Friday, April 22, 2016

Sinopsis Pujaan Hati Umi

Sebenarnya aku sendiri baru lagi tengok drama terbaru TV9 yang bertajuk Pujaan Hati Umi ni.. Yang menarik tentang dram ini mestilah aku suka tengok pelakon dia dulu.. Baru semangat nak layankan.. hihi.. Dalam drama ini, ramai pelakun yang sudah lama tidak nampak dalam kaca televisyen.. Dan drama ini memang lain daripada drama yang sebelum ni aku tengok kerana ia lebih mengisahkan kehidupan seorang ibu tunggal dalam mempertahankan keluarganya.. Okaylah cerita banyak pun tak guna, jom layan sinopsis drama ini yee..
Info :
Sebuah drama bertajuk Pujaan Hati Umi telah pun disiarkan pada 14 April 2016 di slot Azalea TV9 pada setiap hari Selasa hingga Ahad pada pukul 8:30 malam. Drama Pujaan Hati Umi membawakan konsep yang berlainan daripada kebiasaannya iaitu kisah kekeluargaan.
Drama Pujaan Hati Umi mempunyai 20 episod kesemuanya yang telah diterbitkan oleh SRS Production Sdn Bhd dan telah diarahkan oleh M Nazir. Untuk pengetahuan kawan-kawan, antara pelakon yang membintangi drama ini adalah Wan Maimunah, Talha Harith, Faye Khusairi, Wan Nor Azlin, Zain Hamid, Syaffiq Sahli, Sasqia Dahuri, Amanda Misbun, Nina, Haeryanto Hasan, Darren Zariff, Syasya Afiqah dan Kuza Muzaini. Selain itu, ini antara drama terakhir sebelum Faye Khusairi berhijrah.. Manakala lagu tema atau OST Drama Pujaan Hati Umi ini bertajuk Kau Biarkan yang dinyanyikan oleh Faye Khusairi sendiri.
Sinopsis :
Drama ini mengisahkan tentang Umi lakonan Wan Maimunah yang merupakan seorang ibu tunggal berusia 60 tahun. Beliau adalah seorang yang tabah dalam membesarkan 4 orang anaknya iaitu Razziah (Wan Nor Azlin), Razman (Zain Hamid), Razzi (Syaffiq Sahli) dan Reza (Talha Harith).
Umi adalah seorang yang amat dihormati oleh penduduk kampungnya. Malah dia pernah menerima Anugerah Ikon Wanita Warga Emas. Dengan kehadiran anak-anak dan cucu-cucunya, Umi berasa sangat bahagia atas kurnia itu.. Dia dapat merasakan bahawa kehidupannya telah lengkap dengan keluarganya itu.
Namun setiap keluarga pasti berdepan masalah dan ujian. Begitu juga dengan keluarga Umi. Kisah ini bermula apabila menantu sulung Umi iaitu Osman (Haeryanto Hasan) yang juga merupakan suami kepada Razziah telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Menyebabkan Razziah terpaksa memulakan kehidupan yang baru di rumah Umi. Manakala Razman pula langsung tidak pulang ke rumah kerana malu dengan Umi selepas dia meninggalkan majlis pernikahannya pada saat-saat akhir.
Umi cuba untuk menyembunyikan kesedihannya dengan harapan keluarganya akan kembali bahagia. Namun, sekali lagi badai menjelma apabila Reza memberitahu bahawa dia ingin mendirikan rumahtangga bersama gadis pilihan hati bernama Rita lakonan Faye Khusairi. Berita tersebut amat menggusarkankan hati Umi. Namun, hanya mampu bertahan demi kebahagiaan anaknya Reza.. Sebagai ibu dan juga seorang ketua keluarga, Umi mengharapkan dengan kehadiran Rita dapat mengembalikan menceriakan keluarga mereka. Tetapi lain yang diharapkan lain pula yang jadi apabila rupa-rupanya Rita mempunyai niat yang tersembunyi di sebalik perkahwinannya itu.. . Apa niat sebenar Rita terhadap keluarga Umi dan dapatkah Umi mempertahankan hubungan kekeluargaannya??
Menarik kan sinopsis Drama Pujaan Hati Umi ni.. Untuk mengetahui kesudahan drama ini, korang bolehlah menonton di TV9 pada setiap hari selasa sehingga ahad pada slot Azalea pada pukul 8.30 malam.. Selamat menonton !!



Inilah antara gambar pelakon yang membintangi Pujaan Hati Umi

Jom klik <SINI>

2 comments:

• Ain Cho'in • said...

Haishhhh kalau tengok betul-betul mesti seronok. Masalah-nya tengok cerita ni pun gitu-gitu jerk.

p/s : Thank you add akak kat facebook. Mujur cam siapa yang add akak. :)

Umie Yana said...

@• Ain Cho'in • kann.. hehe, terperasan kak Ain Cho'in borong creampuff tu yang add..nasib baik approved ^^

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg