Monday, April 25, 2016

Sinopsis Drama Demi Cinta Ain


Setelah tamat drama Bodyguard baru-baru ini, drama Demi Cinta Ain telah pun mengambil tempat untuk mengantikan drama Bodyguard dalam slot samarinda di TV3 pada pukul 10 malam (ala yang mempunyai ramai pelakon sado tu).. Eh, tak nak lari tajuk.. Drama Demi Cinta Ain ini telah diiterbitkan oleh Zamriez Golden Pictures dan telah diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin. Seramai 4 orang pelakon utama yang akan digandingkan dalam Drama Demi Cinta Ain iaitu Nur Risteena Munim sebagai Ain. Aiman Hakim sebagai Aliff, Nazrief Nazri sebagai Adam, dan Zahirah Macwilson sebagai Mawar.. Malah, drama ini turut diserikan lagi dengan Nazeera Sardi, Jasmin Hamid, Zizan Nin, Nur Qistina Raisah dan Fazli Daniel..  Drama ini lebih mengemukan pelakon yang telah kita kenali sebelum ini.. Untuk pengetahuan kawan-kawan, drama ini mempunyai 15 episod yang telah bermula pada 19 April lalu.. Selain itu, ia juga membawakan tagline "Memang cinta kadangkala tidak seindah seperti yang kita impikan, Namun tidak bermakna begitu mudah untuk kita lepaskan"..
Sinopsis 
Alif dan Sakinah baru balik dari menjalani rawatan di hospital. Suraya bising kerana telah banyak wangnya dihabiskan untuk kos rawatan Sakinah sedangkan Alif semakin hari pula berdepan dengan pelbagai masalah kewangan. Suraya adalah ibu tiri kepada Sakinah dan Ain manakala Sakinah merupakan kakak kepada Ain yang kini berperang dengan sakit kanser. Suraya suka menyindir Alif dan membuatkan Aliff berasa sungguh terhina malah Sakinah pula tidak mampu berbuat apa-apa dengan sikap ibu tirinya itu terhadap suaminya. Ini kerana Suraya tidak suka dengan Alif kerana Alif adalah seorang banduan yang sahaja keluar daripada penjara, dan telah menyuruh Alif untuk membawa anak-anaknya keluar dari rumah kerana dia malu untuk menerima bekas menantu yang bergelar banduan itu. Manakala Ain juga tidak sukakan Aliff kerana abang iparnya itu panas baran dan sering memarahi kakaknya ketika Ain ternampak Alif melepaskan amarahnya pada Sakinah dan telah mengancam supaya Ain tidak mencampuri urusan Alif dan Sakinah lagi...

6 comments:

Azlinda Azman said...

fre..free nanti boleh tengok ini

Umie Yana said...

@Azlinda Azman haa, jemputlah tengok yee.. hehe

Izzati Suhaide said...

tak sempat lg nk tengok..hehe

Umie Yana said...

@Izzati Suhaide tak apa, still sempat lagi sebab baru 2 episod

CikPuan FiDa said...

anda di tag http://hatinufid.blogspot.my/2016/04/pencarian-bloglist-sebulan-meijun-by.html

• Ain Cho'in • said...

Nak tengok la nanti. Lagi lagi nama ain kan. EH? Gurau jer. =D

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg