Friday, December 6, 2019

Review K-Drama : Voice And Voice 2

Assalamualaikum.. oleh sebab aku baru habis marathon drama korea yang bertajuk Voice ni so aku nak share lah sikit.. cerita ni kalau korang tengok, pehh memang agak mengerikan. mana taknya, bunuh sana bunuh sini, potong sana potong sini.. hahaha.. dah cerita thriller kan so mestilah kena menakutkan.. nah aku belanja poster cerita ni
Image result for voice kdrama Image result for voice kdrama Image result for voice kdrama

haaa, nampak tak berapa banyak poster tu? ada 3 weii means dah 3 season dah voice nii.. tapi memandangkan aku baru habis voice yang kedua so aku share sampai second jela eaa

JangHyuk in BadPapaConference 2018.jpg Image result for Lee Ha-na
Voice ni bermula apabila berlaku suatu pembunuhan yang melibatkan family Kang Kwon-joo (Lee Ha-na) dan Moo Jin-Hyuk (Jang Hyuk) ni.. Kang Kwon-joo ni adalah seorang perempuan yang diberi kelebihan iaitu dapat mendengar dengan jelas dan dapat membayangkan kejadian sebenar dengan hanya melalui telinganya.. kira gifted lah lepas dia buat operation masa kecil dulu.. Yang Jin-hyuk ni pulak seorang anggota polis yang agak sibuk dalam mencari penjenayah hingga kematian isterinya tanpa dia sedar. Mereka berkerjasama dalam Golden Time yang direka miss kang ni untuk menyelamatkan mangsa kemalangan, pembunuhan dalam satu tempoh masa yang telah ditetapkan. weii, first episod tengok je korang dah dapat tengok suatu pembunuhan yang kejam.. tapi satu benda yang aku okay bila tengok cerita ni adalah bila scene pembunuhan, mereka akan blurkan alatan pembunuhan means korang tak nampak clear sgt laaa.. Setiap episod adalah kes yang berbeza tapi akan ada hubung kait dgn pembunuh sebenar.. pembunuh ni boleh dikatakan pembunuh bersiri tau.. 

Image result for Lee Jin-wook

untuk voice 2 or Boiseu 2 melaibatkan pelakon wanita yang sama tapi tukar watak hero.. mula2 aku tengok, alaa kenapa tukar weii.. mesti tak best bila tukar pelakon tapi bila tengok ehh no bad laa.. hahahaha.. untuk voice 2 pulak, polis lelaki adalah Do Kang-woo (Lee Jin-wook) telah terpilih untuk menyertai Team Golden Time untuk menyelesaikan suatu kes pembunuhan yang turut melibatkan scene memotong anggota badan.. haa, jangan takut.. dia tak delah tunjuk macam mana dia buat cuma korang boleh lah imagine laaa.. Do Kang-woo ni mempunyai kisah silam yang buruk yang juga seperti kes yang mereka cuba selesaikan nii.. so pembunuh tersebut cuba ambil kesempatan atas kekurangan kang-woo.. kesian kang-woo.. semua orang tuduh dia penjenayah sampai kwon joo pun hampir terpercaya tapi satu kebenaran demi kebenaran mula ditunjukkan.. aku respect dgn team golden time ni sebab dorang saling percaya mempercayai serta saling bekerjasama walau apa pun kes yang datang.. eh, team ni bukan takat 2 pelakon utama je tau.. ada ramai lagi sebenarnya.. hehehe

Haa, tapi.. ending untuk voice 2 ni tergantung sikit sbb pengarah dah bagi hint yang voice 3 akan muncul pada tahun 2019.. voice mula ditayangkan pada 2017 manakala voice 2 pada 2018.. tak sabar nak sambung voice 3 pulak..hehehe
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg