Friday, April 29, 2016

Program my Lesen fasa 2.0

Baru-baru ni, aku ada terbaca tentang My Lesen 2.0 telah mula menjelma kembali.. Ini comfirm betul sebab aku terbaca dekat facebook Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia yee.. Hari tu memang aku ada dengar ura-ura, tapi tak sangka pulak memang betul..^^ Okaylah, cerita banyak pun tak gunakan.. 

Program My Lesen ini telah dijalankan bermula tahun lepas iaitu pada 15 September 2015 sehingga 15 Oktober 2015.. Untuk pengetahuan korang, program ini adalah antara inisiatif kerajaan untuk golongan belia yang masih tidak mempunyai sebarang lesen yang sah terutamanya lesen kelas 2B iaitu dalam erti lain lesen motorsikal tunggal. Antara umur yang telah dikhaskan adalah belia yang berusia 16 tahun ke atas yang menetap di bandar mahupun luar bandar. Oleh kerana masih ramai yang mahukan program ini berlangsung maka pihak JPJ dan kerajaan berbesar hati mengadakan Fasa yang ke dua pula.. Kali ini, program My Lesen Fasa 2.0 akan bermula pada 6 April 2016 sehingga  6 Jun 2016..

Syarat-syarat permohonan :
1. Terbuka kepada belia yang berumur 16 dan ke atas
2. Warganegara Malaysia
3. Tidak mempunyai sebarang lesen memandu
4. Hanya sah untuk lesen B2 Sahaja
5. Menepati semua kriteria yang ditetapkan oleh pihak penganjur dan JPJ
6. Bayaran berjumlah RM299 termasuk GST berbanding harga sebanar adalah RM450
7. Bayaran tambahan akan dikenakan sekiranya gagal di bahagian 1/2/3 melainkan ujian lisan dan ujian bertulis.
8. Tidak disenarai hitam oleh JPJ atau polis

4 comments:

PeRdU cINta said...

alhamdulillah bagus sangat sebenarnya...dapat juga mengurangkan yuran yang sepatutnya ditanggung untuk bayar bila ambil lesen ni kan umie..kalau tk silap akak untuk warga emas pun ada..percuma kalau tak silap..kalau ada bayaran pun sedikit sangatlah...

Umie Yana said...

@PeRdU cINta betul tu kak PC.. dapat save sikit

sofie adie said...

terima kasih atas perkongsiannya :D kena daftar yang ni nih...

Raudhatul Huda said...

thanks for share! really informative :D

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg