Thursday, March 3, 2016

Mencari bilik sewa yang murah?? hidup.my ada membantu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Korang nak carik bilik sewa susah?? Tak ada masa nak cari?? Nak urgent?? Alaaa, semuanya mudah dengan hidup.my ni tau.. Korang just cari dalam mr google, tadaaa Suprise!!


Jika korang nak tahu, laman web hidup.my ni telah wujudkan pada Oktober 2015 lagi.. Meskipun masih baru namun telah ada pengguna yang menggunakan khidmat hidup.my. Tujuan laman web ini ditubuhkan adalah untuk membantu lebih ramai pengguna diluar sana untuk mencari bilik untuk disewa atau rumah untuk disewa khususnya di Lembah Klang dan sekitarnya. Antara medium yang digunakan pada masa kini untuk mencari bilik sewa adalah kebanyakkannya di laman sosial seperti Facebook atau pun di Mudah.my. Namun begitu kedua-duanya bukanlah laman web khusus untuk pencarian bilik sewa. 

Ye memang ada laman web lain untuk pencarian bilik sewa dan yang paling mendapat sambutan selama ini adalah www.ibilik.my . Tapi hidup.my merasakan bahawa banyak lagi improvasi yang boleh dilakukan. Tu yang wujudnya hidup.my ni. Tambahan lagi, laman web ini tidak mengenakan sebarang caj sebaliknya diberi service secara pecuma.. Ulang semula percuma. Hal ini disebabkan anda hanya perlu sign in ke dalam laman web ini dan boleh terus menggunakan laman webini tanpa sebarang masalah. Selain itu, laman web ini mengetahui bahawa majoriti pengguna di Malaysia adalah pengguna mobile. Jadi mereka telah memastikan bahawa ianya adalah mobile-friendly tanpa pengguna perlu muat turun sebarang aplikasi. Menurut mereka, mereka tidak menolak kebarangkalian untuk membuat aplikasi tetapi ianya lebih mudah jika pengguna tidak perlu download sebarang aplikasi sekirannya ia pada awal sudah pun mobile-friendly. 

Antara perubahan yang dilakukan oleh laman web ini adalah dengan menambahkan Pelan, Kadar Harga yang diperuntukkan untuk sesebuah bilik sewa dan Find a housemate (ni untuk kegunaan pengguna laman web ini). Ciri yang paling istimewa adalah dalam hidup.my ni adalah Find a housemate. Anda boleh rujuk di pautan ini: http://hidup.my/search-people/

Ini dapat didapati melalui pautan di atas

Di sini pengguna boleh mencari housemate atau pun anda mempunyai bilik sewa atau rumah sewa boleh mencari potential tenant dan juga sebaliknya. Di sini ada disediakan dua option samada sebagai Orang yang mencari bilik sewa dan Orang yang mencari rumah sewa.

Jadi ini boleh membantu mereka diluar sana yang mungkin selalu mencari housemate untuk memenuhkan bilik atau rumah sewa mereka malah bukan itu sahaja, ianya berguna untuk kedua-dua, penyewa dan tuan rumah. Bukan sahaja memudahkan penyewa bilik atau rumah sewa malah turut memudahkan orang yang ingin mencari penyewa untuk rumah mereka.. Inilah salah satu medium yang telah disediakan.

Dengan wujudnya laman web seperti ini, ia akan memudahkan golongan pelajar serta golongan pekerja sekiranya berpindah ke tempat baru. Bukan sahaja cepat mendapat bilik sewa malah cepat mendapat housemate.. Bukankah ini banyak menjimatkan masa dan duit..

7 comments:

Khamsi Abdullah said...

untungla...saya dulu mudah.my je ade.

Ubai Ismail said...

wah, mudah kan sekarang ni. semua di hujung jari. :)

babYpose said...

Assalamualaikum, good sharing, lebih senang sekarang ni.

Aina said...

Anda telah ditag

http://misskitty12.blogspot.my/2016/03/4-soalan-dari-ucing.html

Azlinda said...

Semua online je. .mudah

Azlinda said...

Semua online je. .mudah

umie yana said...

betul tu.. semua di hujung jari jemari anda..hehe

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg