Saturday, April 30, 2016

Cara Nak Daftar Google Adsense

CARA DAFTAR GOOGLE ADSENSE
Masa nak daftar Adsense sebelum ni, aku main bantai je sebab selalu tengok blog lain ada jadi berangan la nak buat..hehe.. Tak tahu pun blog aku tu layak ke tidak. Lantak depa laa.. Tapi yang bagusnya pasal Adsense ni, dia tak ada minimum requirement UV atau PV. Jadi blog mana-mana pun boleh buat asalkan dah ikut syarat yang aku bagi <INI>
Kalau UV tinggi kalau korang tak nak apply Adsense ni, ada banyak lagi yang boleh dipertimbangkan.. Antaranya Innity. Blogger Yumida ada share syarat-syarat untuk apply Innity. 
Adsense ni tak akan ubah status Glitterati Nuffnang korang kepada Non-Glitteratti pun so jangan risau yee..
Layak atau tidak apply Google Adsense?
Boleh buat preparation dahulu sebelum nak apply Adsense. Boleh rujuk entry ringkas sebelum ni mengenai Panduan Lulus Google Adsense. Kalau blog korang still baru, usia blog korang at least dah berusia 3 bulan baru ok.. Tapi depend keadaan blog korang jugaklaa..Macam mana nak tahu?? Hah, Korang try tengok blog korang tu dah layak apply Adsense ke belum dulu.. Korang boleh tengok di Dashboard sama ada pilihan Earning ada atau tak..
 
** Tu bermakna blog aku tu dah boleh apply AdSense laa
Apply Google Adsense
1) Pilih option Earnings macam dekat gambar di atas yang ada box warna merah tuu
2) Akan keluar halaman macam di bawah ini. Tekan Sign Up for Adsense

3) Tengok yang dalam bulatan 1 tuu. Change language, ke bahasa inggeris tapi kalau tak faham tukarlah bahasa melayu..
4) Klik "Yes, proceed with Google Account sign in" macam dalam bulatan 2.. Yang ni korang nak daftar Adsense menggunakan akaun Google blog korang.. Kalau nak tukar kepada akaun Google lain, klik "No, create Google Account"..
5) Isi semua details yang diperlukan dan klik butang SEND.. Akan keluar arahan seperti dibawah. 
Your Adsense account is awaiting approval.
Adsense team ni akan buat review terlebih dahulu tau terhadap blog korang. Merka nak make sure yang korang ikut syarat-syarat yang depa naklah.. Email kelulusan akan dihantar sekiranya blog lulus tapisan pertama. Selepas lulus tapisan pertama, korang kena letakkan kod html Adsense ke dalam blog macam contoh kat bawah ni..

6) Selepas letak kod html, kena tunggu lagi untuk dapat kelulusan tapisan kedua supaya iklan keluar di blog. Sebelum blog lulus tapisan kedua, kod html yang kita letak di blog akan keluar blank space aje. Belum ada iklan yang keluar. Contoh email yang dihantar memaklumkan iklan Adsense dah diluluskan adalah begini:


Ada blog yang cepat proses kelulusan Adsense dia orang tapi Aku punya lambat tau.. Makan hampir 2 minggu weii baru dapat email tuu.. Ini semua sebab pihak AdSense nak tengok sama ada entri yang di post tu info atau rekaan semata.. Mereka ni cerewet tau.. Kalau ada yang korang copy paste pun, dia orang tolak.. Yelah, mestilah pihak AdSense nak entri yang hot dan bernilaikan.. Semuanya bergantung kepada entry yang dihasilkan dalam blog korang tuu.. Tapi macam mana kalau korang ada buat jugak copy paste ni?? Make sure korang kreditkan balik entri tu pada owner sebenar atau ubahlah sedikit ayat tuu.. janganlah nak copy semua sekali.. kalau aku pun marah..hehe.. Owh yee, kalau korang still degil, pihak Google AdSense ni takkan teragak-agak reject permohonan korang tu.. So fikir-fikirkanlah yee..
Semua info ni, aku dapat daripada <SINI>.. Terima kasih awak!!

Cara nak elak permohonan AdSense ditolak


Alasan Sebab ditolak oleh Google Adsense
- Ada yang aku baca, AdSense ni tak menyokong bahasa melayu walaupun ada bahasa lain yang lepas dalam masalah ini.. Sebagai contoh Indonesia.. Jadi jangan sesekali nak cuba guna bahasa melayu untuk permohonan AdSense ni.. 

- Yang kedua, TIDAK BOLEH ada copyright materials yang bukan hak milik pemilik atau lebih senang dipanggil ciplak hasil kerja orang lain.. Ini memang perlu di titikberat tau sebab ini adalah antara syarat yang amat penting.. Jika anda nak letak juga, korang kena upload melalui syarikat yang mengeluarkan video tersebut.. Misalannya, kita upload video yang biasanya diupload di facebook yang juga diambil melalui Youtube.. Tetapi jika video terbut tidak legal, jadi video itu biasanya akan di removed from Youtube dan menyebabkan video tadi akan muncul frame Youtube yang mengatakan "the video has been removed due to copyrighted material".. Oleh itu, korang just cari video yang di upload daripada syarikat rakaman tadi yee.. Then Settle!! Copyrighted material juga termasuk dalam link atau entry yang membawa kepada laman web yang dicabuli oleh copyrighted material. Ianya seperti link yang membawa kita untuk download free movie dari download free movies dan sebagainya. Tetapi jika ada, anda cuma perlu removed saja entri tersebut dan Selesai..

- Ketiga,  Adsense Policies mesti sesuai yee. Entah yang mana tak sesuai, tak tahu lah... Korang try la research yee sebab banyak ada

- Make sure widget dalam blog korang tak terlalu banyak dan buanglah widget yang tak berguna tu sebab Google AdSense tak suka blog yang terlalu berat dengan widget kita tuu.. 
- Korang boleh survey sendiri Adsense Program Policies & Term of Services untuk lebih keterangan lanjut. 

Tips lulus Google Adsense??
Meh aku kongsikan dengan korang tips-tips untuk lulus Google AdSense dalam sekali percubaan.. dah macam promote produk pulakkan..hehe 

* Buat pages untuk policy dan disclaimer (penafian). Korang boleh try tengok kat menu kat atas tu ye. 
* Ruangan untuk "Contact Me". Part paling penting, email tu mesti terpampang besar supaya jelas dan terang orang lain tengok..
* Widget "Search" 
* Button "Back To Top"
* Get rid all of copyrighted material daripada blog korang tu tauu...
* Buang semua entry yang berkaitan dengan download atau yang membawa kepada cara download secara haram..
* Korang kena buat entry yang mempunyai unsur-unsur info yee dalam entri korang tuu dan di nasihatkan sekrang-kurangnya 300 patah perkataan ke atas... 
* Gunakan template yang mesra Adsense. Ini juga menyumbang kepada mudahnya Adsense lulus.
* Masa nak apply Adsense, make sure pilih English as blog language yee.. (mungkin sebab dia tak paham bahasa lain kot.. hehe)

Rasanya itu aje yang aku ingat... Dan ini semua berkat blog <INI>.. Terima kasih yee

Friday, April 29, 2016

Drama Dia Semanis Honey

207.-DIA-SEMANIS-HONEY
Sekarang sudah menjadi trendkan apabila novel-novel yang ditulis oleh penulis tanah air diangkat menjadi sebuah drama panjang. Baru-baru ini, sebuah lagi novel yang diberi tajuk Dia Semanis Honey yang telah ditulis oleh Dila Dyna terbitan Kaki Novel.. Wahhh baca tajuk je pun kita dah feeling-feelingkan.. Belum tengok lagi drma ini lagi.. Untuk pengetahuan korang, drama Dia Semanis Honey ini akan mula ditayangkan pad 2 Mei nanti tau.. Nak tahu lebih lanjut?? Meh baca sinopsis yang kat bawah ni pulak yee
Sinopsis :
Bagi Hani, pertunangan ni tak sepatutnya berlaku. Bagi Ahnaf pula, pertunangan ini diterima hanya kerana taatnya seorang anak. Perbalahan semi perbalahan akhirnya membibitkan cinta. Tetapi saat diri sudah bersedia untuk bergelar suami, muncul pula Ariana menghancurkan segala impiannya untuk hidup bersama Hani. Hani ditinggalkan. Tiga tahun berlalu, Ahnaf kembali setelah sekian lama menyepi. Kembalinya lelaki itu saat Hani punya Adam di sisi, dan kehadiran Bella di sisi Ahnaf mengukuhkan lagi tembok pemisah antara mereka.
Adakah perkataan ‘sahabat’ itu hanya dibibir saja, sedangkan hati berbisik mengimpikan sesuatu yang lebih dari sekadar sahabat. Akan bersatu semula dua hati yang masih memendam cinta di hati masing-masing, atau pertemuan ini hanya akan berakhir dengan perpisahan sekali lagi? Adakah pertemuan sekali lagi ini akan mencipta sekali lagi perpisahan? Atau akan menjadi titik penyatuan dua hati untuk selama-lamanya??
Senarai pelakon :
Drama Dia Semanis Honey menampilkan pelakon dan penyanyi terkenal sebagai teraju utama dalam drama yang turut mempunyai 16 episod yang akan disiarkan di Astro Ria bagi menggantikan drama Suami Tanpa Cinta. Antara pelakon utama adalah Siti Nordiana sebagai Hani Safira yang akan bergandingan bersama Alif Satar sebagai Ahnaf Wafiy.. Selain mereka, drama ini juga menampilkan Hairul Azreen (Adam Hazrul), Hafeez Mikail (Hanafi), Farez Ridzwan (Hakimi), Ziha Salleh (Ara), Nadya Syahera (Bella), Falisha Crossley (Ariana), Aleza Shadan (Puan Munirah), Nina Juren (Puan Sri Hartini), Lan Kristal (Hafiz), Adam Mika (Nabil), Zainol macwiilson (Dr Farid), Danish Hazriq (Rayyan) dan Fatihah Baharum (Aishah).. Malah lagu yang dipilih untuk menjadi ost adalah lagu Memori Berkasih yang dinyanyi oleh Siti Nordiana bersama Achik Spin..


Program my Lesen fasa 2.0

Baru-baru ni, aku ada terbaca tentang My Lesen 2.0 telah mula menjelma kembali.. Ini comfirm betul sebab aku terbaca dekat facebook Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia yee.. Hari tu memang aku ada dengar ura-ura, tapi tak sangka pulak memang betul..^^ Okaylah, cerita banyak pun tak gunakan.. 

Program My Lesen ini telah dijalankan bermula tahun lepas iaitu pada 15 September 2015 sehingga 15 Oktober 2015.. Untuk pengetahuan korang, program ini adalah antara inisiatif kerajaan untuk golongan belia yang masih tidak mempunyai sebarang lesen yang sah terutamanya lesen kelas 2B iaitu dalam erti lain lesen motorsikal tunggal. Antara umur yang telah dikhaskan adalah belia yang berusia 16 tahun ke atas yang menetap di bandar mahupun luar bandar. Oleh kerana masih ramai yang mahukan program ini berlangsung maka pihak JPJ dan kerajaan berbesar hati mengadakan Fasa yang ke dua pula.. Kali ini, program My Lesen Fasa 2.0 akan bermula pada 6 April 2016 sehingga  6 Jun 2016..

Syarat-syarat permohonan :
1. Terbuka kepada belia yang berumur 16 dan ke atas
2. Warganegara Malaysia
3. Tidak mempunyai sebarang lesen memandu
4. Hanya sah untuk lesen B2 Sahaja
5. Menepati semua kriteria yang ditetapkan oleh pihak penganjur dan JPJ
6. Bayaran berjumlah RM299 termasuk GST berbanding harga sebanar adalah RM450
7. Bayaran tambahan akan dikenakan sekiranya gagal di bahagian 1/2/3 melainkan ujian lisan dan ujian bertulis.
8. Tidak disenarai hitam oleh JPJ atau polis

Tuesday, April 26, 2016

Google AdSense

Alhamdulillah, akhirnya permohonan AdSense untuk hiphiphorray diterima juga.. Setelah hampir 2 minggu aku menunggu.. Betullah kata blogger-blogger lain, nak buat AdSense ni bukan senang.. Kadang-kadang makan masa bertahun-tahun kalau kena reject.. Alhamdulillah aku tak kena reject mungkin sebab aku dah habis research kot tentang adsense ni.. hahaha.. Kalau sebelum ni, ruang atas box "Search" mesti blank jee tapi sekarang dah ada iklan.. Yeahhh!! hehe.. Patutlah semangat je aku nak bukak gmail pagi tadi... Rupanya ada berita baik.. InshaaAllah, semoga ada rezeki aku pada masa akan datang.. 

Sebenarnya banyak syarat untuk Google AdSense ni approved permohonan kita tau.. Mula-mula masa aku buat, pening jugak.. nak ini nak itu.. dahlah tengah serabut tapi berangan nak jugak buat google AdSense ni.. Padanlah muka kau umie oii.. Tapi bak kata pepatah usaha tangga kejayaan.. dapat aku merasa letak iklan adsense ni dalam blog yang tak seberapa ni..  Sebenarnya, adsense ni mempunyai function yang sama seperti 8share.. Cuma 8share kita kena buka melalui Google+ tapi iklan adsense ni automatik dalam blog kita.. TAPI diingatkan bahawa kita tidak boleh sama sekali untuk klik sendiri atau menyuruh orang klik dalam erti lain, kita menulis keywords dalam blog supaya ada rakan blogger yang lain untuk klik iklan tersebut.. Sebab pihak Google akan mengambil tindakan atas kita atau blog kita.. Sebenarnya banyak lagi, nanti ada masa aku update lagi yee..hehe

Monday, April 25, 2016

Sinopsis Drama Demi Cinta Ain


Setelah tamat drama Bodyguard baru-baru ini, drama Demi Cinta Ain telah pun mengambil tempat untuk mengantikan drama Bodyguard dalam slot samarinda di TV3 pada pukul 10 malam (ala yang mempunyai ramai pelakon sado tu).. Eh, tak nak lari tajuk.. Drama Demi Cinta Ain ini telah diiterbitkan oleh Zamriez Golden Pictures dan telah diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin. Seramai 4 orang pelakon utama yang akan digandingkan dalam Drama Demi Cinta Ain iaitu Nur Risteena Munim sebagai Ain. Aiman Hakim sebagai Aliff, Nazrief Nazri sebagai Adam, dan Zahirah Macwilson sebagai Mawar.. Malah, drama ini turut diserikan lagi dengan Nazeera Sardi, Jasmin Hamid, Zizan Nin, Nur Qistina Raisah dan Fazli Daniel..  Drama ini lebih mengemukan pelakon yang telah kita kenali sebelum ini.. Untuk pengetahuan kawan-kawan, drama ini mempunyai 15 episod yang telah bermula pada 19 April lalu.. Selain itu, ia juga membawakan tagline "Memang cinta kadangkala tidak seindah seperti yang kita impikan, Namun tidak bermakna begitu mudah untuk kita lepaskan"..
Sinopsis 
Alif dan Sakinah baru balik dari menjalani rawatan di hospital. Suraya bising kerana telah banyak wangnya dihabiskan untuk kos rawatan Sakinah sedangkan Alif semakin hari pula berdepan dengan pelbagai masalah kewangan. Suraya adalah ibu tiri kepada Sakinah dan Ain manakala Sakinah merupakan kakak kepada Ain yang kini berperang dengan sakit kanser. Suraya suka menyindir Alif dan membuatkan Aliff berasa sungguh terhina malah Sakinah pula tidak mampu berbuat apa-apa dengan sikap ibu tirinya itu terhadap suaminya. Ini kerana Suraya tidak suka dengan Alif kerana Alif adalah seorang banduan yang sahaja keluar daripada penjara, dan telah menyuruh Alif untuk membawa anak-anaknya keluar dari rumah kerana dia malu untuk menerima bekas menantu yang bergelar banduan itu. Manakala Ain juga tidak sukakan Aliff kerana abang iparnya itu panas baran dan sering memarahi kakaknya ketika Ain ternampak Alif melepaskan amarahnya pada Sakinah dan telah mengancam supaya Ain tidak mencampuri urusan Alif dan Sakinah lagi...

GiveAway Mei by Ann

Assalamualaikum wbt..hii
Bismillahirahmanirahim..

http://rennyenqop.blogspot.my/2016/04/giveaway-mei-by-ann.html
Klik banner untuk menyertai
Senarai Sponsor:
Ann , CikNurul , MissBanu , AmirahAzman , UmieYana , #JMbelog , Azira , Farrah

**Jom meriahkan Giveaway ni.. Sebab hiphiphorray menjadi sponsor buat pertama kali tau.. hehe dan maaf sponsor yang lain, umie tak ada insta laa..



Saturday, April 23, 2016

Tutorial : Buat Tab Menu Yang Simple

Selamat petang kawan-kawan hiphiphorray.. Dah baca aku nak buat tutor apa?? susahkan nak jumpa yang betul-betul faham.. aku pun banyak kali "try and error" tau.. Memang banyak yang dah buat tutor ni tapi maklum lah, otak bebal macam aku ni mana nak faham.. Last-last, aku gabungkan semua tutorial yang blogger dah lain buat.. Maka terhasillah pages seperti di atas ni..Alahaaii, letihnya weiii.. Jom follow step by step okay..

Step 1 : Buat New Pages
1. Buka Dashboard > Pages


2. Tekan pada tab New Pages


3. Klik New Page untuk membuat tajuk pada page korang (Ikut korang nak buat pages apa such as Home, Segmen, Tutorial)

**Contoh seperti di bawah ini
4. maka terhasillah begini (seperti di bawah yee)

STEP 2 : CARA NAK LINK KAN DEKAT BLOG KORANG
1. Dashboard > Layout

2. Next, tekan Add a Gadget macam kat bawah ni

3. Korang klik yang ada petak merah kat bawah ni yee

**Mesti jadi macam ni kan??

4. Kemudian, korang buat macam kat bawah ikut pages apa yang korang buat yeee.. mesti ada simbol | di antara satu pages dengan pages yang lain (untuk asingkan pages yang lain)..


5. Next, ni adalah step yang mana korang nak createlink


**So apabila korang dah klik simbol tu, maka muncullah gambar yang ada bold biru tu (seperti bawah)


STEP 3 : STEP NAK AMBIL URL PAGES
1. Dashboard > Pages (step ini korang akan bukak balik sepertstep 1 tadi)


**Lepas korang klik View, ia akan mucul seperti ini...


2. Copy link seperti di dalam box merah tu mengikut blog masing-masing dan pastekan kat dalam box yang ada tu


Kemudian, korang buat step yang sama untuk ke semua pages yang anda inginkan namun untuk page HOME, anda cuma perlu copy link blog anda dan gantikan seperti kotak link di atas.

3. Lastly, Save dan Preview hasil Pages kawan-kawan.. 

** Contoh gambaran agar lebih mudah

Maaf jika ada terdapat kesalahan, banyak perbezaan apabila membuat sendiri dengan menerangkan orang lain amat berbeza perasaannya.. Sekiranya terdapat kesilapan, bolehlah bagitahu yee.. Secepat mungkin saya perbaiki.. 

Selamat Mencuba !!

Tension?? Jom Klik <SINI>














Tanda Orang yang Meninggal dengan Khusnul Khatimah

SETIAP ada kehidupan pasti ada kematian. Begitupun dengan yang bernyawa pasti akhirnya akan berjumpa dengan kematian. Yang bernyawa pasti akan kembali semula pada Allah SWT. Allah yang pertama kali menciptakan kita di dunia ini. Di akhir kematian nanti, hanya ada dua jenis kematian iaitu khusnul khatimah (akhir yang baik) dan su’ul khatimah (akhir yang buruk). Semuanya bergantung pada kita ketika saat dicabutkan nyawa nanti.. Apakah kita sedang berbuat kebaikan atau kejahatan?? Jika kita memilih untuk meninggal secara khusnul khatimah, bermakna kita harus mempersiapkan diri sebaik mungkin untuk menghadapinya. Semoga kita termasuk dalam orang-orang yang meninggal dunia secara khusnul khatimah, iaitu meninggal dengan salah satu cara yang menjadi tanda orang khusnul khatimah. Tapi bagaiman nak tahu tanda-tanda orang yang meninggal secara khusnul khatimah? Inilah antara tanda-tanda seseorang itu meninggal dunia melalui khusnul khatimah
1. Meninggal dengan mengucapkan syahadat (HR. Abu Daud).
2. Meninggal dalam keadaan sedang berjuang (HR. Tirmidzi).
3. Meninggal pada waktu siang atau malam jumaat (HR. Tirmidzi).
4. Meninggal dalam keadaan mati syahid atau terbunuh di medan perang di jalan Allah SWT (QS. 3: 169-171).
5. Mati di jalan Allah SWT (HR. Muslim).
6. Meninggal kerana penyakit radang selaput dada (HR. Ahmad).
7. Meninggal kerana penyakit tha’un (HR. Bukhari).
8. Meninggal kerana sakit perut (HR. Muslim).
9. Meninggal kerana tenggelam.
10. Meninggal kerana tertimpa runtuhan (HR. Bukhari dan Muslim).
11. Meninggal kerana kehamilan disebabkan anak yang sedang dikandungnya (HR. Ahmad).
12. Meninggal kerana membela agama/nyawa (HR. Bukhari).
13. Meninggal kerana membela harta (HR. Abu Daud).
14. Meninggal kerana terjangkit penyakit TBC (HR. Ath Thabrani).
15. Meninggal kerana sedang berjaga di jalan Allah SWT.
16. Meninggal tatkala sedang beramal shaleh (HR. Ahmad).
17. Meninggal kerana terbakar api (HR. Ahmad).

Friday, April 22, 2016

Sinopsis Pujaan Hati Umi

Sebenarnya aku sendiri baru lagi tengok drama terbaru TV9 yang bertajuk Pujaan Hati Umi ni.. Yang menarik tentang dram ini mestilah aku suka tengok pelakon dia dulu.. Baru semangat nak layankan.. hihi.. Dalam drama ini, ramai pelakun yang sudah lama tidak nampak dalam kaca televisyen.. Dan drama ini memang lain daripada drama yang sebelum ni aku tengok kerana ia lebih mengisahkan kehidupan seorang ibu tunggal dalam mempertahankan keluarganya.. Okaylah cerita banyak pun tak guna, jom layan sinopsis drama ini yee..
Info :
Sebuah drama bertajuk Pujaan Hati Umi telah pun disiarkan pada 14 April 2016 di slot Azalea TV9 pada setiap hari Selasa hingga Ahad pada pukul 8:30 malam. Drama Pujaan Hati Umi membawakan konsep yang berlainan daripada kebiasaannya iaitu kisah kekeluargaan.
Drama Pujaan Hati Umi mempunyai 20 episod kesemuanya yang telah diterbitkan oleh SRS Production Sdn Bhd dan telah diarahkan oleh M Nazir. Untuk pengetahuan kawan-kawan, antara pelakon yang membintangi drama ini adalah Wan Maimunah, Talha Harith, Faye Khusairi, Wan Nor Azlin, Zain Hamid, Syaffiq Sahli, Sasqia Dahuri, Amanda Misbun, Nina, Haeryanto Hasan, Darren Zariff, Syasya Afiqah dan Kuza Muzaini. Selain itu, ini antara drama terakhir sebelum Faye Khusairi berhijrah.. Manakala lagu tema atau OST Drama Pujaan Hati Umi ini bertajuk Kau Biarkan yang dinyanyikan oleh Faye Khusairi sendiri.
Sinopsis :
Drama ini mengisahkan tentang Umi lakonan Wan Maimunah yang merupakan seorang ibu tunggal berusia 60 tahun. Beliau adalah seorang yang tabah dalam membesarkan 4 orang anaknya iaitu Razziah (Wan Nor Azlin), Razman (Zain Hamid), Razzi (Syaffiq Sahli) dan Reza (Talha Harith).
Umi adalah seorang yang amat dihormati oleh penduduk kampungnya. Malah dia pernah menerima Anugerah Ikon Wanita Warga Emas. Dengan kehadiran anak-anak dan cucu-cucunya, Umi berasa sangat bahagia atas kurnia itu.. Dia dapat merasakan bahawa kehidupannya telah lengkap dengan keluarganya itu.
Namun setiap keluarga pasti berdepan masalah dan ujian. Begitu juga dengan keluarga Umi. Kisah ini bermula apabila menantu sulung Umi iaitu Osman (Haeryanto Hasan) yang juga merupakan suami kepada Razziah telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Menyebabkan Razziah terpaksa memulakan kehidupan yang baru di rumah Umi. Manakala Razman pula langsung tidak pulang ke rumah kerana malu dengan Umi selepas dia meninggalkan majlis pernikahannya pada saat-saat akhir.
Umi cuba untuk menyembunyikan kesedihannya dengan harapan keluarganya akan kembali bahagia. Namun, sekali lagi badai menjelma apabila Reza memberitahu bahawa dia ingin mendirikan rumahtangga bersama gadis pilihan hati bernama Rita lakonan Faye Khusairi. Berita tersebut amat menggusarkankan hati Umi. Namun, hanya mampu bertahan demi kebahagiaan anaknya Reza.. Sebagai ibu dan juga seorang ketua keluarga, Umi mengharapkan dengan kehadiran Rita dapat mengembalikan menceriakan keluarga mereka. Tetapi lain yang diharapkan lain pula yang jadi apabila rupa-rupanya Rita mempunyai niat yang tersembunyi di sebalik perkahwinannya itu.. . Apa niat sebenar Rita terhadap keluarga Umi dan dapatkah Umi mempertahankan hubungan kekeluargaannya??
Menarik kan sinopsis Drama Pujaan Hati Umi ni.. Untuk mengetahui kesudahan drama ini, korang bolehlah menonton di TV9 pada setiap hari selasa sehingga ahad pada slot Azalea pada pukul 8.30 malam.. Selamat menonton !!



Inilah antara gambar pelakon yang membintangi Pujaan Hati Umi

Jom klik <SINI>

Segmen Tonton Uk20 Free Gift

http://ucingkadayan.blogspot.com/2016/04/segmen-tonton-uk20-free-gift.html

  Uk20 adalah Animasi pendek yang bercorak komedi untuk hiburan semata-mata.Uk20 kali ini mempersembahkan 'free gift".Sinopsis :Ucing telah di beri Free Gift berupa iphone dari Orang yang tidak di kenali,adakah betul itu iphone .? dan apakah balan Free Gift Ucing kepada Orang tersebut.? Anda akan menonton Animasi Free Gift setelah tamat Segmen ini.

 Dengan itu Saya minta Anda Support untuk Animasi ini.Syarat-syarat adalah mudah :

1) Follow Blog Ucing Kadayan,Google + atau Facebook Ucing.
2) Buat Tajuk Post "Segmen Tonton Uk20 Free Gift"
3) Copy semua Coding yang telah disediakan di box dan Paste ke dalam ruangan html dan publish.Tag Rakan Akan Anda.
4) Tinggalkan Url post Anda di ke dalam ruangan Komen Disini.
5) Tamat Segmen 29-4-2016.Kepada Blogger yang ikut Segmen ini akan di Senaraikan dalam Video Animasi Uk20 Free Gift Sebagai Supporters.

Tags : http://iniblogke.blogspot.my/

Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016


Bulan April bakal berakhir, bloglist untuk March & April akan di gantikan dengan bloglist baru untuk bulan Mei & Jun. Berminat untuk masuk bloglist blog sihatimerahjambu ni, boleh sertai segmen ini. Segmen simple je. Cuma perlu buat entry dan copy & paste je. Pemilihan 10 blog melalui random.org.

Klik banner untuk sertai  Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016
http://www.azhafizah.com/

TAMAT : 28 APRIL 2016

Langkah Penyertaan Segmen
1. Buat entry bertajuk : Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016
2. Copy & paste coding dalam kotak bawah ni di ruangan HTML entry
3. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016 

  Terima kasih atas sokongan semua ^__^

Deejay radio bikin hubungan suami isteri huru hara

Baru-baru ni, aku ada terbaca luahan hati daripada seorang pendengar radio terkemuka tanah air.. Aku yang hanya membaca luahan beliau pun dah berasa marah apatah lagi pendengar tersebut?? Hal ini berlaku apabila penyampai sebuah radio telah membuat panggilan "prank" kepada sesiapa sahaja atau lebih digelar panggilan rambang.. Jadi mereka sendiri tidak tahu status dan perihal penerima panggilan.. Jika dulu, slot rancangan ini lebih kepada komplot antara rakan atau orang yang ingin membuat prank kepada seseorang bersama deejay atau stesen radio namun sekarang sudah berbeza pula.. Sedangkan para pendengar pun telah meluahkan perasaan kecewa dan marah ini pula penerima panggilan tersebut?? Nak cakap yang dj radio ni nak buat kelakar?? Ni bukan kelakar dah bro, ni menyusahkan orang lain.. Tak jadi la kelakar yang macam ni.. Ye memang di akhir panggilan, kebenaran akan terbukti.. Tapi yakin ke kita yang semua akan menjadi baik kembali?? Bagaimana jika seseorang penerima panggilan tu mempunyai sakit jantung jika terlalu terkejut dengan cerita rekaan si deejay ni??? Nampak tak impak buruk di sebalik slot rancangan yang entah apa-apa tu?? 

Menurut seorang penggadu yang tidak dikenali namanya meluahkan perasaan kecewa dan marah apabila beliau yang memang antara pendengar setia radio itu mengatakan sepasang suami isteri telah bergaduh disebabkan panggilan itu.. Nak dijadikan cerita, ketika panggilan diterima, deejay radio ini ingin mengajak si isteri untuk keluar makan bersama.. Ketika si isteri terkelu, si suami penerima panggilan tadi pula mengantikan si isteri dan bertanyakan siapa yang menelefon isterinya pada masa itu... Inilah yang menjadi penyebab pengaduhan antara suami isteri tersebut kerana dengan tanpa rasa serba salah, salah seorang deejay ini bagaikan menambah minyak yang panas apabila dengan tidak rasa serba salah, dia menjawab "Wife kau yang contact aku dulu"... 

Bayangkan perasaan seorang suami apabila mendengar perktaan itu?? Terus si suami menanyakan kepada isterinya siapa pemanggil tersebut jika tidak si suami akan menyepak si isteri yang tidak tidak tahu apa-apa.. Inilah yang dimaksudkan oleh penggadu tadi, disebabkan pengakuan'berani mati' salah seorang deejay ini telah menyebabkan si suami berang dan bertindak di luar akal yang sihat... Tidak sangka ayat sebegitu keluar daripada mulut seorang suami terhadap isteri.. 

Jadi dalam hal ini, siapakah yang perlu dipersalahkan?? Adakah deejey radio tersebut atau suami penerima panggilan atau pun si isteri yang menjadi mangsa??? Saya turut mempersalahkan sikap pihak radio stesen tersebut kerana tetap menyairkan slot itu meskipun telah membuat huru hara dalam institusi keluarga tadi biar pun sebenarnya panggilan prank tadi adalah rakaman semata.. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.. Ini adalah pengajaran untuk kita semua.. Bukan semua gurau senda diterima orang lain..Harap kes ini akan dijadikan pengajaran untuk semua..

Sumber : Oh Bulan!

Thursday, April 21, 2016

TANDA-TANDA KEMATIAN

" TANDA-TANDA KEMATIAN "

Allah S.W.T telah memberi tanda kematian seorang muslim sejak 100 hari, 40 hari, 7 hari, 3 hari dan 1 hari menjelang kematian..

- Tanda 100 hari menjelang ajal : Selepas waktu Ashar (Di waktu Ashar karena pergantian dari terang ke gelap), kita merasa dari ujung rambut sampai kaki menggigil, getaran yang sangat kuat, lain dari biasanya. Bagi yang menyedarinya akan terasa indah di hati, namun yang tidak menyedari, tidak ada mempengaruhi apa-apa..

- Tanda 40 hari menjelang kematian : Selepas Asar, jantung berdenyut-denyut.. Daun yang bertuliskan nama kita di lauh mahfudz akan gugur.. Malaikat maut akan mengambil daun yang terdapat nama kita dan mulai mengikuti perjalanan kita sepanjang hari..

- Tanda 7 hari menjelang ajal : Akan diuji dengan sakit. Orang sakit biasanya tidak selera makan.. Tapi dengan sakit ini tiba-tiba menjadi berselera meminta makanan ini dan itu..

- Tanda 3 hari menjelang ajal : Terasa denyutan di tengah dahi. Jika tanda ini dirasa, maka berpuasalah kita agar perut kita tidak banyak najis dan memudahkan urusan orang yang memandikan kita nanti..

- Tanda 1 hari sebelum kematian : Di waktu Asar, kita merasa 1 denyutan di ubun-ubun, menandakan kita tidak sempat menemukan Asar pada esok hari.. Bagi yang khusnul khatimah (akhir yang baik) akan merasa sejuk di bahagian pusat, kemudian ke pinggang lalu ke tengkuk, maka dalam keadaan ini hendaklah kita mengucapkan 2 kalimat syahadah..

Terdapat suatu kisah, subhanAllah, Imam Al-Ghazali telah mengetahui saat kematiannya.. Beliau telah menyiapkan sendiri keperluannya, beliau sudah mandi dan berwudhu, mengkafankan dirinya, kecuali di bahagian wajah yang belum ditutup.. Kemudian, beliau memanggil saudaranya, Imam Ahmad untuk menutup wajahnya.. SubhanAllah.. Malaikat maut hanya akan menampakkan dirinya pada orang- orang yang terpilih sahaja.. Dan semoga kita menjadi hamba yang terpilih dan siap menerima kematian kapanpun dan di manapun kita berada.. Dan semoga akhir hidup kita semua Husnul Khatimah, Aamiin..

Tuesday, April 19, 2016

Tutorial : Letak icon Facebook dan twitter bahagian tepi Blog

Korang nampak tak tepi blog hiphiphorray ni ada 2 icon berhuruf F dan T?? haa tulah rupa icon untuk facebook dan twitter aku.. Caranya mudah je rupanya.. aku belajar pun daripada Emas Putih.. Terima kasih kak Uzu.. Oklah kalau sembang banyak pun tak menjadi, so aku bagi step nye.. Lepas tu, korang just follow jee..
Steps :
1. Buka Dashboard > Layout > Add a Gadget > Html/Javascript
2. Korang copy je code kat bawah ni dan pastekan dekat ruang Html tadi.
<div style="display:scroll; position:fixed; top:200px; left:0px;">
<a class="linkopacity" href="http://www.facebook.com/facebook ID" target="_blank" rel="nofollow" title="Facebook" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-left: 1em;"><img border="0" src="URL icon/image" /></a><br />
</div>

Info :
Merah : Kedudukan icon di blog korang.. Jarak daripada atas blog (tidak perlu diubah sebab sudah standard))
Oren Kuning : Kedudukan icon sama ada di kanan atau kiri.. Jika ingin icon itu berada di kanan, anda cuma tukar dari left kepada right (Tidak perlu diubah)
Hijau : Jarak daripada kedudukan icon tadi sama ada dari kiri atau kanan blog (JUga tidak perlu diubah)
Biru : Facebook ID korang (Buka wall facebook kawan-kawan dan copy linknya dengan highlight kuning tu)
Hijau Tua : Nama icon (Tidak perlu ditukar)
Purple Pink : url gambar icon yang korang nak (cari yang korang berkenan)

3. Korang dah boleh save..

Tapi kalau lepas tu, korang nak tambah icon untuk twitter pulak.. Korang ikut step kat bawah ni.. Copy dan pastekan di bawah html tadi..

<a class="linkopacity" href="https://twitter.com/umieyana94" target="_blank" rel="nofollow" title="Twitter" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-left: 1em;"><img border="0" src="URL icon/image" /></a><br />

 Merah : Tukar ID twitter korang (ubah ikut link twitter kawan-kawan)
Hijau : url icon Twitter (Yang anda suka)

Lastly, korang pastekan sebelum </div> pada html facebook tadi..

**Hasilnya jadi macam kat bawah ni setelah digabungkan kod facebook dan twitter
Nilah hasil codingnya.. Aipp, ni aku punya coding tau..
Kalau tak boleh jugak, korang copy code kat bawah ni dan just tukarkan mana yang aku highlight okay?? Lagi senangkan??
<div style="display:scroll; position:fixed; top:200px; left:0px;">
<a class="linkopacity" href="https://www.facebook.com/umieusd" target="_blank" rel="nofollow" title="Facebook" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-left: 1em;"><img border="0" src="http://3.bp.blogspot.com/-RSxkQPejbeE/TlbMobOARbI/AAAAAAAABVs/VA8tIOmpYCw/s1600/pinkfb2.png" /></a><br />

<a class="linkopacity" href="https://twitter.com/umieyana94" target="_blank" rel="nofollow" title="Twitter" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-left: 1em;"><img border="0" src="http://3.bp.blogspot.com/-khSCCldc8II/TlbfovRFB1I/AAAAAAAABYM/EtDglpYaNcc/s1600/pinktwitter2.png" /></a><br />
</div>
**Make sure ada jarak antara html facebook dan html twitter tau.. Kalau korang nak url icon, nah <KLIK> ..

Selamat mencuba !! (buat slow-slow yee)

Berat badan tak turun ???


Patutlah, aku diet macam mana pun tetap tak berjaya.. selain ada setan-setan yang hasut aku.. ada lagi sebab lain yang aku sendiri tak perasan.. Kalau aku teruskan jugak amalan ni, comfirm takkan kurus punya lahh.. makin gemuk mungkin.. eee tak nakkk

Cuaca macam ni, memang selalu jugak aku minum.. Tapi air yang aku bancuh sendiri eaa

Yang ni memang aku akui aku tak ikut masa yang betul.. Main bedal je nak tidur pukul berapa..hihi

Hihi.. kadang-kadang je aku ambik sarapan ni.. Ikut mood

ermm.. adalah kot terbuat.. Tak sure pulak

Dah tak tahu nak minum banyak manalah.. rasa macam dah minum banyak tapi sama jee..

Serat??? ermm, tak cukup kee??


shhhh.. jangan bising-bising tauu.. macam tau-tau jeee..hikhik

Yeke tak cukup?? takkanlah


hahahha.. ni faveret teman, nak buat lagu mana kalau time tula perut lapaq.. ^^

Hahh, nampak tak banyak rupanya sebab berat badan susah nak turun.. Ada 10 kesemuanya, dalam banyak-banyak tu memang aku suka buat.. Padan muka kau umie.. So kawan-kawan macam mana?? sama macam aku ke aku dah tahap teruk??? Tapi seram pulak tengok gambar karton tu.. Habis diduduknya lelaki yang keding tu.. huwaaa tak nak jadi macam tuu

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg