Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Wednesday, May 11, 2016

Kek Gula Hangus


Bahan - Bahan:
1 Cawan gula
1 Cawan Air Panas
2 Sudu Besar Mentega
4 Biji Telur Gred A
1 Cawan Susu Pekat
1 Cawan tepung gandum di ayak
2 sudu teh Soda Bikarbornat di ayak
1 sudu kecil baking powder
1 sudu teh Essen Vanilla

Cara Penyediaan:
1) Goreng gula tanpa minyak dengan api dapur sederhana kecil sehingga gula menjadi cair.
2) Masukkan air panas, gaulkan sehingga sebati sekiranya masih ada sisa sisa gula yang belum cair.
3) Masukkan mentega, dan gaul sebati. Tutup api dan biarkan seketika. 
4) Pukul telur hingga kembang 
5) Kemudian masukkan susu pekat. Pukul hingga sebati.
6)Masukkan tepung, baking powder dan soda bikarbonat yang telah diayak tadi. Pukul hingga sebati.
7) Masukkan esen vanilla dan kacau hingga sebati.
8) Kemudian masukkan gula hangus tadi ke dalam bancuhan tepung dan gaul sebati.
9) Perap adunan ini slama 3-4 jam (bertutup) bagi mendapatkan sarang yang cantik.
10) Bakar selama 60minit dengan suhu 160'c atau kukus selama 1 jam 45 minit.

Noted :
- Jika anda mahu kukus, kukus selama 1 jam 45 minit dan jangan lupa sapukan mentega pada loyang yang anda mahu guna untuk elak kek melekat dengan loyang pulak.

Saturday, April 16, 2016

RESEPI MEE GORENG BASAH




Bahan-bahan:

1. mee kuning 1 bungkus dibilas dan tos
2. Sotong 10 ekor dibersihkan, dipotong dan ditoskan
3. Fish ball 1 paket dibersihkan potong dan tos
4. Sayur sawi jepun 1 ikat dibersihkan potong dan ditos
5. Tomato 1 biji dibersihkan dan dibelah 6
6. Cili kisar 4 sudu besar
7. Sos cili 5 sudu besar
8. Sos tiram 1 sudu besar
9. Sos ikan 1 sudu besar
10. kicap pekat 1 sudu besar
11. Kicap manis 5 sudu besar
12. Kicap mee 2 sudu besar (optional)
13. Air 1 cawan kecil
14. Minyak masak 2 sudu besar untuk menumis

Bahan-bahan tumbuk
1. Cili api 10 biji
2. bawang putih 3 ulas 
( bahan-bahan ini ditumbuk sehingga lumat)


Cara-caranya:

1. Panaskan kuali .. Letak minyak dalam 2 sudu besar..
2. Tumiskan cili kisar dengan bahan-bahan tumbuk tadi. Tumis sehingga garing sedikit.. 
3. Masukkan sos cili, sos tiram, sos ikan, kicap pekat, kicap manis, kicap mee dan masukkan sotong dan fish ball serta masukkan sedikit air..
4. Masak dan kacau-kacau bagi sebati... masukkan sayur dan kacau-kacau lagi.. Kemudian, masukkan mee kuning dan tomato... kacau bagi sebati dan sehingga masak..  Dahsiap boleh la tutup api... 
5. Masak mee goreng basah ni tak pakai garam, gula dan serbuk perasa sebab rasa campuran kicap tu semua dah cukup perasa...

Selamat mencuba !!

Thursday, April 7, 2016

Thai green tea latte


Bahan-bahan:
- 2 sudu besar teh hijau Thai
- 6 sudu besar susu pekat
- 4 sudu besar susu cair
- 500ml air panas
- Ais

Tambahan:
- Serbuk teh hijau
- Whipped cream
- Extra susu cair

Cara-cara:
1. Bancuh teh hijau dan biarkan selama 5 minit
2. Tapis air teh dan blend bersama susu pekat dan susu cair
3. Hidang dalam jag / gelas berisi ais
4. Kalau nak lagi berkrim: Tambah susu cair!
5. Kalau tak berapa kisah pasal diet: Tambah whipped cream dan taburkan serbuk teh hijau!

nak tau lebih lanjut KLIK SINI.. Sedapkan kalau dapat minum ni.. alahai, kenapalah mengoda sangat kau ni..

Wednesday, April 6, 2016

Ikan siakap stim


Ni bahan2nya:
- bwg besar
- bwg putih
- halia muda
- limau nipis (agak2 la klau xnk masam sgt letak sebiji je)
- daun ketumbar
- cili api ikut suka
- ikan siakap (sy kukus trus dlm foil tray tu senang air manis ikan tu nti serasi dgn kuah n blh hirup)

Tumis bawang besar, bawang putih, halia muda dan cili api yang dihiris

Sambil tu, lumurkan sedikit garam halus pada ikan supaya garam dapat memasuki celah kelar

Dalam tumisan bawang tadi, masukkan setengah cawan air an biarkan sehingga mendidih. Jangan lupa tambahkan garam dan gula secukup rasa.

Masukkan ikan dekat periuk kukus tapi pastikan yang air telah mendidih tau.

Tuangkan tumisan bawang tadi di atas ikan. Tambahkan juga, air perahan limau dan dan sedikit daun ketumbar.

Kukus selama 30 minit atau sehingga ikan masak..

Tadaa hasilnya, ikan siakap stim

Wednesday, March 30, 2016

3 Resepi Sambal yang Mesti digemari oleh orang Malaysia

Sambal Kicap 
(pehhh ni kalau dapat makan dengan soto atau sup mesti terangkat beb.. cicah jemput-jemput pun sedap tau.. selalu jugak buat sambal ni)
D27c

Bahan-bahan:
- 10 biji cili padi 
- 1 sudu besar bawang putih 
- 1 sudu kecil gula 
- 1/4 kicap manis 

Cara-cara: 
1. Blend kesemua bahan-bahan


Sambal Belacan
(hahhh, yang ni kalau makan dengan nasi putih je pun dah marvelous laa.. tambah-tambah makan tau)
93ee

Bahan-bahan:
- 6 biji cili merah 
- 8 biji cili padi 
- Jus dari 2 buah limau 
- 1 kiub belacan bakar 
- Garam 
- 1 biji limau, dipotong dua 

Cara-cara: 
1. Blend cili merah dan cili padi 
2. Tambah jus limau, belacan, dan garam 
3. Blend sehingga sebati 
4. Hidang sambal dengan sehiris limau


Sambal Hijau
(sambal ni pulak dimakan dengan nasi padang.. tengok cili dia...haihh)
966b

Bahan-bahan: 
- 1 biji tomato 
- 8 biji cili hijau 
- 1 sudu besar bawang putih (dicincang) 
- 1 biji bawang merah (dicincang) 
- Garam 
- Minyak masak 

Cara-cara:
1. Rebus tomato dan cili hijau. 
2. Blend kasar tomato dan cili hijau. 
3. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih. 
4. Masukkan cili hijau dan tomato. 
5. Masukkan garam dan gaul sehingga sebati.

Friday, March 25, 2016

Puding Sumi

Susun sumi macam gambar kat atas

Cara nak buat adunan putih tu ada di bawah yee


Hasilnya.. sedap kann

PUDING SUMI versi Suhaili shamsudin
- 1 Paket Agar2 Tali 37.5g
- 8 Cawan air
- 1 1/4 Cawan gula pasir
- 1 Tin Susu Cair
- 2 Paket Sumi
1- Masakkan agar2 tali hingga betul2 hancur,
2 - Masukkan gula dan kacau lagi hingga gula hancur,
3 - Masukkan seketul gula batu untuk elakkan agar2 cepat berair,
4 - Masukkan susu cair dan kacau hingga sebati
5 - Perlahankan api...
6 - Sebelum tu susun sumi di dasar acuan,
7 - Masukkan agar2 sedikit demi sedikit agar sumi stabil dan melekat
8 - Boleh curahkan agar2 bila sumi dah melekat
9 - Lapiskan dengan lapisan kedua dan seterusnya..Sejukkan dalam peti ais.
😉😉

Tuesday, January 12, 2016

KEK COKLAT KUKUS

Assalamualaikum.. hari ni nak post pasal kek coklat kukus laa.. Hari tu aku try resepi ni... Tapi bila menjadi kek aku, memang happy gile..sedap tauuu..nyumnyum.. nak buat pun senang.. tak remeh mana pun... oklah, aku bagi resepi nya yee..

Bahan2 menggunakan sukatan cawan jee.. tak payah nak carik alat penimbang bagai.. (tak kisah pun cawan ape pun, asalkan korang guna cawan yang sama untuk semua bahan)
- 1 cawan serbuk koko
-1 cawan gula pasir
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan minyak masak / marjerin yang dicairkan (aku guna minyak masak jee)
- 1/2 cawan susu pekat manis
-1 1/4 cawan tepung gandum/ tepung kek (aku guna tepung gandum jee)
-1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 4 biji telur
- 1 sudu kecil esen vanilla

Cara2 penyediaan pulak..

  • (PART A ) - Campurkan gula, susu pekat manis, minyak masak ke dalam periuk atau kuali. Masak sehingga gula larut. Pastikan api dalam keadaan perlahan tau..
  • (PART B) - Lepas tu, ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat dalam bekas lain dan asingkan.
  • (PART C) - Pukul telur sehingga kembang. Kemudian masukkan larutan gula tadi (Part A) kedalam adunan telur.
  • Kemudian, masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung tadi dalam adunan tadi ( Part C). Kacau sehingga sebati dan tidak berketul.. (aku guna mixer je, lagi senang)
  • Dah boleh start panaskan pengukus..
  • Sebelum tuang adunan dalam loyang, korang kena sapu marjerin dulu dekat sekeliling loyang.. Ni untuk elak kek korang melekat pada loyang.. (ni sebab aku gune loyang yang bukan non-stick tu).. Next, korang boleh tutup loyang dengan aluminium foil untuk elak kek dimasuki wap air .
  • Setelah make sure air pada pengukus mendidih, korang dah boleh masuk..
  • Kukus selama 1 jam jeee..
Sementara nak tunggu kek coklat kukus tu masak, korang dah boleh buat topping dia

Bahan2 nya adalah
- 1 cawan susu pekat manis (kurangkan sikit pun tak pe)
- 1 sudu serbuk koko
- 2 sudu mentega

Cara2 nya?? senang sangat..haha
  • Korang masukkan je semua bahan2 tadi dalam periuk. Lepas tu kacau perlahan sehingga larut.
  • Sejukkan dulu sebelum tuang atas kek korang tau.. 

Senang kan???hehehe

melimpah ruah topping nya kan...sedapppp
adik2 aku pun suka..hihi

Tuesday, November 24, 2015

Udang Masak Mentega

1. Goreng udang menggunakan minyak bijan dan toskan setelah masak
2. Masukkan mentega
3. Tumis bawang putih, daun kari dan cili padi (ikot tahap kepedasan anda ye)
4. Masukkan susu cair dan tunggu sehingga mendidih (api slow tau)
5. Then, masukkan garam secukup rasa, serbuk lada hitam dan gula untuk seimbangkan rasa
6. Secondly, masukkan air bancuhan tepung ubi dalam 2 sudu sahaja (untuk pekatkan kuah nye)
7. Lastly, gaul udang bersama masakan tadi sehingga rata

sori ye, bahan2 masakan kat atas tu x de.. eh bukan bahan yang x de tp kuantiti bahan..
hehe
korang ikot selera la ye..
masakan nie very simple tp lg sekali sori, sebab x de gambar pulak

#SelamatMencuba

Wednesday, November 11, 2015

Homemade pizza 🍕

Jemput tengok
Selame nie, aku tengok orang buat pizza je kn.. Nak buat yg betul, malas nak uli.. #lagi pon bukan pandai pon, hehe
So aku buat je pizza yg super simple dimple nie.. Nyumnyummnyumm

Bahan-bahan nye adalah

1buku roti keping ( x kisah la nk pakai roti ape pon)
8 batang hotdog ( pon x kisah korang nak pakai berapa)
1 paket keju mozarella
1 botol sos prego ( tapi aku gune yang kimball punye perisa kari, sedap la jugak )
1 paket daging cincang
Beberapa sudu sos black paper ( beli yg ready made je)
Garam secukup rasa
1 ulas bawang besar utk menumis
1 sudu cili kisar
2
Cara-caranya

1. Rebuskan kesemua hotdog dan potong nipis2
2. Tumis bawang besar ke dalam kuali, kemudian masukkan sedikit cili kisar
3. Kemudian masukkan daging dan kacau sehingga sebati
4. Lastly,masukkan sos black paper, garam dan sos cili sehingga masak
5. Utk pizza pulak, susun roti dalam loyang secara rapat2 dan penuhkan ruang tau
6. Sapukan sos prego pada kesemua roti
7. Letakkan daging yang telah dimasak tadi ke dalam loyang
8. Seterusnya, susun pula hotdog di atas daging
9. Lastly, taburkan chess kat atas roti
10. Masak ke dalam oven sehingga chess cair tau.. Sy masak dalam 15 minit

Waa, dah macam chef pulak.. Sebenarnye, nak simpan resipi nie.. Hehe
Selamat mencuba !!

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg