Thursday, April 14, 2016

Melatah

Image result for melatah
Oh mak kau... 

Latah atau melatah ini mempunyai skop maksud yang amat luas malah daripada segi perkataan dan perbuatan bagi orang yang melatah ini adalah berbeza. Malah ada artis-artis tanah air juga merupakan seorang pelatah. Siapa yang tidak kenal Noorkhiriah, Mak Wan atau nama sebenarnya adalah Halimahtusa'adiah Mohd Daud dan Ida Moin ni.. Sebenarnya ramai lagi tau.. 

Melatah dari segi bahasa adalah bermaksud melakukan sesuatu atau mengeluarkan perkataan tanpa disedari disebabkan kerana terkejut atau terperanjat. Malah ada juga pendapat yang mengatakan bahawa latah ini adalah sejenis penyakit saraf, berkelakuan seperti orang gila, meniru sikap atau gaya orang lain dan mengeluarkan kata-kata yang tidak sesonoh. Sebenarnya, penyakit latah ini tidak perlu diubati malah kita boleh menganggap yang mereka yang mempunyai penyakit latah ini adalah sesuatu yang unik. 

Latah juga terbahagi kepada 4 jenis latah
  • Ekolalia - Mengulangi perkataan orang lain
  • Ekopraksia - Mereka akan meniru gerakan orang lain
  • Koprolalia - Mereka akan mengatakan sesuatu yang tidak senonoh
  • Automatic Abidience - Mengikut perintah secara spontan ketika terkejut
Untuk pengetahuan semua, sebenarnya penyakit latah ini merupakan diwarisi daripada keluarga. Nak tambah sikit kisah benar, aku mempunyai nenek yang turut merupakan seorang pelatah.. SIkit-sikit oh mak kau, eh terjatuh, owh terkejut.. Bila ingat balik, rindu arwah nenek.. Beliau juga antara orang yang melatah.. Jadi mak aku, mak ngah dan mak long aku turut ada penyakit melatah ni. Mungkin dah disebabkan keturunan, aku turut menjadi salah seorang geng melatah namun tidaklah di tahap yang teruk.. Kadang kala, memang automatik akan terlatah disebabkan sesuatu yang kuat atau sesuatu benda yang jatuh.. Tapi tak adalah sampai mencederakan orang lain yee.. Jadi orang yang melatah kat luar sana jangan sedih ye.. Anggap anda antara orang yang istimewa tau.. Bukan semua orang macam kita.. ^^

2 comments:

PeRdU cINta said...

bila tengok orang melatah kak PC kesian sebenarnya sebab bukan mereka nak..lepas melatah nampak letih sangat..

Umie Yana said...

@PeRdU cINta memang penat.. yang tengok pun terasa penat..huhu

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg