Saturday, April 16, 2016

RESEPI MEE GORENG BASAH




Bahan-bahan:

1. mee kuning 1 bungkus dibilas dan tos
2. Sotong 10 ekor dibersihkan, dipotong dan ditoskan
3. Fish ball 1 paket dibersihkan potong dan tos
4. Sayur sawi jepun 1 ikat dibersihkan potong dan ditos
5. Tomato 1 biji dibersihkan dan dibelah 6
6. Cili kisar 4 sudu besar
7. Sos cili 5 sudu besar
8. Sos tiram 1 sudu besar
9. Sos ikan 1 sudu besar
10. kicap pekat 1 sudu besar
11. Kicap manis 5 sudu besar
12. Kicap mee 2 sudu besar (optional)
13. Air 1 cawan kecil
14. Minyak masak 2 sudu besar untuk menumis

Bahan-bahan tumbuk
1. Cili api 10 biji
2. bawang putih 3 ulas 
( bahan-bahan ini ditumbuk sehingga lumat)


Cara-caranya:

1. Panaskan kuali .. Letak minyak dalam 2 sudu besar..
2. Tumiskan cili kisar dengan bahan-bahan tumbuk tadi. Tumis sehingga garing sedikit.. 
3. Masukkan sos cili, sos tiram, sos ikan, kicap pekat, kicap manis, kicap mee dan masukkan sotong dan fish ball serta masukkan sedikit air..
4. Masak dan kacau-kacau bagi sebati... masukkan sayur dan kacau-kacau lagi.. Kemudian, masukkan mee kuning dan tomato... kacau bagi sebati dan sehingga masak..  Dahsiap boleh la tutup api... 
5. Masak mee goreng basah ni tak pakai garam, gula dan serbuk perasa sebab rasa campuran kicap tu semua dah cukup perasa...

Selamat mencuba !!

10 comments:

Siti Yang Menaip said...

wow menggodanyaaa tengok gambar tu.. sedap tu..
lama tak makan mee goreng cenggini.. nak ada kuah2 gitu..

ucing said...

nyum sedap (>.<)

Umie Yana said...

@Siti Yang Menaip memang mengoda kan.. faveret ni

zaitie hasnan said...

uissshhh seksinya nmpak mee tu... meh la hantar sket kt blog saya ^_^,

claudy said...

sedapnyaaaaa . jadi lapar pulak T.T

EYJA MASLIZA said...

boleh try tu. eyja tak pernah try sos tiram lagi. heheh :D

Lya Amie said...

thanks for sharing ! nampak sedap sungguh gambar tu rasa nak jilat laptop ni

Siqah Hussin said...

Tengok gambar menarik mee nie :)

Nooraini Ali. said...

menggoda, masakkan utuk ummi okay?

Umie Yana said...

@Nooraini Ali. InShaaAllah kalau ada masa ye ummi :)

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg