.. Alhamdulillah, cepat je masa berlalu tanpa sedar kan.. Sejak-sejak ni, aku payah bebenar nak up entri baru melainkan segmen-segmen dan giveaway yang dianjurkan oleh rakan blogger aku yang lain.. Terima kasih sangat-sangat sudi menjemput hiphiphorray yee.. Really touching my hearts  ..hehe


Tentu awak-awak pernah melalui masalah ini bukan.. Biarpun baru 1 atau 2 jam, anda mengecas telefon pintar anda, ia tetap akan kehabisan bateri.. Terlalu banyak punca berlakunya masalah ini.. Sama ada kecerahan cahaya yang digunakan, sentiasa aktif data atau menggunakan Wi-Fi atau aplikasi yang terdapat dalam telefon pintar anda.. Cuba anda fikirkan, apakah aplikasi yang sentiasa anda gunakan atau yang sedia ada di telefon anda..

Dengan perkongsian ini, sudah tentu kawan-kawan akan terkejut kerana banyak aplikasi yang 'menelan atau memakan' bateri telefon anda dengan senyap dan tanpa meninggalkan kesan.. Ingin tahu aplikasi apa yang menyebabkan punca berlakunya keadaan ini?? Jom saya kongsikan.

Antara aplikasi wajib yang ada bagi pemilik telefon pintar sudah tentu aplikasi yang popular. Mari kita ubah supaya bateri telefon kita dapat menyimpan bateri dengan lebih lama lagi..

1. Facebook


Seperti sedia maklum, aplikasi Facebook adalah salah satu aplikasi yang amat teruk untuk bateri anda. Ini disebabkan, aplikasi ini akan sentiasa meminta maklumat tentang peranti yang anda gunakan. Hal ini kerana ia tidak boleh dikemas kini secara automatik yang memerlukan anda mengklik "refresh" yang juga penyebab kehabisan bateri anda. 

Untuk langkah mengatasi masalah ini, anda perlu memastikan yang aplikasi Facebook yang ada di telefon pintar anda adalah versi yang paling latest kerana aplikasi Facebook telah menemui jalan penyelesaian untuk menghalang masalah ini berulang. Versi terbaru tersebut adalah pada Oktober 2015.

Adakah anda menggunakan Facebook setiap hari?? Ia sudah tentukan tapi pastikan anda telah tutup aplikasi ini sekiranya anda tidak ingin gunakannya. Untuk melakukan ini, anda perlu pergi ke tetapan peranti anda dan mencari bahagian yang membenarkan aplikasi untuk mengemas kini secara automatik di latar belakang. Untuk melakukan ini pada iPhone,Settings > General > Update Apps in the Background, dan disable the Facebook option.

Ada juga yang mengatakan dengan disable the Facebook option ini, ia dapat menjimatkan data internet anda sekiranya anda tidak meng install aplikasi Facebook di Google Play malah terus melayari Facebook menggunakan browser di telefon anda whether di Google, Opera Mini atau sebagainya.

2. Candy Crush Saga


Permainan ini mungkin berbunyi beberapa kali, kerana ia adalah permainan mudah alih yang paling banyak dimuat turun di dunia ketika ini.. Ramai orang percaya bahawa tujuan permainan ini adalah untuk menghapuskan barisan gula-gula itu, tetapi sebenarnya, terdapat motif yang tersembunyi di sebalik "Candy Crush" adalah untuk menghabiskan bateri anda sepenuhnya tanpa sedar..

Seperti permainan mudah alih King, Candy Crush mempunyai keupayaan untuk mengalirkan bateri anda semasa ia di latar belakang, di mana permainan perlu menyambung ke pelayan setiap kali anda buka dan kemudiannya untuk menentukan berapa banyak masa yang tinggal dan berapa banyak nyawa anda miliki..

Jadi bagaimana anda boleh mengelakkan Candy Crush daripada membunuh bateri anda? Nah, senang jee anda harus  menutup aplikasi sepenuhnya jika tidak menggunakan permainan ini..

3. WhatsApp Messenger


Sama seperti Facebook, WhatsApp sentiasa berjalan dan berfungsi serta sentiasa menunggu seseorang untuk menghantar messaage kepada peranti anda.. Semakin banyak aktiviti sosial yang anda lakukan, lebih cepatlah ia akan melahap (makan) ke dalam bateri anda.. Logik ke tak??

Jadi, bagaimana anda boleh berhenti daripada menjadi sebegitu agresif? Yes, seperti Facebook juga, kita hanya perlu memperbaiki fungsinya untuk berhenti bekerja di background Whatsapp dan akan menjimatkan satu tan data dan bateri telefon anda. Mengapa tidak menggunakan PC short / Mac WhatsApp sahaja untuk jimatkan bateri anda??

Jika anda suka perubahan, cuba lihat kebanyakkan pengguna kini telah beralih kepada saingan terbesar WhatsApp iaitu Telegram..

4. Twitter


Berapa kali yang anda Tweeting sehari? Jika ia banyak digunakan, maka ya, aplikasi rasmi Twitter tidak adalah perkara yang terbaik untuk bateri anda.

Jadi apa yang anda boleh lakukan? Well, bernasib baik, terdapat banyak alternatif ke aplikasi rasmi, seperti Twidere, Plume dan HootSuite, yang tidak menggunakan seberapa banyak data dan bateri sebagai aplikasi Twitter. Salah satu yang terbaik, pilihan mudah adalah untuk hanya mula menggunakan Twitter melalui pelayar internet mudah alih anda.

Jika anda tidak cukup bersedia untuk melepaskan aplikasi, anda juga boleh menghalangnya daripada berfungsi di latar belakang (dalam tetapan peranti anda) dan dengan memastikan aplikasi ditutup apabila tidak digunakan.

5. Skype


Terdapat beberapa laporan yang menunjukkan bahawa aplikasi Skype sebenarnya boleh menggunakan sehingga 30% daripada bateri mudah alih anda setiap hari semata-mata kerana ia sentiasa berfungsi  di latar belakang hanya dalam kes yang mana ada sesiapa yang membuat panggilan atau menghantar mesej kepada anda.

Terdapat banyak panduan di internet yang mencadangkan bahawa ia adalah yang terbaik untuk mengeluarkan aplikasi sepenuhnya, sebaliknya memilih untuk memilih ciri-ciri panggilan bahawa Facebook dan WhatsApp yang telah tawarkan. Seperti aplikasi lain, ia juga mungkin untuk menghentikan Skype daripada bekerja di latar belakang tetapi anda mungkin boleh terlepas panggilan dan mesej kerana anda tidak akan dapat menerima notifcations. Ini kerana tidak ramai orang menggunakan Skype untuk mesej segera lagi. Ini adalah mungkin pilihan yang berdaya maju dan mudah.

6. Google Maps


Apa-apa permohonan GPS boleh menyebabkan status bateri anda menjunam dalam masa yang singkat kerana aplikasi perlu sentiasa menyambung kepada pelayan mereka untuk mencari anda di mana sahaja. Kali ini, kita perlu menggunakan akal kita untuk menjimatkan bateri kita.

Ketika mencari bagaimana untuk mendapatkan dari A ke B, dan anda sudah tahu di mana anda akan sebelum anda berangkat, merancang laluan anda dan mengambil pukulan skrin arahan atau peta jika perlu, sebelum menutup permohonan itu sepenuhnya.

Penyelesaian lain adalah untuk tidak membenarkan apl untuk menggunakan perkhidmatan lokasi. Ya, ini mungkin kelihatan agak bercanggah, tetapi jika anda cuba untuk mencari arah untuk suatu tempat di bandar rumah anda, anda sekurang-kurangnya akan mempunyai idea kasar di mana anda berada, dan di mana anda akan. Jika anda benar-benar hilang, ia mengambil masa beberapa saat untuk mengaktifkan perkhidmatan lokasi untuk mencari dengan cepat cara anda.

7. Spotify


Spotify adalah perkhidmatan muzik streaming yang paling popular di dunia. "Streaming" adalah tidak elok untuk mana-mana jenis bateri dan ramai daripada anda akan mengalami kehabisan bateri yang agak drastik jika menggunakan aplikasi ini pada setiap hari. Terdapat dua penyelesaian yang boleh membaiki penggunaan bateri anda semasa menggunakan Spotify, tetapi untuk mencari yang mana satu adalah pilihan terbaik untuk anda, anda harus buat eksperimen sikit dengan kedua-dua cara ini.

a) Pilih untuk mendengar muzik anda menggunakan audio yang berkualiti lebih rendah. Sudah tentu, bunyi tidak akan sama, tetapi jika anda mempunyai perjalanan yang jauh ke hadapan, anda akan gembira masa tambahan ini akan memberikan anda.

b) Aktifkan pilihan Mod luar talian pada senarai main atau album kegemaran anda. Ya, ini akan mengambil beberapa memori dalaman peranti anda, tetapi anda tidak lagi akan penstriman audio. Anda juga boleh menyahaktifkan ia mudah apabila anda selesai.

Aplikasi ini bukan sahaja mempengaruhi penggunaan bateri kita malah turut melibatkan data internet kita. Ini antara penyebab kenapa data internet kita tak dapat bertahan sehingga ke akhir tempoh yang sepatutnya tanpa perlu meminta atau membayar lebih untuk mendapatkan lebih banyak data daripada pembekal mudah alih kita. 

Giveaway Birthday By Starlavenderluna

Klik banner

Jom meriahkan Giveaway sahabat blogger kita ni..
All the best

Tuesday, August 2, 2016

Giveaway Cash RM100 by Syira Lokman !

Assalamualaikum

hye semua ^_^ 

*sticky post*


Jom join Giveaway Cash RM100 by Syira Lokman !

Syarat :

1. Follow blog atau google +

2. Follow instagram *jika ada 
3. Follow twitter *jika ada

4. Like sahaja fanpage 
Cara mudah :

1. Follow SEMUA syarat.
2. Buat entry bertajuk "Giveaway Cash RM100 by Syira Lokman !"
3. Letak banner dekat entry. 
4. Backlink kan ke sini.
5. Publish!
6. Tinggalkan link entry giveaway anda di ruangan komen entry ini sahaja.


Special untuk anda?

Wang tunai RM30 x1 
Wang tunai RM20 x1 
Tapak Iklan free selama sebulan x1 
Topup RM5 x1 

[SyiraLokman]

(TOP REFERRAL)
 Wang tunai RM50 x1 

[nurfuzie] 


Pemilihan pemenang : pemilihan 100% secara random oleh Syira sendiri (penganjur) :)

jom ramai2 memeriahkan Giveaway Cash RM100 by Syira Lokman !  ^_^
InsyaAllah lepas ni mungkin ramai akan follow anda juga :)
Bersama merapatkan ukhwah ^_^


Mula : 1 Ogos 2016 
Tamat : 21 Ogos 2016


GIVEAWAY PERTAMA by FARAH SANUSI

Klik banner

Blogger Farah Sanusi mencari 10 orang pemenang tau.. 
Keputusan pemenang akan diumumkan pada 1 September 2016..
Kalau tanya aku, aku memang nak hadiah utama dia.. Dah lama nak try makan Dianz Vitamin tapi tak terbeli-beli je.. hehe

Jom join sekali ^^

Monday, July 25, 2016

First Giveaway by Anis Khalilah

Klik banner

Ibu, Kaulah Segalanya... Ibu yang telah melahirkan dan menjaga aku selama 22 tahun ini tidak tahu erti penat lelah dalam menguruskan kami 9 orang anak kesemuanya.. Insan yang digelar MAMA ini sentiasa menjadi tulang belakang dalam kejayaan kami bahkan dalam semangat kami turut mempunyai semagat cekal mama.. Aku akui, mamalah tempat aku meluahkan perasaan sayang, gembira, marah, penat lelah dan sebagaiya.. Namun beliau tetap utuh di belakangku mendoakan kejayaan aku selama ini.. Masih aku ingat, pertama kali duduk di asrama dulu.. Perasaan rindu dengan insan ini amat berat hingga hampir setiap malam aku mesti menghubungi mama.. Tidak kira siang, malam, pagi atau petang.. Mesti call.. Jika ada masalah pun, orang pertama aku cari mesti mama.. Yee memang mama tak dapat berbuat apa-apa kerana jarak kami amat jauh namun kelegaan meluahkan rasa amat membantu.. Kasih Ibu membawa ke syurga.. Kalau korang nak tahu, mamalah orang yang akan menjadi teman bergaduh.. menakutkan?? maksud aku bukanlah bergaduh sampai bertumbuk bagai.. Hanya bergaduh mulut.. Contohnya, apabila menonton cerita kegemaran kami.. Mesti kami akan simpulkan apa scene yang akan berlaku kemudian dan akan berdebat.. hahaha, sampaikan kadang-kala ayah yang pening kepala.. Dah anak mak, comfirm perangai aku akan ikut perangai mama sebab aku adalah orang yang jenis kalau dah cakap A, sampai bila-bila akan tetap dengan jawapan A.. Sebab tu, kami mesti bergaduh.. Tapi jangan pelik kalau mamalah orang yang aku suka usung ke sana ke mari.. nak g mall pun heret mama.. nak beli cool blog pun heret mama pada hal bukan jauh mana pun.. Nak cakap manja, aku bukanlah anak yang manja.. Hanya biasa-biasa sahaja.. Yelah berkongsi dengan 8 orang adik yang lain belum termasuk dengan ayah lagi..hehe

Mama, ain, mia dan aku (abaikan muka aku ea..hehe)

GA ini akan tamat pada 13 ogos 2016..
Jom meriahkan GA Cik Anis kita ni, menang kalah belakang kira tau..hehe


Travelog Faghuzi/Kompilasi Travelog 7 Benua GIVEAWAY By Aku Seorang Traveler

Klik banner
Hadiahnya adalah : 
- Hadiah Pertama 1x Buku Kompilasi Travelog 7 Benua
- Hadiah Kedua 1x Buku Travelog Faghuzi
- 3x Tabung (pelbagai corak) Untuk Simpan duit buat travel
mencari 5 orang pemenang!
Bermula daripada 20/7/2016 sehingga 20/8/2016 dan pemenang akan diumumkan pada 21/8/2016
Tag : http://jombercontest.blogspot.my/

Simple Giveaways by Snek Lazat... Popia free dek nooooonn...

Klik banner

100% Produk Muslim & Bumiputera, Halal

"Sedap, Rangup & Padat"

****************************************************************************
Kalau dah teringin sangat nak cuba Popia Mini  dan Karipap Mini Snek Lazat, jangan segan2 nak contact ye.

COD dari Pantai Cahaya Bulan hingga ke Ketereh ye. Penghantaran depend pada order ye. atau Agen Snek Lazat yang berdekatan ye -- KLIK SINI

SMS/ Wassap 0199517292 Mcna

FB - https://www.facebook.com/SnekLazat

Msg thru FB Snek Lazat- https://www.facebook.com/messages/SnekLazat

Ig @jom_singgah_shoppe





Official Website - www.jomsinggah.com

Segmen Bloglist 2016 by Cik Eyz

Klik banner

Cik Eyz mencari 10 blogger untuk dimasukkan dalam list bloglist beliau..
Jom join sekali yee..
Segmen akan tamat pada 30/7/2016 jam 8 malam manakala pemenang akan diumukan pada 31/7/2016

Fantastic 7 Giveaway by SpendaLusuh


Klik banner

Jom meriahkan GA daripada spendalusuh ni..
Beliau mencari 7 followers yang fantastic..
Pemenang akan diumumkan pada 1/8/2016 mengikut kelapangan masa tuan blogger yee
Akan tamat pada 31/7/2016

Thursday, July 21, 2016

Tutorial : Cara nak backlink url melalui gambar

Hari ni nak buat tutorial macam mana nak buat backlink kan gambar kepada sesuatu link yang kita nak.. Bukan salah pun nak kongsi ilmu ni kan.. Kebetulan ada sahabat blogger umie yang nak umie ajarkan cara nak backlink ni.. Jadi umie tolong ye kak .. Kalau ada tak faham, tanya jeee >,<

Step : 
1. Log In > Dashboard > New Post
2. Pilih gambar yang kita nak atau copy gambar daripada sesuatu segmen atau Giveaway


3. Ini adalah hasil setelah anda memilih gambar yang anda ingin atau setelah copy gambar sesuatu segmen.. Cara nak link kan url gambar kita pula yee..nampak tak box yang berwarna merah di bawah??? hah, klik box tu tau ^^

Ini gambar yang kita pilih

Ini gambar yang kita copy dan pastekan di draft kita

4. Lepas tu, muncullah gambar macam kat bawah ni pulak.. (banyak nye box.. jangan pening yee)


5. Kemudian, korang copy link yang yang korang nak backlink kan tadi dan masukkan dalam box merah di atas. Jadi hasil seperti di bawah yee

Ni step untuk copy link

Inilah hasil selepas copy and paste link tadi

6. Last step, apabila dah siap step kat atas ni.. Korang try klik gambar dan tengok sama ada kotak Link tadi ada berwarna biru jugak ke tidak seperti gambar di bawah ini..

Ini bermaksud anda dah berjaya linkkan gambar tadi.. yeahhh

Selamat mencuba.. Maaf atas segala kekurangan.. Jika ada pertanyaan, tanya jela yee ^^







 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg