Tuesday, April 26, 2016

Google AdSense

Alhamdulillah, akhirnya permohonan AdSense untuk hiphiphorray diterima juga.. Setelah hampir 2 minggu aku menunggu.. Betullah kata blogger-blogger lain, nak buat AdSense ni bukan senang.. Kadang-kadang makan masa bertahun-tahun kalau kena reject.. Alhamdulillah aku tak kena reject mungkin sebab aku dah habis research kot tentang adsense ni.. hahaha.. Kalau sebelum ni, ruang atas box "Search" mesti blank jee tapi sekarang dah ada iklan.. Yeahhh!! hehe.. Patutlah semangat je aku nak bukak gmail pagi tadi... Rupanya ada berita baik.. InshaaAllah, semoga ada rezeki aku pada masa akan datang.. 

Sebenarnya banyak syarat untuk Google AdSense ni approved permohonan kita tau.. Mula-mula masa aku buat, pening jugak.. nak ini nak itu.. dahlah tengah serabut tapi berangan nak jugak buat google AdSense ni.. Padanlah muka kau umie oii.. Tapi bak kata pepatah usaha tangga kejayaan.. dapat aku merasa letak iklan adsense ni dalam blog yang tak seberapa ni..  Sebenarnya, adsense ni mempunyai function yang sama seperti 8share.. Cuma 8share kita kena buka melalui Google+ tapi iklan adsense ni automatik dalam blog kita.. TAPI diingatkan bahawa kita tidak boleh sama sekali untuk klik sendiri atau menyuruh orang klik dalam erti lain, kita menulis keywords dalam blog supaya ada rakan blogger yang lain untuk klik iklan tersebut.. Sebab pihak Google akan mengambil tindakan atas kita atau blog kita.. Sebenarnya banyak lagi, nanti ada masa aku update lagi yee..hehe

19 comments:

FIZA BUNYAMIN FAIZ said...

Tahniah... Done klik AdSense satu untuk umieee... :-)

ucing said...

Tahniah..Boleh menjana duit dari blogger (>.<)

Azlinda said...

tahniah...meh klik adsense saya...eh..eh..hehehehe

kimchaa said...

Tahniah ^^
Kita punya google adsense pakai hostaccaunt. Terus minta dr blog. All the best :)

Anonymous said...

Tahniah dan kipidap.

SIQAHIQA said...

Seronoknyaaa! Siqah tak approve lagi for goodle adsense ni. Bila dah kena reject, memang biarkan je. Malas nak ambil peduli. Nak kena ambil tahu jugak lah. Tahniah awak, dah approve :)

spitoutblog said...

wah seronoknya tahniah umie, nnati nak cuba jugak apply,
btw, macam mana google adsense bayar? melalui click or per unique visitor view?

alyachan said...

wahhh. tahniah tahniah, bukan senang nak dapat ^^

umie yana said...

@zaitie hasnan adsense ni by click jee tapi kita tak boleh klik sendiri

Unknown said...

Wah tahniah Umiiieeee. Kak ain nak buat jugak la nt. Mintak mintak cepat approve. =D

Dila said...

wahh,tahniah,,btw im blogwalking here,,,,salam kenal..

PeRdU cINta said...

Alhamdulillah syukur...tahniah ya umie...kak PC tumpang happy...yeyyy...

cik puan rrai said...

wahhh..tahniah!!

Wanie Seuk said...

thniahhh... saya malas nak buat sebab memang nampak renyah.. hahahahha... jemput singgah blog.. http://wanieseuk.blogspot.my/

Admin said...

Congrate umie...dpt gak rasa ads...serius memang berbaloi..saya tnggu 2 hari dh sah...umie ni sy suggest...apply nuffnang..bleh la tahan..tpi adsense memang terbaik..

umie yana said...

@lokman amirul dah lama apply nuff, hari tu tiba2 hilang pulak..hehe

Unknown said...

tahniah..Fida tak mohon lagi untuk blog baru ni..sebab masa blog lama asyik kena reject jew..so pasrah dah..hukhuk..anyway,,,tQ sudi follow Fida yer..sini Fida follow balik..

umie yana said...

@Afidah Azmi tulaa.. memang mencabar adsense ni.. ni dia main2 pulak.. kejap muncul kejap tak.. nak kene tunggu bagai pulak..

arzmoha said...

tahniah...semoga dimurahkan rezeki...

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg