Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Tuesday, June 21, 2016

Tanda - Tanda Malam Lailatul Qadar

Siapa belum tahu lagi tanda - tanda malam Lailatul Qadar, ini umie kongsikan yee.. Moga bermanfaat
Dari Abu Hurairah, Rasulullah ﷺ
bersabda,
ﻣَﻦْ ﻗَﺎﻡَ ﻟَﻴْﻠَﺔَ ﺍﻟْﻘَﺪْﺭِ ﺇِﻳﻤَﺎﻧًﺎ ﻭَﺍﺣْﺘِﺴَﺎﺑًﺎ ﻏُﻔِﺮَ ﻟَﻪُ ﻣَﺎ ﺗَﻘَﺪَّﻡَ ﻣِﻦْ
ﺫَﻧْﺒِﻪِ
“Sesiapa melaksanakan solat pada malam lailatul qadar kerana iman dan mengharap pahala dari Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampunkan.”
Hadis Riwayat : Imam Bukhari r.a.

Friday, April 29, 2016

Program my Lesen fasa 2.0

Baru-baru ni, aku ada terbaca tentang My Lesen 2.0 telah mula menjelma kembali.. Ini comfirm betul sebab aku terbaca dekat facebook Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia yee.. Hari tu memang aku ada dengar ura-ura, tapi tak sangka pulak memang betul..^^ Okaylah, cerita banyak pun tak gunakan.. 

Program My Lesen ini telah dijalankan bermula tahun lepas iaitu pada 15 September 2015 sehingga 15 Oktober 2015.. Untuk pengetahuan korang, program ini adalah antara inisiatif kerajaan untuk golongan belia yang masih tidak mempunyai sebarang lesen yang sah terutamanya lesen kelas 2B iaitu dalam erti lain lesen motorsikal tunggal. Antara umur yang telah dikhaskan adalah belia yang berusia 16 tahun ke atas yang menetap di bandar mahupun luar bandar. Oleh kerana masih ramai yang mahukan program ini berlangsung maka pihak JPJ dan kerajaan berbesar hati mengadakan Fasa yang ke dua pula.. Kali ini, program My Lesen Fasa 2.0 akan bermula pada 6 April 2016 sehingga  6 Jun 2016..

Syarat-syarat permohonan :
1. Terbuka kepada belia yang berumur 16 dan ke atas
2. Warganegara Malaysia
3. Tidak mempunyai sebarang lesen memandu
4. Hanya sah untuk lesen B2 Sahaja
5. Menepati semua kriteria yang ditetapkan oleh pihak penganjur dan JPJ
6. Bayaran berjumlah RM299 termasuk GST berbanding harga sebanar adalah RM450
7. Bayaran tambahan akan dikenakan sekiranya gagal di bahagian 1/2/3 melainkan ujian lisan dan ujian bertulis.
8. Tidak disenarai hitam oleh JPJ atau polis

Saturday, April 9, 2016

Nak tahu limau Sunkist yang manis??

Macamana nak tau limau sunkist yg kita beli baik dipasaraya2 atau dikedai2 buah itu manis. Nampak luar buahnya mmg cantik tapi bila potong & makan masam yarabbi. Ini ada petua yg telah diajar oleh kawan2 cina saya sedikit masa dahulu.
Caranya : perhatikan bontot limau yg kita nak beli itu. Kalau tidak berlubang seperti didalam gambar, bermakna limau tersebut mmg masam. Kalau manis pun nasib2 lah. Nak cari yg manis, cari limau yg bontotnya berlubang seperti didalam gambar dibawah, insyaallah limau tersebut mmg manis. Cubalah petua ini..

credit by facebook ( Mymoss Shope)
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg