Saturday, April 9, 2016

Bagaimana nak lupakan bekas kekasih

Semua orang mesti faham perasaan kecewa orang yang putus cinta ni kan kerana rakan baik sendiri sedang mengalaminya, namun mengajak semua terus bangkit daripada terus bersedih bukanlah perkara yang mudahkan.

Hubungan percintaan yang terputus di tengah jalan sememangnya memilukan dan menyedihkan. Tidak kisahlah siapa yang minta hubungan percintaan tu berakhir tetapi putus cinta sememangnya satu perkara menyakitkan.
Tentunya tiada ubat atau penawar dapat menghilangkan rasa kecewa dan patah hati itu, namun kita tidak sepatutnya terus tenggelam dalam kekecewaan yang memudaratkan diri sendiri tau. Jika kita berfikir dan bertindak secara rasional, tentu kita dapat mengatasi kekecewaan itu dan teruskan kehidupan dengan tenang di usia muda ni.
Selain berdoa kepada-Nya untuk menguatkan hati kita, aku nak kongsikan beberapa tips yang boleh diamalkan oleh mereka yang baru putus cinta ni. Agak-agak ada tak??

Terima hakikat
Salah satu kesilapan besar dalam melupakan bekas kekasih kita adalah berpura-pura atau tidak percaya bahawa hubungan percintaan itu berakhir. Kita berpisah dengannya kerana ada sebab dan ingin kembali bersama bukanlah satu pilihan dalam masa terdekat mahupun selamanya. Jika kita mula menerima hakikat ia sudah berakhir, barulah kita dapat melupakannya sedikit demi sedikit.

Bersedihlah sepuasnya
Tidak salah untuk bersedih hati dan menunjukkan kekecewaan apabila cinta berakhir. Kita boleh mengadu kepada rakan, keluarga dan menangislah sekalipun. Memberi masa untuk diri bersedih akan merangkul semua rasa kecewa dalam diri kita. Namun, pastikan ia tidak berlarutan terlalu lama.

Jangan hubungi dia langsung
Sememangnya tangan dan hati ini mesti rasa nak saja menghubungi bekas kekasih, namun kita perlu melawan perasaan itu. Kita perlu berjauhan dengan bekas kekasih begitu juga dia kerana jika tidak kita tidak akan berhenti berharap dan memikirkannya. Dalam beberapa bulan atau tahun, mungkin masing-masing bersedia berkawan semula.

Sibukkan diri
Cara yang tidak bagus dalam mengeluarkan diri daripada kemelut rasa adalah dengan duduk seorang diri dalam bilik dan termenung memikirkan apa yang berlaku. Keluar atau luangkanlah masa dengan rakan dan keluarga, pergi bersenam atau buat sesuatu yang kita suka untuk mengisi masa. Ia pasti membantu mengubah perhatian kita dan memberi ketenangan kepada kita.

Biar masa tentukan
Masa sememangnya boleh membantu kita mengubati hati. Kekecewaan dan keperitan yang dirasakan sekarang tidak akan berpanjangan walaupun ketika ini rasa akan terus kecewa. Jadi, bersabarlah dan kuatkan hati. Semuanya pasti akan OK.

5 comments:

PeRdU cINta said...

Nice sharing... :)

alya chan said...

Yang part jangan hubungi langsung tu setuju sangat. Nanti lama-lama lupa terus. Jiwa pun tenang. ^^y

CikPuan FiDa said...

aah betul tu.. klo boleh takyah lah simpan semua memori dgn ex tu. klo tenampak kang mula lah nk mencari...lagi plak klo simpan msg/wa pastu baca balik.. tu lagi mendtgkan rindu hahaha..

Scha Nazri said...

ambil masa kan untuk move on? :)

Umie Yana said...

memang akan ambil masa tapi kalau kita sendiri tak nak move on.. ambil masa banyak mana pun tetap susah nak move on..hehe termasuk pengalaman sendiri pulak ;)

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg