Thursday, February 4, 2016

Nak pinjam boleh tak???

Assalamualaikum..
Kalau lah pokok macam gambar kat atas ni wujudkan.. mesti huru hara hidup.. yela ada duit dengan tak ada duit pun, dah runsing otak nya.. ni kan lagi kalau ada pokok macam tuu.. tak dijangka kan apa yang bakal berlaku..

Korang mesti pernah dengar yang kalau kita berhutang, hukumnya WAJIB untuk kita selesaikan selama kita hidup.. Tu dari segi hukum.. Tapi mampu ke kita nak mintak balik duit kita dengan elok sekiranya orang tu sendiri buat2 tak tahu dengan hutang dia.. Time nak pinjam, lidah macam tak ada tulang..cakap tak serupa bikin.. contohnya macam ni, "wei leman, aku nak pinjam duit sikit boleh?? Dalam rm50 je.. aku janji ada je duit aku bayar balik duit kau ni". Tapi lepas tu???haha..korang  pun boleh fikir kan..

Ce kalau aku bagi lagi satu masalah, lepas someone tu pinjam duit korang tapi still tak pulang. ce bayangkan korang menjadi "aku" tau.. Kalau aku pun, malu nak mintak balik duit aku even memang hak aku pun.. so mesti aku diamkan je.. Betul tak?? Tapi si peminjam ni, aku tak tahu lah ingat ke tak yang dia ada pinjam duit aku tu datang jumpa aku makin nak tambah hutang.. Maksud aku, nak pinjam lagi tapi dengan kuantiti yang lagi besar.. Agak2 korang nak bagi pinjam ke tak??? ni adalah contoh permasalahan dengan duit...

Kadang2 niat baik kita, orang pandang serong kan.. Kalau tak bagi pinjam, dicakapnya kedekut bagai. Tapi kalau dibagi pinjam pulak?? Masing2 larikan diri.. Kalau dah tau tak nak bayar hutang, janganlah meminjam.. aku sendiri pun berhutang dengan ptptn.. nampak tak??? Semua ni tak berlaku kalau kita semua ingat peranan masing2.. 

4 comments:

My New Blogger said...

kadang2 kita plak rasa malu nak minta duit dari orang yg berhutang ngn kita...
die boleh buat derkkkk je...

siti hazreen said...

kerana duit, adik beradik pun boleh gaduh

umie yana said...

@Munirah Mustafar
Betul tu kak Munirah.. muka tak bersalah langsung jee..haha

umie yana said...

@siti hazreen
Betul tu.. duit bawak banyak masalah sebenarnya..

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg