Wednesday, October 10, 2018

Birthday giveaway by Mazuriah Mohamed


Assalamualaikum.. alang-alang dah scroll blog ni, aku pun nampak ada rakan blogger buat giveaway.. check punya check rupanya blogger baru.. SELAMAT DATANG SIS ke dunia yang penuh fantasi ni sebab boleh berangan..hehe.. oleh kerana sis blogger baru jadi sy support GA sis dan follow awak.. jangan lupa follow kita balik tau (tak malu kann).. Happy Birthday Sis!!

GA sampai 31/10/18


GPC Kawaii Octopus Giveaway


Assalamualaikum.. comelkan octopus tu.. jom join..
GA ini berlangsung dari 1hb Okt hingga 14hb Okt 2018. Tiga (3) pemenang akan memenangi kawaii octopus plushie setiap seorang.

Tuesday, September 25, 2018

Lazada Shopathon Blogger Contest-Part 2


Assalamualaikum.. Genap sudah usia aku 24 tahun hari ni.. hehe tumpang iklan kejap yee... Oleh kerana mood aku baik so aku penuhilah jemputan Lazada kali ni.. Terima kasih support sis ye Lazada.. tak pernah tak sayang la gini.. 

Lazada buat Shopathon sale lagi weii.. kali ni daripada 21-27 September 2018.. haa, tunggu apa lagi?? cepat cepat buka Lazada dan bank online yee.. hahaha

Sebelum ni pun aku ada update pasal Shopathon sale ni, nah klik SINI..

Select three of your favorite brands on Lazada and tell us why you love them. 


1. HIMALAYA



Aku memang pengguna produk ni walaupun bukan semua aku guna.. So far, memang produk Himalaya yang mampu menarik hati aku untuk rambut..wangi jee.. Teringin jugak nak beli semua tapi ada sapa-sapa nak belanja sis ke?? hahaha


2. HABIB



Haaa yang ni lagilah menarik mata aku dengan kilauan permatanya.. pehhh, yang ni confirm mampu usha jee.. sebab harga dia hanya mampu ditengok sahaja.. Tapi untuk peminat barang perhiasan ni, ini antara yang high taste aku share.. jom cuci mata!!


3. CONVERSE



Siapa peminat Converse, angkat tangan  even aku tak nampak pun.. hehee.. Yang ni memang best wei kalau pakai, aku pun tak tahu ape sebabnyaa.. untuk aku memang selesa dan berbaloilah dengan harganya.. cantik2 pulak tu warnanya.. saya sukaaa!!!

Actually, banyak lagi yang aku suka tengok tapi tak pelah.. lain kali aku cerita lagi yee.. Aku kena logout dulu, ada kerja yang perlu diselesaikan ni.. Wish me luck yee.. 

Saturday, September 15, 2018

Giveaway Zati Yang Pertama ! "Semangat Merdeka"



Makan epal tersangkut halkum,
Assalamualaikum...

Keliling kampung naik beca,
tergantung pula bendera Malaysia,
Sudah 61 tahun kita merdeka,
"Sayangi Malaysiaku" adalah tema..

Sehingga 17 September 2018 tauu

Terima Kasih Semua!!!

Assalamualaikum.. Alhamdulillah masih diberi kesihatan yang baik untuk meneruskan lagi tulisan yang tak seberapa ini.. Mula sudah semester baru di UTHM, alhamdulillah dah masuk Tahun 3 aku di Fakulti Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik ni.. oleh kerana awal-awal sem kan so tahap kebosanan yang tak mampu aku tanggung ni tiba-tiba baru ingat yang aku banyak sangat tak update lagi-lagi bila aku menang contest dan giveaway.. Maaf rakan-rakan blogger semua, aku bukan tak nak buat entri khas untuk kamu semua tapi ingatan sis ni dah tak mampu nak tampung semua.. So disini, saya Ummi Shafiqa Diyana (Umie Yana) mengucapkan ribuan TERIMA KASIH yang teramat sangat atas segala hadiah yang telah selamat saya terima selama ini..

Haaaa, aku baru ingat yang aku dapat berita baik (ni pun sem lepas yang dah 5 bulan kot).. Aku ada menyertai sebuah contest daripada Lazada.. nah ni dia entrinya, Lazada Birthday Festival Blogger Contest.. Aku masuk just suka-suka je sebab dah pihak Lazada email untuk aku join kan.. niat sebab nak support je aku tengok ramai blogger yang lagi hebat tempat yang dipilih untuk diadakan Party Birthday..  

Aku ingat lagi yang aku terima email masa tengah tunggu order makan sampai kat meja makan ni ar.. Aku terima yang ni dulu.. 


Email yang kat atas ni aku just abaikan jee.. yela mana nak sangka yang hiphiphorray15 ni tersenarai.. Lepas beberapa minit, aku dapat lagi email... haaa ce teka aku dapat email apa?? terkejut aku weiii.. nak gelak nak nangis pun ada sebab macam eh betul ke? ke Lazada salah hantar ni.. hahaha

Alhamdulillah aku menang, aku ingat saguhati je rupa-rupanya dapat 1st Prize!! pehh gile arr, tak sangka betul.. Rezeki ayam nampak di kaki, rezeki manusia tiada siapa yang tahu.. eh betul ke peribahasa tu (kalau salah tolong betulkan yee).. mesti korang nak tahu aku buat apa kan??? hahahahaa (nampak tak tanduk dah keluar)

Nah sila amati apa yang aku berjaya tangkap tapi ikutkan nafsu serakah aku ni lagi banyak aku nak angkut tapi malangnya tak mampu.. hehehe

beli ni sebab dompet aku dah koyak so saje jela sebab nampak cantik dan alhamdulillah sampai pun memang cantik.. memang puas hati.. hehee

mesti terkejutkan sebab aku beli bateri laptop pulak.. kebetulan masa ni, bateri laptop buat hal pulak (bateri kong) jadi sekali laa masuk dalam list

handbag ni comel lahh sebab ade bulu-bulu tu.. tapi kecik je muat-muat untuk purse yang kat atas dengan phone jee

Haaa yang ni aku sukaa, cantik weii tapi tak sesuai sangat sebab agak nampak mewah pulak bila pakai.. bolehlah guna untuk pegi majlis formal..senang nak sumbat barang jugak..hehe

yang ni frust sikit, sebab ade kotorlah kat bag nii..warna pun tak macam yang aku expect... tapi bolehlah nak bawak kat batu pahat nii

Handbag ni cute kann.. tapi malangnya, adik aku dah terkoyakkan sikit dekat part nak ikat tuu.. haihh, bagi pinjam tapi kasar nauu gunanya.. sabar jelaaa

Haa yang ni pulak, aku memang nak carik beg untuk laptop.. so sekali lah shopping

yang ni maaf sebab dah tak de pulak dalam lazada ni.. tapi handbag ni aku hadiahkan untuk mama 
aku.. fuhh, memang in good condition kalau tak, tak tahulahh

purse ni memang boleh selit phone sekali tapi agak bahaya sebab dia tak ada zip..huhu

yeahhh, yang ni memang pujaan hatiku sebab hardisk yang lama rosak...so ini item pertama aku pilih..hahaha

Nampak tak macam mana aku dapat menghabiskan semua voucher yang Lazada bagi berserta duit tambahan untuk cost-cost tertentu..hehehhe.. Terima kasih Lazada.. LOVE LAZADA!!!

Related image

Friday, September 14, 2018

Giveaway FLUER Perfume by Sii Nurul


Giveaway bermula 31 Ogos Sehingga 25 September 2018 (wahh sampai birthday kitalah..hehehe)

Sunday, September 9, 2018

TIGA BENDA YANG AKU TERINGIN SANGAT NAK BELI DEKAT LAZADA 9.9 FESTIVAL SALE

Assalamualaikum kawan-kawan.. haa aku ada berita baik ni.. jom scroll bawah ni ^-^



Untuk pengetahuan semua, baru-baru ini pihak Lazada ada buat Sale tau.. ehhh tak percaya ke? Yee betul, Sale ni dipanggil LAZADA 9.9 FESTIVAL SALE!! Haa gempak ke idok?? Dan sebagai blogger (walaupun biasa-biasa jee), tentu pihak Lazada akan menjemput anda untuk memeriahkan lagi dan untuk menguar-uarkan lagi kepada pelanggan setia Lazada.. confirm peluang ni tak akan disia-siakan betul tak?? Hahahaha (Nampak tak ketawa aku tuuu)…

Dan semestinya korang nak tahu apa yang aku nak sangatkan dalam Lazada ni?? Kalau ikut nafsu yang bermaharajarela dalam dirir ni, memang lagi banyak yang aku nak list kan.. gila, menarik kot!! Tapi apakah daya, cek terpaksa memilih TIGA jenis produk jee.. huwaaaa tak suka lah macam ni sebab kena pilih-pilih pulak.. susah tahu tak nak buat pilihan.. 
Owh ye, Sale ni telah bermula daripada 6hb September hari tu lagi sehingga 9hb September ni (which is today).. so sempat je kalau nak shopping lagi.. okaylah kang banyak pulak korang dok dengaq aku merapu..

HUAWEI P20 PRO


Memanglah kalau ikutkan aku dah ada smartphone tapi smartphone ni best weiii.. wah macam tagline depa laa, “Huwawei, Best Wei!!” mana aku tak tertarik wei sebab firstly, kamera dia best laaa, super cantik kalau ambik gambar guna smartphone ni.. 
Untuk harga smartphone ni, memang berbaloi sebab lagi murah daripada harga pasaran tau.. kalau beli dekat Lazada ni just RM2,899 laa weii.. amboii aku cakap just je ea padahal dalam status aku as students ni memang mampu tengok je lee.. Tapi Huawei P20 Pro sentiasa menjadi idaman hatikuuuu..

NOXXA ELECTRIC MULTIFUNCTION PRESSURE COOKER 8L RICE COOKER, SLOW COOK, STIR FRY, STEAM KITCHEN APPLIANCES AMWAY



Fuhhh panjangnya nama dia… ini dah lama masuk dalam wishlist aku dalam app Lazada dalam phone ni.. nak tahu kenapa aku nak sangat beli periuk multifunction ni? Sebab aku nak bagi hadiah untuk mama, tak kisahlah untuk birthday ke anniversary kea pa ke.. aku still nak hadiahkan periuk ni.. yela, nak senangkan kerja mama memasaklah memandangkan kami adik beradik ramai so memang menjadi kebiasaan yang mama akan masak dalam kuantiti banyak.. kiranya dengan adanya periuk Noxxa ni memang akan memudahkan kerja beliau.. mesti lagi semangat nak masak untuk kami.. wahhhhh!! 

HABIB AIK WHITE AND YELLOW GOLD BANGLE, 916 GOLD (23.33G)


Nampak tak kilauan emas yang melilau tu?? Mata aku pun bersinar tengok rantai tangan ni.. cantik lahhh, kalaulah aku dapat rantai tangan tu, haihhhh… hehe.. sorry, mengeluh panjang pulak.. bila tengok rantai tangan ni mesti terberangan sendiri, yela hanya mampu berangan je buat masa ini.. kalau dah namanya perempuankan, memang macam nilah.. yelah, nafsu gegirl kan ada 9…


BILA LAZADA 9.9 FESTIVAL SALE NAK MULA?

Tadi kat atas, aku ada mention kan yang Lazada telah bermula daripada 6hb September sehingga 9 September ni..  Dekat Sale yang dijalankan ni, terdapat lebih 1000 brand barang atau peralatan yang ditawarkan serta lebih 1000 vouchers boleh digunakan dan hampir 90% lebih murah untuk item yang terpilih.

Korang boleh layari ONLINE LAMAN LAZADA DI SINI

So sapa-sapa yang banyak wishlist dalam account Lazada dia, bolehlah ambik peluang yang Lazada bagi ni.. tapi jangan terperanjatlah bila tengok berapa banyak item nanti yang masuk dalam cart.. hahaha.. aku sendiri pun kena sentiasa sedar diri ni supaya sentiasa beringat.. kalau tak, habislah..hahha

SELAMAT MENGHABISKAN DUIT!!!!

Saturday, May 26, 2018

GiveAway Ramadhan by QasehMuslimah-Munirah


Hadiah : 2 unit MINI PILLOW FELT CRAFT dari QMM WARDROBE

TARIKH TUTUP : 31 MAY 2018


Thursday, May 24, 2018

Giveaway RamadhanRaya 2018 by aerillhassan


Assalamualaikum.. ada rakan blogger yang jemput aku join Giveaway beliaulah, so kita support laaa..
Giveaway ini akan berlangsung dari 11.59 malam 17 Mei 2018 sehingga 11.59 malam 11 Jun 2018 tau..

REVIEW : NASI MCD DAN REDEEM MCCHICKEN FREE

Image result for mcdonald

Assalamualaikum semua.. Kali ni aku nak share something dengan McDonald's ni tau.. Baru-baru ni aku adalah keluar dengan housemate aku keluar.. Then masa tu, tibe-tibe tekak mengidam nak makan McDonald's ni.. eh bukan mengidam mengandung tau, otak jangan nak pikir lain ea. kita study lagi ni ar.. Sampai je kat McDonald's tu, ramai wei yang beratur.. penuh semua kaunter yang buka masa tu.. masing-masing sibuk bukak phone masing-masing.. kawan aku pun memang ada bagitahu before tu yang kalau kita ada install app daripada Mconald's ni, kita boleh redeem burger free weii..  So apa lagi, kita install la siap-siap.. hahaha

Tapi korang kena tunggu turn korang betul-betul tengah order dekat kaunter tau sebab untuk redeem tu ada masa yang dah ditetapkan supaya korang tak click button redeem tu awal-awal.. Masa yang telah disetkan adalah 5 minit je tau.. Tapi ada syarat laa, bukan main nak redeem jee.. korang wajib order apa-apa yang ada kat situ dulu baru boleh dapat burger tu.. Lepas tu baru korang boleh click then tunjuk kat pekerja McDonald's tu.. So tadaaaa!!!


kan aku cakap tadi kena order dulukan, so aku buat keputusan untuk merasa menu baru di McDonald's ni iaitu Nasi McD.. Nasi ni ada 3 jenis tau.. Ada set A, set B dan set C.. untuk pengetahuan korang, setiap set nasi ni hanya dalam ala carte je tau.. Untuk set A, ia seperti hidangan nasi lemak. Ada nasi lemak, sambal, salad dengan telur.. Untuk set B pulak, ada nasi, salad, sambal dan ayam Mcd tau.. Manakala set C pulak, ada nasi, sambal, salad, ayam McD dengan telur.. nampak gambar kat bawah ni? tula set-set Nasi McD (aku pinjam gambar daripada McDonald's yee)..

Image result for nasi mcdonald


Inilah rupa nasi McD yang set B tu.. 

Dah tajuk entri ni pun review kan jadi jangan nak kecam sis yee.. sis tahu ini antara rezeki yang Allah bagi kat kita (macam ayat seseorang) tapi pada pendapat akulah.. nasi McD ni okaylah, not bad tapi yang spoil dia cuma sambal dia tu.. rasa macam sambal ikan bilis yang dalam roti tu wei.. lain okay dah lagi-lagi ayam dia, x yah cakap ar.. Kawan aku pun ada cakap yang sambal dia tu sambal yang sama macam dalam sambal untuk burger nasi lemak depa.. Maaf semua, tolong jangan kecam sis yee..

Yang kat bawah ni adalah screenshoot daripada app McDonald's yee.. ni selepas aku redeem burger free tula.. lupa nak snap before redeem.. sorry naa..


Haa, burger free.. yeahhhh

Korang jangan tak tahu yang dalam app tu ada macam-macam lagi yang best tau.. kalau tak pernah install, cepat-cepat install so boleh dapat burger free dengan syarat korang kena login account korang tapi HANYA SEKALI sahaja yee.. semua yang depa promote dalam tu cuma sekali sahaja yee.. so better korang install cepat sebelum promosi tamat.. kang melepas laa..

Ampun maaf dipinta kalau ada bahasa atau ayat yang kasar dan tidak elok sepanjang aku menulis entri ni.. Terima kasih sudi luangkan masa baca yee.. 

Friday, May 4, 2018

Her Anniversary By Nurzariniismail


Assalamualaikum. tengah godek-godek reading list dekat blog ni, aku ternampaklah rakan blogger ni buat Giveaway laa.. Wah first time katanya special untuk suami tercinta.. Sweet gituu.. 

Dengan ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut anniversary yang ke 6 tahun. Alhamdulillah dah 6 tahun perkahwinan anda berdua. Semoga sentiasa dilimpahi rahmat dan keberkatan dalam kehidupan rumahtangga anda dan turut dihiasi dengan permata yang dapat menyejukkan mata anda berdua. InsyaAllah, Aamiin.

Wednesday, May 2, 2018

Letter of Happiness Giveaway by Blog Siqahiqa


Masa jalan-jalan blog tadi, aku usha-usha blog SIQAHIQA ni.. and teka? ada GA laa.. dah time tak tahu nak update apa ni.. so kita support la kawan kita ni.. jangan tak tahu, hadiah menarik menunggu tauu... 

Nak join? klik je banner tuu.. All the best and Good Luck :)

Tuesday, May 1, 2018

GIVEAWAY DOUDOU.MY X CEKGUNORAZIMAH

Giveaway doudou.my X cekgunorazimah





Khas buat pembaca cekgunorazimah.com bermula pada hari ini, 30 April 2018, iaitu tepat jam 12.00 tengah malam sehingga 14 Mei 2018 iaitu tepat jam 11.15 malamcekgunorazimah.com bersama lamanweb doudou.my bekerjasama untuk giveaway voucher pembelian pelbagai barangan di doudou.my.


Syarat-syaratnya :
  • Buat entri bertajuk "Giveaway doudou.my X cekgunorazimah" 
  • Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. 
Copy Coding Entri Yang Disediakan Ini :




  • Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.
Seramai 10 orang pemenang akan dipilih untuk memenangi voucher barangan doudou.my bernilai RM30. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 16 Mei 2018.


Giveaway Anniversary by Annur Syuhadah dot Com



Giveaway Anniversary by Annur Syuhadah dot Com | Giveaway simple ini dianjurkan khas bagi meraikan bulan ulangtahun pernikahan AS dengan suami iaitu bulan Mei. Syarat untuk join giveaway ni sangat mudah. Korang cuma perlu jawab soalan di bawah ni dan siarkan entri giveaway kat blog korang dengan cara copy-paste template coding yang AS bagi tu, ke dalam new post blog korang dalam mod HTML.


parenting blogger malaysia
Giveaway akan tamat pada 31 Mei 2018.




Sekeping syiling ¼ Dinar bakal di giveaway kan bagi yang bertuah! Tudia, tatabahasa kelaut!.hahaha


Korang dibenarkan teka seberapa banyak yang korang nak tapi dengan syarat, setiap jawapan mesti disertai dengan satu entri. 


Bermakna jika korang teka tiga tarikh yang berlainan, maka korang akan ada 3 entri giveaway ni kat blog korang.


Jelas?


Bagus. 


Ok. Untuk pemilihan pemenang.


AS akan pilih berdasarkan jawapan paling tepat dan paling hampir.


Pemenang akan dimumkan pada 1 Jun 2018 nanti.


So selamat berjaya ye korang!


  • Soalan : AS menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke?


              
  • Jawapan : 8 tahun



Jangan lupa tinggalkan link entri korang kat ruangan komen ye?! Kalau rajin, korang follow la sekali blog ni. Takde lah nanti korang terlepas update pasal pemenang giveaway ni  ^_^




Giveaway Saya Nak Menang Buku Terbaru Teme


Giveaway yang ni menarik weii.. buku teme tuu.. pehh kalaulah dapat, memang rezeki yang tak terdugalah.. jemput join yee kawan-kawan.

Tarikh Tutup : Bila-bila masa sahaja

Hadiah:

Penyertaan kurang 50 ; 1 set buku terbaru Teme Abdullah (Impian Jalanan & Empayar)
Penyertaan lebih 100 ; 1 set buku tulisan Teme Abdullah (Arkitek Jalanan , Penulis Jalanan, Impian Jalanan & Empayar)

Grup Sisturs Lawa Warrior Giveaway


Assalamualaikum.. Kali dok sibuk tengok apa yang rakan blogger update entry, tup tup ternampak post kawan kita ni.. Wah buat giveaway laaa.. akak ni bukan boleh tengok sebarang giveaway ni, rasa gatal je nak join..hikhik.. jom support rakan kita ni.. Pengumuman pemenang akan dibuat pada 12 May 2018 nanti tau.. so banyak lagi masa nak join..

ITS TIME FOR A GIVEAWAY BY OMBAKBERGIGI




Its Time For A Giveaway By OmbakBergigi bermula dari saat ini, 12.00 tengahari 24 April 2018 sehingga 11.59 malam 8 May 2018. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join. 5 pemenang bertuah dicari. Hadiah berupa ole-ole fridge magnet dan keychain (will upload soon).

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Ombak BergigiAdd To Circle Google+ Ombak Bergigi, dan Follow Instagram @ombakbergigi (jika ada)
  2. Buat entri bertajuk ITS TIME FOR A GIVEAWAY BY OMBAKBERGIGI
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Hantar URL entri anda ke dalam ruangan komen 
  5. Segmen akan tamat pada 11.59 malam 8 May 2018.


Pemenang akan dipilih melalui cabutan bertuah manual dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 8 May 2018.


** support I ya.....







Thursday, April 26, 2018

Lazada Birthday Festival Blogger Contest


Lazada Birthday Festival Blogger Contest | Assalamualaikum dan selamat pagi rakan-rakan blogger mahu pun pembaca blog kita ni. rasanya lama tak update apa-apa dalam blog ni. so dah kebetulan Lazada invite aku tuk join contest kali ni, aku joinlah untuk support contest kali ni (walaupun hadiah dia menarik mata, hati aku wei..hahaha). 

Untuk join Lazada Birthday Festival Blogger Contest ni, para blogger kena jawab beberapa soalan yang susah jugak ni. yelah mereka-mereka ni tanya pendapat kita untuk party birthday mereka. jomlah kita tengok apa soalan-soalan depa naa..

1. Which location would you pick for Lazada's birthday party?  

Related image

Related image

Image result for Three Sixty Revolving Restaurant and Rooftop Bar

Image result for Three Sixty Revolving Restaurant and Rooftop Bar

Cantikkan tempat ni.. aku tengok pun pehh best nyaa.. nak tahu kat mana tempat ni? Inilah yang dinamakan The Three Sixty Revolving Restaurant and Sky Bar. Dengan situasi restoran yang cantik dalam suasana malam dan boleh nampak bandar Penang tu malah dengan keluasan tempat yang sesuai untuk fancy party birthday yang ala-ala glamour tau. 

2. Choose a party theme and pick one or several products on Lazada to decorate the venue. 

Untuk tema pulak, aku cadang dengan suasana tempat yang aku pilih tu boleh adakan "Party in the Night Mode" memandangkan restoran ni pun memang mula beroperasi daripada 4pm to 1am. 


Supaya tak hilangkan seri suasana malam tu, aku suggest letak baloon LED ni di sudut-sudut tertentu supaya tidak terlalu serabut. 

Yang ni pula, aku suggest diletakkan sebelum ke ruang party untuk dijadikan ruang untuk photobooth. Yelah, mana lengkap kalau photobooth tiada dalam sesuatu event kan..

Ini idea untuk diletakkan di atas meja makan untuk menaikkan lagi seri pada malam teresebut.

Ini lagi tak lengkap tau kalau tak ada. Dah ada photobooth so wajib ada props kit ni.

3. Which birthday cake will be served and which products on Lazada can help you prepare it? 

Related image

Ini untuk idea kek untuk tema yang aku pilih supaya lagi nampak glamour event malam tu.







Ini antara peralatan yang mesti digunakan yang aku dapat daripada Lazada ni. sebenarnya banyak lagi aku nak tapi cukuplah ini dulu. 

4. Time to shine, pick your outfit on Lazada! 





Rambang mata wei tengok kasut yang ada dalam Lazada ni. Tapi inilah yang paling terbaik di antara yang terbaik yang berjaya menarik mata aku tengok banyak kali..hehe

Okaylah, ini pilihan aku untuk party birthday Lazada. Korang mesti lain pulak kan, so apa lagi, jom tunjuk pilihan hati korang untuk Lazada Birthday Festival (https://www.lazada.com.my/birthday-sale/). Good Luck and All The Best. 





 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg