Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Friday, December 6, 2019

Review K-Drama : Voice And Voice 2

Assalamualaikum.. oleh sebab aku baru habis marathon drama korea yang bertajuk Voice ni so aku nak share lah sikit.. cerita ni kalau korang tengok, pehh memang agak mengerikan. mana taknya, bunuh sana bunuh sini, potong sana potong sini.. hahaha.. dah cerita thriller kan so mestilah kena menakutkan.. nah aku belanja poster cerita ni
Image result for voice kdrama Image result for voice kdrama Image result for voice kdrama

haaa, nampak tak berapa banyak poster tu? ada 3 weii means dah 3 season dah voice nii.. tapi memandangkan aku baru habis voice yang kedua so aku share sampai second jela eaa

JangHyuk in BadPapaConference 2018.jpg Image result for Lee Ha-na
Voice ni bermula apabila berlaku suatu pembunuhan yang melibatkan family Kang Kwon-joo (Lee Ha-na) dan Moo Jin-Hyuk (Jang Hyuk) ni.. Kang Kwon-joo ni adalah seorang perempuan yang diberi kelebihan iaitu dapat mendengar dengan jelas dan dapat membayangkan kejadian sebenar dengan hanya melalui telinganya.. kira gifted lah lepas dia buat operation masa kecil dulu.. Yang Jin-hyuk ni pulak seorang anggota polis yang agak sibuk dalam mencari penjenayah hingga kematian isterinya tanpa dia sedar. Mereka berkerjasama dalam Golden Time yang direka miss kang ni untuk menyelamatkan mangsa kemalangan, pembunuhan dalam satu tempoh masa yang telah ditetapkan. weii, first episod tengok je korang dah dapat tengok suatu pembunuhan yang kejam.. tapi satu benda yang aku okay bila tengok cerita ni adalah bila scene pembunuhan, mereka akan blurkan alatan pembunuhan means korang tak nampak clear sgt laaa.. Setiap episod adalah kes yang berbeza tapi akan ada hubung kait dgn pembunuh sebenar.. pembunuh ni boleh dikatakan pembunuh bersiri tau.. 

Image result for Lee Jin-wook

untuk voice 2 or Boiseu 2 melaibatkan pelakon wanita yang sama tapi tukar watak hero.. mula2 aku tengok, alaa kenapa tukar weii.. mesti tak best bila tukar pelakon tapi bila tengok ehh no bad laa.. hahahaha.. untuk voice 2 pulak, polis lelaki adalah Do Kang-woo (Lee Jin-wook) telah terpilih untuk menyertai Team Golden Time untuk menyelesaikan suatu kes pembunuhan yang turut melibatkan scene memotong anggota badan.. haa, jangan takut.. dia tak delah tunjuk macam mana dia buat cuma korang boleh lah imagine laaa.. Do Kang-woo ni mempunyai kisah silam yang buruk yang juga seperti kes yang mereka cuba selesaikan nii.. so pembunuh tersebut cuba ambil kesempatan atas kekurangan kang-woo.. kesian kang-woo.. semua orang tuduh dia penjenayah sampai kwon joo pun hampir terpercaya tapi satu kebenaran demi kebenaran mula ditunjukkan.. aku respect dgn team golden time ni sebab dorang saling percaya mempercayai serta saling bekerjasama walau apa pun kes yang datang.. eh, team ni bukan takat 2 pelakon utama je tau.. ada ramai lagi sebenarnya.. hehehe

Haa, tapi.. ending untuk voice 2 ni tergantung sikit sbb pengarah dah bagi hint yang voice 3 akan muncul pada tahun 2019.. voice mula ditayangkan pada 2017 manakala voice 2 pada 2018.. tak sabar nak sambung voice 3 pulak..hehehe

Thursday, May 24, 2018

REVIEW : NASI MCD DAN REDEEM MCCHICKEN FREE

Image result for mcdonald

Assalamualaikum semua.. Kali ni aku nak share something dengan McDonald's ni tau.. Baru-baru ni aku adalah keluar dengan housemate aku keluar.. Then masa tu, tibe-tibe tekak mengidam nak makan McDonald's ni.. eh bukan mengidam mengandung tau, otak jangan nak pikir lain ea. kita study lagi ni ar.. Sampai je kat McDonald's tu, ramai wei yang beratur.. penuh semua kaunter yang buka masa tu.. masing-masing sibuk bukak phone masing-masing.. kawan aku pun memang ada bagitahu before tu yang kalau kita ada install app daripada Mconald's ni, kita boleh redeem burger free weii..  So apa lagi, kita install la siap-siap.. hahaha

Tapi korang kena tunggu turn korang betul-betul tengah order dekat kaunter tau sebab untuk redeem tu ada masa yang dah ditetapkan supaya korang tak click button redeem tu awal-awal.. Masa yang telah disetkan adalah 5 minit je tau.. Tapi ada syarat laa, bukan main nak redeem jee.. korang wajib order apa-apa yang ada kat situ dulu baru boleh dapat burger tu.. Lepas tu baru korang boleh click then tunjuk kat pekerja McDonald's tu.. So tadaaaa!!!


kan aku cakap tadi kena order dulukan, so aku buat keputusan untuk merasa menu baru di McDonald's ni iaitu Nasi McD.. Nasi ni ada 3 jenis tau.. Ada set A, set B dan set C.. untuk pengetahuan korang, setiap set nasi ni hanya dalam ala carte je tau.. Untuk set A, ia seperti hidangan nasi lemak. Ada nasi lemak, sambal, salad dengan telur.. Untuk set B pulak, ada nasi, salad, sambal dan ayam Mcd tau.. Manakala set C pulak, ada nasi, sambal, salad, ayam McD dengan telur.. nampak gambar kat bawah ni? tula set-set Nasi McD (aku pinjam gambar daripada McDonald's yee)..

Image result for nasi mcdonald


Inilah rupa nasi McD yang set B tu.. 

Dah tajuk entri ni pun review kan jadi jangan nak kecam sis yee.. sis tahu ini antara rezeki yang Allah bagi kat kita (macam ayat seseorang) tapi pada pendapat akulah.. nasi McD ni okaylah, not bad tapi yang spoil dia cuma sambal dia tu.. rasa macam sambal ikan bilis yang dalam roti tu wei.. lain okay dah lagi-lagi ayam dia, x yah cakap ar.. Kawan aku pun ada cakap yang sambal dia tu sambal yang sama macam dalam sambal untuk burger nasi lemak depa.. Maaf semua, tolong jangan kecam sis yee..

Yang kat bawah ni adalah screenshoot daripada app McDonald's yee.. ni selepas aku redeem burger free tula.. lupa nak snap before redeem.. sorry naa..


Haa, burger free.. yeahhhh

Korang jangan tak tahu yang dalam app tu ada macam-macam lagi yang best tau.. kalau tak pernah install, cepat-cepat install so boleh dapat burger free dengan syarat korang kena login account korang tapi HANYA SEKALI sahaja yee.. semua yang depa promote dalam tu cuma sekali sahaja yee.. so better korang install cepat sebelum promosi tamat.. kang melepas laa..

Ampun maaf dipinta kalau ada bahasa atau ayat yang kasar dan tidak elok sepanjang aku menulis entri ni.. Terima kasih sudi luangkan masa baca yee.. 

Wednesday, June 1, 2016

Review : Dia Semanis Honey

Baru-baru ni tamatlah cerita favourite aku yang bertajuk Dia Semanis Honey.. sedih la dah habis drama tu.. Tapi jangan risau, pengarah drama ni Michael Ang akan menerbitkan pulak untuk Dia Semanis Hani Raya.. yeahhh.. tak sabar nak tengok gandingan dia orang lagi..hehe.. Nah aku belanja antara babak dalam drama tersebut.. 

 Keluarga bahagia

Kenapa ada Izzue Islam ek??

Drama yang mempunyai 16 episod ini mempunyai peminat yang tersendiri.. Yang mana mengangkat pelakon utamanya iaitu Siti Nordiana dan Aliff Satar yang masing-masing membawa watak Hani Safira dan Ahnaf Wafiy.. Tak dapat disangkal lagi, drama ini memang sweet habislah.. Comfirm kalau korang pun layan lah cerita ni.. Selain itu, watak Bella yang dilakonkan oleh Nadya Syahera juga memberi impak besar kepada penggemar drama ini.. Yelah watak jahatkan wajiblah dibenci oleh penonton setia cerita ni.. hehe... Jahat tak habis-habis, ada je niat jahat dia nak porak perandakan rumah tangga Hani dan Ahnaf ni.. 

Manakala part paling kelakar bagi aku adalah masa malam pertama selepas Hani dan Ahnaf diijabkabul yang mana Ahnaf melemparkan comforter kepada Hani dengan kasar sehingga terbaring Hani.. hahaha.. tapi tu part yang kelakar bagi akulah.. sudah tentu bagi korang lain kan.. selera masing-masing.. 

Selain itu, drama ini turut menjadi trending dalam laman sosial setiap kali ia ditayangkan di televisyen.. Nampak tak impaknya??? So sama-samalah kita tunggu kemunculan Dia Semanis Honey Raya pula lepas ni.. 

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg