Your Adsense account is awaiting approval.
Saturday, April 30, 2016
Cara Nak Daftar Google Adsense
Cara nak elak permohonan AdSense ditolak
Friday, April 29, 2016
Drama Dia Semanis Honey
Program my Lesen fasa 2.0
Tuesday, April 26, 2016
Google AdSense
Sebenarnya banyak syarat untuk Google AdSense ni approved permohonan kita tau.. Mula-mula masa aku buat, pening jugak.. nak ini nak itu.. dahlah tengah serabut tapi berangan nak jugak buat google AdSense ni.. Padanlah muka kau umie oii.. Tapi bak kata pepatah usaha tangga kejayaan.. dapat aku merasa letak iklan adsense ni dalam blog yang tak seberapa ni.. Sebenarnya, adsense ni mempunyai function yang sama seperti 8share.. Cuma 8share kita kena buka melalui Google+ tapi iklan adsense ni automatik dalam blog kita.. TAPI diingatkan bahawa kita tidak boleh sama sekali untuk klik sendiri atau menyuruh orang klik dalam erti lain, kita menulis keywords dalam blog supaya ada rakan blogger yang lain untuk klik iklan tersebut.. Sebab pihak Google akan mengambil tindakan atas kita atau blog kita.. Sebenarnya banyak lagi, nanti ada masa aku update lagi yee..hehe
Monday, April 25, 2016
Sinopsis Drama Demi Cinta Ain
Setelah tamat drama Bodyguard baru-baru ini, drama Demi Cinta Ain telah pun mengambil tempat untuk mengantikan drama Bodyguard dalam slot samarinda di TV3 pada pukul 10 malam (ala yang mempunyai ramai pelakon sado tu).. Eh, tak nak lari tajuk.. Drama Demi Cinta Ain ini telah diiterbitkan oleh Zamriez Golden Pictures dan telah diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin. Seramai 4 orang pelakon utama yang akan digandingkan dalam Drama Demi Cinta Ain iaitu Nur Risteena Munim sebagai Ain. Aiman Hakim sebagai Aliff, Nazrief Nazri sebagai Adam, dan Zahirah Macwilson sebagai Mawar.. Malah, drama ini turut diserikan lagi dengan Nazeera Sardi, Jasmin Hamid, Zizan Nin, Nur Qistina Raisah dan Fazli Daniel.. Drama ini lebih mengemukan pelakon yang telah kita kenali sebelum ini.. Untuk pengetahuan kawan-kawan, drama ini mempunyai 15 episod yang telah bermula pada 19 April lalu.. Selain itu, ia juga membawakan tagline "Memang cinta kadangkala tidak seindah seperti yang kita impikan, Namun tidak bermakna begitu mudah untuk kita lepaskan"..
Sinopsis
Alif dan Sakinah baru balik dari menjalani rawatan di hospital. Suraya bising kerana telah banyak wangnya dihabiskan untuk kos rawatan Sakinah sedangkan Alif semakin hari pula berdepan dengan pelbagai masalah kewangan. Suraya adalah ibu tiri kepada Sakinah dan Ain manakala Sakinah merupakan kakak kepada Ain yang kini berperang dengan sakit kanser. Suraya suka menyindir Alif dan membuatkan Aliff berasa sungguh terhina malah Sakinah pula tidak mampu berbuat apa-apa dengan sikap ibu tirinya itu terhadap suaminya. Ini kerana Suraya tidak suka dengan Alif kerana Alif adalah seorang banduan yang sahaja keluar daripada penjara, dan telah menyuruh Alif untuk membawa anak-anaknya keluar dari rumah kerana dia malu untuk menerima bekas menantu yang bergelar banduan itu. Manakala Ain juga tidak sukakan Aliff kerana abang iparnya itu panas baran dan sering memarahi kakaknya ketika Ain ternampak Alif melepaskan amarahnya pada Sakinah dan telah mengancam supaya Ain tidak mencampuri urusan Alif dan Sakinah lagi...
GiveAway Mei by Ann
Assalamualaikum wbt..hii
Bismillahirahmanirahim..
Klik banner untuk menyertai
Senarai Sponsor:
Ann , CikNurul , MissBanu , AmirahAzman , UmieYana , #JMbelog , Azira , Farrah**Jom meriahkan Giveaway ni.. Sebab hiphiphorray menjadi sponsor buat pertama kali tau.. hehe dan maaf sponsor yang lain, umie tak ada insta laa..
Saturday, April 23, 2016
Tutorial : Buat Tab Menu Yang Simple
Selamat petang kawan-kawan hiphiphorray.. Dah baca aku nak buat tutor apa?? susahkan nak jumpa yang betul-betul faham.. aku pun banyak kali "try and error" tau.. Memang banyak yang dah buat tutor ni tapi maklum lah, otak bebal macam aku ni mana nak faham.. Last-last, aku gabungkan semua tutorial yang blogger dah lain buat.. Maka terhasillah pages seperti di atas ni..Alahaaii, letihnya weiii.. Jom follow step by step okay..
Step 1 : Buat New Pages
1. Buka Dashboard > Pages
2. Tekan pada tab New Pages
3. Klik New Page untuk membuat tajuk pada page korang (Ikut korang nak buat pages apa such as Home, Segmen, Tutorial)
**Contoh seperti di bawah ini
4. maka terhasillah begini (seperti di bawah yee)
STEP 2 : CARA NAK LINK KAN DEKAT BLOG KORANG
1. Dashboard > Layout
2. Next, tekan Add a Gadget macam kat bawah ni
3. Korang klik yang ada petak merah kat bawah ni yee
**Mesti jadi macam ni kan??
4. Kemudian, korang buat macam kat bawah ikut pages apa yang korang buat yeee.. mesti ada simbol | di antara satu pages dengan pages yang lain (untuk asingkan pages yang lain)..
5. Next, ni adalah step yang mana korang nak createlink
**So apabila korang dah klik simbol tu, maka muncullah gambar yang ada bold biru tu (seperti bawah)
STEP 3 : STEP NAK AMBIL URL PAGES
1. Dashboard > Pages (step ini korang akan bukak balik sepertstep 1 tadi)
**Lepas korang klik View, ia akan mucul seperti ini...
2. Copy link seperti di dalam box merah tu mengikut blog masing-masing dan pastekan kat dalam box yang ada tu
Kemudian, korang buat step yang sama untuk ke semua pages yang anda inginkan namun untuk page HOME, anda cuma perlu copy link blog anda dan gantikan seperti kotak link di atas.
3. Lastly, Save dan Preview hasil Pages kawan-kawan..
** Contoh gambaran agar lebih mudah
Maaf jika ada terdapat kesalahan, banyak perbezaan apabila membuat sendiri dengan menerangkan orang lain amat berbeza perasaannya.. Sekiranya terdapat kesilapan, bolehlah bagitahu yee.. Secepat mungkin saya perbaiki..
Selamat Mencuba !!
Tension?? Jom Klik <SINI>
Tanda Orang yang Meninggal dengan Khusnul Khatimah
SETIAP ada kehidupan pasti ada kematian. Begitupun dengan yang bernyawa pasti akhirnya akan berjumpa dengan kematian. Yang bernyawa pasti akan kembali semula pada Allah SWT. Allah yang pertama kali menciptakan kita di dunia ini. Di akhir kematian nanti, hanya ada dua jenis kematian iaitu khusnul khatimah (akhir yang baik) dan su’ul khatimah (akhir yang buruk). Semuanya bergantung pada kita ketika saat dicabutkan nyawa nanti.. Apakah kita sedang berbuat kebaikan atau kejahatan?? Jika kita memilih untuk meninggal secara khusnul khatimah, bermakna kita harus mempersiapkan diri sebaik mungkin untuk menghadapinya. Semoga kita termasuk dalam orang-orang yang meninggal dunia secara khusnul khatimah, iaitu meninggal dengan salah satu cara yang menjadi tanda orang khusnul khatimah. Tapi bagaiman nak tahu tanda-tanda orang yang meninggal secara khusnul khatimah? Inilah antara tanda-tanda seseorang itu meninggal dunia melalui khusnul khatimah
1. Meninggal dengan mengucapkan syahadat (HR. Abu Daud).
2. Meninggal dalam keadaan sedang berjuang (HR. Tirmidzi).
3. Meninggal pada waktu siang atau malam jumaat (HR. Tirmidzi).
4. Meninggal dalam keadaan mati syahid atau terbunuh di medan perang di jalan Allah SWT (QS. 3: 169-171).
5. Mati di jalan Allah SWT (HR. Muslim).
6. Meninggal kerana penyakit radang selaput dada (HR. Ahmad).
7. Meninggal kerana penyakit tha’un (HR. Bukhari).
8. Meninggal kerana sakit perut (HR. Muslim).
9. Meninggal kerana tenggelam.
10. Meninggal kerana tertimpa runtuhan (HR. Bukhari dan Muslim).
11. Meninggal kerana kehamilan disebabkan anak yang sedang dikandungnya (HR. Ahmad).
12. Meninggal kerana membela agama/nyawa (HR. Bukhari).
13. Meninggal kerana membela harta (HR. Abu Daud).
14. Meninggal kerana terjangkit penyakit TBC (HR. Ath Thabrani).
15. Meninggal kerana sedang berjaga di jalan Allah SWT.
16. Meninggal tatkala sedang beramal shaleh (HR. Ahmad).
17. Meninggal kerana terbakar api (HR. Ahmad).
Sumber : https://www.islampos.com/
Friday, April 22, 2016
Sinopsis Pujaan Hati Umi
Sebenarnya aku sendiri baru lagi tengok drama terbaru TV9 yang bertajuk Pujaan Hati Umi ni.. Yang menarik tentang dram ini mestilah aku suka tengok pelakon dia dulu.. Baru semangat nak layankan.. hihi.. Dalam drama ini, ramai pelakun yang sudah lama tidak nampak dalam kaca televisyen.. Dan drama ini memang lain daripada drama yang sebelum ni aku tengok kerana ia lebih mengisahkan kehidupan seorang ibu tunggal dalam mempertahankan keluarganya.. Okaylah cerita banyak pun tak guna, jom layan sinopsis drama ini yee..
Info :
Sebuah drama bertajuk Pujaan Hati Umi telah pun disiarkan pada 14 April 2016 di slot Azalea TV9 pada setiap hari Selasa hingga Ahad pada pukul 8:30 malam. Drama Pujaan Hati Umi membawakan konsep yang berlainan daripada kebiasaannya iaitu kisah kekeluargaan.
Drama Pujaan Hati Umi mempunyai 20 episod kesemuanya yang telah diterbitkan oleh SRS Production Sdn Bhd dan telah diarahkan oleh M Nazir. Untuk pengetahuan kawan-kawan, antara pelakon yang membintangi drama ini adalah Wan Maimunah, Talha Harith, Faye Khusairi, Wan Nor Azlin, Zain Hamid, Syaffiq Sahli, Sasqia Dahuri, Amanda Misbun, Nina, Haeryanto Hasan, Darren Zariff, Syasya Afiqah dan Kuza Muzaini. Selain itu, ini antara drama terakhir sebelum Faye Khusairi berhijrah.. Manakala lagu tema atau OST Drama Pujaan Hati Umi ini bertajuk Kau Biarkan yang dinyanyikan oleh Faye Khusairi sendiri.
Sinopsis :
Drama ini mengisahkan tentang Umi lakonan Wan Maimunah yang merupakan seorang ibu tunggal berusia 60 tahun. Beliau adalah seorang yang tabah dalam membesarkan 4 orang anaknya iaitu Razziah (Wan Nor Azlin), Razman (Zain Hamid), Razzi (Syaffiq Sahli) dan Reza (Talha Harith).
Drama ini mengisahkan tentang Umi lakonan Wan Maimunah yang merupakan seorang ibu tunggal berusia 60 tahun. Beliau adalah seorang yang tabah dalam membesarkan 4 orang anaknya iaitu Razziah (Wan Nor Azlin), Razman (Zain Hamid), Razzi (Syaffiq Sahli) dan Reza (Talha Harith).
Umi adalah seorang yang amat dihormati oleh penduduk kampungnya. Malah dia pernah menerima Anugerah Ikon Wanita Warga Emas. Dengan kehadiran anak-anak dan cucu-cucunya, Umi berasa sangat bahagia atas kurnia itu.. Dia dapat merasakan bahawa kehidupannya telah lengkap dengan keluarganya itu.
Namun setiap keluarga pasti berdepan masalah dan ujian. Begitu juga dengan keluarga Umi. Kisah ini bermula apabila menantu sulung Umi iaitu Osman (Haeryanto Hasan) yang juga merupakan suami kepada Razziah telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Menyebabkan Razziah terpaksa memulakan kehidupan yang baru di rumah Umi. Manakala Razman pula langsung tidak pulang ke rumah kerana malu dengan Umi selepas dia meninggalkan majlis pernikahannya pada saat-saat akhir.
Umi cuba untuk menyembunyikan kesedihannya dengan harapan keluarganya akan kembali bahagia. Namun, sekali lagi badai menjelma apabila Reza memberitahu bahawa dia ingin mendirikan rumahtangga bersama gadis pilihan hati bernama Rita lakonan Faye Khusairi. Berita tersebut amat menggusarkankan hati Umi. Namun, hanya mampu bertahan demi kebahagiaan anaknya Reza.. Sebagai ibu dan juga seorang ketua keluarga, Umi mengharapkan dengan kehadiran Rita dapat mengembalikan menceriakan keluarga mereka. Tetapi lain yang diharapkan lain pula yang jadi apabila rupa-rupanya Rita mempunyai niat yang tersembunyi di sebalik perkahwinannya itu.. . Apa niat sebenar Rita terhadap keluarga Umi dan dapatkah Umi mempertahankan hubungan kekeluargaannya??
Menarik kan sinopsis Drama Pujaan Hati Umi ni.. Untuk mengetahui kesudahan drama ini, korang bolehlah menonton di TV9 pada setiap hari selasa sehingga ahad pada slot Azalea pada pukul 8.30 malam.. Selamat menonton !!
Segmen Tonton Uk20 Free Gift
Uk20 adalah Animasi pendek yang bercorak komedi untuk hiburan semata-mata.Uk20 kali ini mempersembahkan 'free gift".Sinopsis :Ucing telah di beri Free Gift berupa iphone dari Orang yang tidak di kenali,adakah betul itu iphone .? dan apakah balan Free Gift Ucing kepada Orang tersebut.? Anda akan menonton Animasi Free Gift setelah tamat Segmen ini.
Dengan itu Saya minta Anda Support untuk Animasi ini.Syarat-syarat adalah mudah :
1) Follow Blog Ucing Kadayan,Google + atau Facebook Ucing.
2) Buat Tajuk Post "Segmen Tonton Uk20 Free Gift"
3) Copy semua Coding yang telah disediakan di box dan Paste ke dalam ruangan html dan publish.Tag Rakan Akan Anda.
4) Tinggalkan Url post Anda di ke dalam ruangan Komen Disini.
5) Tamat Segmen 29-4-2016.Kepada Blogger yang ikut Segmen ini akan di Senaraikan dalam Video Animasi Uk20 Free Gift Sebagai Supporters.
Tags : http://iniblogke.blogspot.my/
Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016
Bulan April bakal berakhir, bloglist untuk March & April akan di gantikan dengan bloglist baru untuk bulan Mei & Jun. Berminat untuk masuk bloglist blog sihatimerahjambu ni, boleh sertai segmen ini. Segmen simple je. Cuma perlu buat entry dan copy & paste je. Pemilihan 10 blog melalui random.org.
Klik banner untuk sertai Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016
TAMAT : 28 APRIL 2016
Langkah Penyertaan Segmen
1. Buat entry bertajuk : Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016
2. Copy & paste coding dalam kotak bawah ni di ruangan HTML entry
3. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016
Terima kasih atas sokongan semua ^__^
Deejay radio bikin hubungan suami isteri huru hara
Thursday, April 21, 2016
TANDA-TANDA KEMATIAN
Tuesday, April 19, 2016
Tutorial : Letak icon Facebook dan twitter bahagian tepi Blog

Info :
Merah : Kedudukan icon di
blog korang.. Jarak daripada atas blog (tidak perlu diubah sebab sudah standard))
Oren Kuning : Kedudukan icon sama ada di kanan atau kiri.. Jika ingin icon itu berada di kanan, anda cuma tukar dari left kepada right (Tidak perlu diubah)
Hijau : Jarak daripada kedudukan icon tadi sama ada dari kiri atau kanan blog (JUga tidak perlu diubah)
Biru : Facebook ID korang (Buka wall facebook kawan-kawan dan copy linknya dengan highlight kuning tu)
Hijau Tua : Nama icon (Tidak perlu ditukar)
Purple Pink : url gambar icon yang korang nak (cari yang korang berkenan)
3. Korang dah boleh save..
Tapi kalau lepas tu, korang nak tambah icon
untuk twitter pulak.. Korang ikut step kat bawah ni.. Copy dan pastekan di
bawah html tadi..

Merah : Tukar ID twitter korang (ubah ikut link twitter kawan-kawan)
Hijau : url icon Twitter (Yang anda suka)
Lastly,
korang pastekan sebelum
pada html facebook tadi..
**Hasilnya jadi macam kat bawah ni setelah digabungkan kod facebook dan twitter
Nilah hasil codingnya.. Aipp, ni aku punya coding tau..
Kalau tak boleh jugak, korang copy code kat bawah ni dan just tukarkan mana yang aku highlight okay?? Lagi senangkan??
Nilah hasil codingnya.. Aipp, ni aku punya coding tau..
Kalau tak boleh jugak, korang copy code kat bawah ni dan just tukarkan mana yang aku highlight okay?? Lagi senangkan??

**Make sure ada jarak antara html facebook dan html twitter tau.. Kalau korang nak url icon, nah <KLIK> ..
Selamat mencuba !! (buat slow-slow yee)