Friday, April 22, 2016

Deejay radio bikin hubungan suami isteri huru hara

Baru-baru ni, aku ada terbaca luahan hati daripada seorang pendengar radio terkemuka tanah air.. Aku yang hanya membaca luahan beliau pun dah berasa marah apatah lagi pendengar tersebut?? Hal ini berlaku apabila penyampai sebuah radio telah membuat panggilan "prank" kepada sesiapa sahaja atau lebih digelar panggilan rambang.. Jadi mereka sendiri tidak tahu status dan perihal penerima panggilan.. Jika dulu, slot rancangan ini lebih kepada komplot antara rakan atau orang yang ingin membuat prank kepada seseorang bersama deejay atau stesen radio namun sekarang sudah berbeza pula.. Sedangkan para pendengar pun telah meluahkan perasaan kecewa dan marah ini pula penerima panggilan tersebut?? Nak cakap yang dj radio ni nak buat kelakar?? Ni bukan kelakar dah bro, ni menyusahkan orang lain.. Tak jadi la kelakar yang macam ni.. Ye memang di akhir panggilan, kebenaran akan terbukti.. Tapi yakin ke kita yang semua akan menjadi baik kembali?? Bagaimana jika seseorang penerima panggilan tu mempunyai sakit jantung jika terlalu terkejut dengan cerita rekaan si deejay ni??? Nampak tak impak buruk di sebalik slot rancangan yang entah apa-apa tu?? 

Menurut seorang penggadu yang tidak dikenali namanya meluahkan perasaan kecewa dan marah apabila beliau yang memang antara pendengar setia radio itu mengatakan sepasang suami isteri telah bergaduh disebabkan panggilan itu.. Nak dijadikan cerita, ketika panggilan diterima, deejay radio ini ingin mengajak si isteri untuk keluar makan bersama.. Ketika si isteri terkelu, si suami penerima panggilan tadi pula mengantikan si isteri dan bertanyakan siapa yang menelefon isterinya pada masa itu... Inilah yang menjadi penyebab pengaduhan antara suami isteri tersebut kerana dengan tanpa rasa serba salah, salah seorang deejay ini bagaikan menambah minyak yang panas apabila dengan tidak rasa serba salah, dia menjawab "Wife kau yang contact aku dulu"... 

Bayangkan perasaan seorang suami apabila mendengar perktaan itu?? Terus si suami menanyakan kepada isterinya siapa pemanggil tersebut jika tidak si suami akan menyepak si isteri yang tidak tidak tahu apa-apa.. Inilah yang dimaksudkan oleh penggadu tadi, disebabkan pengakuan'berani mati' salah seorang deejay ini telah menyebabkan si suami berang dan bertindak di luar akal yang sihat... Tidak sangka ayat sebegitu keluar daripada mulut seorang suami terhadap isteri.. 

Jadi dalam hal ini, siapakah yang perlu dipersalahkan?? Adakah deejey radio tersebut atau suami penerima panggilan atau pun si isteri yang menjadi mangsa??? Saya turut mempersalahkan sikap pihak radio stesen tersebut kerana tetap menyairkan slot itu meskipun telah membuat huru hara dalam institusi keluarga tadi biar pun sebenarnya panggilan prank tadi adalah rakaman semata.. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.. Ini adalah pengajaran untuk kita semua.. Bukan semua gurau senda diterima orang lain..Harap kes ini akan dijadikan pengajaran untuk semua..

Sumber : Oh Bulan!

3 comments:

Sharesoul music said...

Nak buat prank kena ada batasan. Bila si lelaki dah membara mcm tu, seeloknya deejay kena bijak dlm permainan bergurau senda.

Noriza Rahman Momma Vogue said...

Sekarang ni nak buat benda pun dah tak pikir keburukan kan, main terjah ja, jangan sampai bercerai berai baru nak insap

niena othman said...

Maybe kena kawal walaupun niat nak bergurau

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg