Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Tuesday, June 28, 2016

Kesan Asap Rokok Untuk Ibu Mengandung

Umie kongsikan ini kerana ramai rakan blogger yang akan menjadi ibu.. Wahh, tak sabar nak tengok kelahiran baby - baby ini.. Asap rokok bukanlah hanya disebabkan si suami yang merupakan seorang perokok malah ketika ibu mengandung berada di luar.. Pelbagai orang telah sedia ada di luar sana.. Jadi tiada sesiapa yang terlepas daripada isu ini.. Harap sangat kita ambil berat tentang ini kerana ia menjadi salah satu sebab kenapa baby kita tidak seperti baby lain..

Tuesday, May 3, 2016

Jenis women’s skirts yang sesuai pada masa kini

Trend Alert: Women’s Skirts
  

Pada tahun 2016 ni, dah ramai rasanya wanita yang lebih gemarkan memakai skirt atau kaun untuk dipadankan dengan blaus mereka.. Bukan setakat blaus je, malah kalau di matchkan bersama shirt or baju muslimah pun dah okay sangat.. Skirt labuh turut menjadi pilihan untuk muslimah seperti aku.. Tapi sekarang aku nak berkongsi pendapat tentang skirts untuk kaum wanita di luar sana..  Walaupun boleh dikatakan majoriti wanita lebih gemarkan memakai jeans, namun masih ramai juga wanita yang menggemari pemakaian skirts ni. So, ada apa dengan skirts? Well, ramai berpendapat bahawa pemakaian skirts adalah lebih selesa, versatile dan yang paling penting menjadikan mereka kelihatan lebih feminine. Setuju? Jom kita lihat beberapa jenis women’s skirts yang kini trending dan popular dikalangan ramai penggemar fesyen.. 
Jom tengok women’s skirts untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

 
Tutu Skirts
Tutu skirts biasanya diperbuat daripada fabrik jenis oganza pada bahagian luar dan direka dengan potongan yang kembang. Ia menjadikan si pemakai kelihatan cukup comel dan juga telah di inspirasikan daripada skirts penari ballet. Tambahan lagi, skirt jenis ini terdapat pelbagai jenis seperti berompol-rompol dan berlapis-lapis..
 

Pencil Skirts
Rekaan seterusnya adalah koleksi pencil skirts yang cukup-cukup popular. Skirts jenis ini juga sering menjadi pilihan ramai wanita untuk bergaya ke pejabat atau kerja formal. Oleh itu, pemilihan skirt pencil ini semakin popular kerana skirt ini telah ditambah baik dengan sentuhan terbaru yang membuat lebih ramai wanita lebih suka dan selesa untuk memakai skirt ini di majlis-majlis keraian. Kenapa dipanggil pensel skirt?? Sebab potongan skirt ini kelihatan agak runcing dan menyukarkan seseorang untuk berjalan.. Oleh itu, untuk pemilihan skirt ini adalah bersesuaian untuk wanita yang kurus dan tinggi supaya dapat menimbulkan ciri-ciri wanita yang berjaya.

 
Slit Midi Skirts
Untuk koleksi skirts yang mempunyai labuh hingga ke paras betis pula dipanggil sebagai midi skirts. Skirts ini lebih sopan dan sesuai untuk wanita yang mahukan ciri-ciri sophisticated dan kelihatan elegan.  Kini trending slit midi skirts dimana ia direka dengan sedikit belahan pada bahagian hadapan skirts. Dengan mengayakan skirt jenis ini, anda akan kelihatan kurus dan tinggi. 


Skater Midi Skirts
Begitu juga untuk koleksi skater midi skirts yang mempunyai labuh sehingga di paras betis dan direka dengan potongan yang kembang. Skirts jenis ini sesuai dipakai oleh semua wanita tidak mengira bentuk badan. Selain itu, dengan memakai skirts jenis ini, anda akan kelihatan feminine jika bersesuaian dengan baju yang dipadankan.

 
Maxi Skirts
Akhirnya, skirt yang turut menjadi pilihan para wanita adalah koleksi maxi skirts yang berpotongan labuh seperti ini. Ia juga boleh digayakan dengan apa jua pilihan tops favourite anda! Maxi skirt ini agak seksi kerana ia menggunakan kain yang agak jarang biarpun terdapat skirt pendek di dalam skirt ini.. Bagi muslimah yang ingin mempergayakan skirt jenis ini, anda dinasihatkan untuk memakai kain atau seluar di belah dlama untuk menutup aurat dengan lebih sempurna.
  
Walaubagaimana pun, anda harus ingat beberapa perkara untuk mempergayakan skirt ini.. Tidak kira sama ada skirt labuh atau pun skirt-skirt yang lain: 
1. Gaya apa yang anda cuba tonjolkan atau tunjukkan
2. Tempat yang anda ingin pergi
3. Warna atau Tona warna skirt anda untuk dipadankan bersama baju anda
4. Material, Corak, Potongan dan Kemasan untuk sesuatu skirts
5. Pull-up and tight-in! (Kalau tak nak tight-in, pakai tali pinggang bertali nipis pada paras pinggang di atas baju itu). Ini agar anda Nampak lebih berkeyakinan dan sophisticated. 
Namun, diingatkan biar apa pun yang anda pakai atau gayakan, MAKE SURE ada perasaan CONFIDENT untuk menggayakan pakaian itu.. Biar pun ada manusia lain yang memandang anda pelik dengan cara pemakaian anda.. But be ourself okay??

Saturday, April 30, 2016

Cara Nak Daftar Google Adsense

CARA DAFTAR GOOGLE ADSENSE
Masa nak daftar Adsense sebelum ni, aku main bantai je sebab selalu tengok blog lain ada jadi berangan la nak buat..hehe.. Tak tahu pun blog aku tu layak ke tidak. Lantak depa laa.. Tapi yang bagusnya pasal Adsense ni, dia tak ada minimum requirement UV atau PV. Jadi blog mana-mana pun boleh buat asalkan dah ikut syarat yang aku bagi <INI>
Kalau UV tinggi kalau korang tak nak apply Adsense ni, ada banyak lagi yang boleh dipertimbangkan.. Antaranya Innity. Blogger Yumida ada share syarat-syarat untuk apply Innity. 
Adsense ni tak akan ubah status Glitterati Nuffnang korang kepada Non-Glitteratti pun so jangan risau yee..
Layak atau tidak apply Google Adsense?
Boleh buat preparation dahulu sebelum nak apply Adsense. Boleh rujuk entry ringkas sebelum ni mengenai Panduan Lulus Google Adsense. Kalau blog korang still baru, usia blog korang at least dah berusia 3 bulan baru ok.. Tapi depend keadaan blog korang jugaklaa..Macam mana nak tahu?? Hah, Korang try tengok blog korang tu dah layak apply Adsense ke belum dulu.. Korang boleh tengok di Dashboard sama ada pilihan Earning ada atau tak..
 
** Tu bermakna blog aku tu dah boleh apply AdSense laa
Apply Google Adsense
1) Pilih option Earnings macam dekat gambar di atas yang ada box warna merah tuu
2) Akan keluar halaman macam di bawah ini. Tekan Sign Up for Adsense

3) Tengok yang dalam bulatan 1 tuu. Change language, ke bahasa inggeris tapi kalau tak faham tukarlah bahasa melayu..
4) Klik "Yes, proceed with Google Account sign in" macam dalam bulatan 2.. Yang ni korang nak daftar Adsense menggunakan akaun Google blog korang.. Kalau nak tukar kepada akaun Google lain, klik "No, create Google Account"..
5) Isi semua details yang diperlukan dan klik butang SEND.. Akan keluar arahan seperti dibawah. 
Your Adsense account is awaiting approval.
Adsense team ni akan buat review terlebih dahulu tau terhadap blog korang. Merka nak make sure yang korang ikut syarat-syarat yang depa naklah.. Email kelulusan akan dihantar sekiranya blog lulus tapisan pertama. Selepas lulus tapisan pertama, korang kena letakkan kod html Adsense ke dalam blog macam contoh kat bawah ni..

6) Selepas letak kod html, kena tunggu lagi untuk dapat kelulusan tapisan kedua supaya iklan keluar di blog. Sebelum blog lulus tapisan kedua, kod html yang kita letak di blog akan keluar blank space aje. Belum ada iklan yang keluar. Contoh email yang dihantar memaklumkan iklan Adsense dah diluluskan adalah begini:


Ada blog yang cepat proses kelulusan Adsense dia orang tapi Aku punya lambat tau.. Makan hampir 2 minggu weii baru dapat email tuu.. Ini semua sebab pihak AdSense nak tengok sama ada entri yang di post tu info atau rekaan semata.. Mereka ni cerewet tau.. Kalau ada yang korang copy paste pun, dia orang tolak.. Yelah, mestilah pihak AdSense nak entri yang hot dan bernilaikan.. Semuanya bergantung kepada entry yang dihasilkan dalam blog korang tuu.. Tapi macam mana kalau korang ada buat jugak copy paste ni?? Make sure korang kreditkan balik entri tu pada owner sebenar atau ubahlah sedikit ayat tuu.. janganlah nak copy semua sekali.. kalau aku pun marah..hehe.. Owh yee, kalau korang still degil, pihak Google AdSense ni takkan teragak-agak reject permohonan korang tu.. So fikir-fikirkanlah yee..
Semua info ni, aku dapat daripada <SINI>.. Terima kasih awak!!

Cara nak elak permohonan AdSense ditolak


Alasan Sebab ditolak oleh Google Adsense
- Ada yang aku baca, AdSense ni tak menyokong bahasa melayu walaupun ada bahasa lain yang lepas dalam masalah ini.. Sebagai contoh Indonesia.. Jadi jangan sesekali nak cuba guna bahasa melayu untuk permohonan AdSense ni.. 

- Yang kedua, TIDAK BOLEH ada copyright materials yang bukan hak milik pemilik atau lebih senang dipanggil ciplak hasil kerja orang lain.. Ini memang perlu di titikberat tau sebab ini adalah antara syarat yang amat penting.. Jika anda nak letak juga, korang kena upload melalui syarikat yang mengeluarkan video tersebut.. Misalannya, kita upload video yang biasanya diupload di facebook yang juga diambil melalui Youtube.. Tetapi jika video terbut tidak legal, jadi video itu biasanya akan di removed from Youtube dan menyebabkan video tadi akan muncul frame Youtube yang mengatakan "the video has been removed due to copyrighted material".. Oleh itu, korang just cari video yang di upload daripada syarikat rakaman tadi yee.. Then Settle!! Copyrighted material juga termasuk dalam link atau entry yang membawa kepada laman web yang dicabuli oleh copyrighted material. Ianya seperti link yang membawa kita untuk download free movie dari download free movies dan sebagainya. Tetapi jika ada, anda cuma perlu removed saja entri tersebut dan Selesai..

- Ketiga,  Adsense Policies mesti sesuai yee. Entah yang mana tak sesuai, tak tahu lah... Korang try la research yee sebab banyak ada

- Make sure widget dalam blog korang tak terlalu banyak dan buanglah widget yang tak berguna tu sebab Google AdSense tak suka blog yang terlalu berat dengan widget kita tuu.. 
- Korang boleh survey sendiri Adsense Program Policies & Term of Services untuk lebih keterangan lanjut. 

Tips lulus Google Adsense??
Meh aku kongsikan dengan korang tips-tips untuk lulus Google AdSense dalam sekali percubaan.. dah macam promote produk pulakkan..hehe 

* Buat pages untuk policy dan disclaimer (penafian). Korang boleh try tengok kat menu kat atas tu ye. 
* Ruangan untuk "Contact Me". Part paling penting, email tu mesti terpampang besar supaya jelas dan terang orang lain tengok..
* Widget "Search" 
* Button "Back To Top"
* Get rid all of copyrighted material daripada blog korang tu tauu...
* Buang semua entry yang berkaitan dengan download atau yang membawa kepada cara download secara haram..
* Korang kena buat entry yang mempunyai unsur-unsur info yee dalam entri korang tuu dan di nasihatkan sekrang-kurangnya 300 patah perkataan ke atas... 
* Gunakan template yang mesra Adsense. Ini juga menyumbang kepada mudahnya Adsense lulus.
* Masa nak apply Adsense, make sure pilih English as blog language yee.. (mungkin sebab dia tak paham bahasa lain kot.. hehe)

Rasanya itu aje yang aku ingat... Dan ini semua berkat blog <INI>.. Terima kasih yee

Saturday, April 9, 2016

Bagaimana nak lupakan bekas kekasih

Semua orang mesti faham perasaan kecewa orang yang putus cinta ni kan kerana rakan baik sendiri sedang mengalaminya, namun mengajak semua terus bangkit daripada terus bersedih bukanlah perkara yang mudahkan.

Hubungan percintaan yang terputus di tengah jalan sememangnya memilukan dan menyedihkan. Tidak kisahlah siapa yang minta hubungan percintaan tu berakhir tetapi putus cinta sememangnya satu perkara menyakitkan.
Tentunya tiada ubat atau penawar dapat menghilangkan rasa kecewa dan patah hati itu, namun kita tidak sepatutnya terus tenggelam dalam kekecewaan yang memudaratkan diri sendiri tau. Jika kita berfikir dan bertindak secara rasional, tentu kita dapat mengatasi kekecewaan itu dan teruskan kehidupan dengan tenang di usia muda ni.
Selain berdoa kepada-Nya untuk menguatkan hati kita, aku nak kongsikan beberapa tips yang boleh diamalkan oleh mereka yang baru putus cinta ni. Agak-agak ada tak??

Terima hakikat
Salah satu kesilapan besar dalam melupakan bekas kekasih kita adalah berpura-pura atau tidak percaya bahawa hubungan percintaan itu berakhir. Kita berpisah dengannya kerana ada sebab dan ingin kembali bersama bukanlah satu pilihan dalam masa terdekat mahupun selamanya. Jika kita mula menerima hakikat ia sudah berakhir, barulah kita dapat melupakannya sedikit demi sedikit.

Bersedihlah sepuasnya
Tidak salah untuk bersedih hati dan menunjukkan kekecewaan apabila cinta berakhir. Kita boleh mengadu kepada rakan, keluarga dan menangislah sekalipun. Memberi masa untuk diri bersedih akan merangkul semua rasa kecewa dalam diri kita. Namun, pastikan ia tidak berlarutan terlalu lama.

Jangan hubungi dia langsung
Sememangnya tangan dan hati ini mesti rasa nak saja menghubungi bekas kekasih, namun kita perlu melawan perasaan itu. Kita perlu berjauhan dengan bekas kekasih begitu juga dia kerana jika tidak kita tidak akan berhenti berharap dan memikirkannya. Dalam beberapa bulan atau tahun, mungkin masing-masing bersedia berkawan semula.

Sibukkan diri
Cara yang tidak bagus dalam mengeluarkan diri daripada kemelut rasa adalah dengan duduk seorang diri dalam bilik dan termenung memikirkan apa yang berlaku. Keluar atau luangkanlah masa dengan rakan dan keluarga, pergi bersenam atau buat sesuatu yang kita suka untuk mengisi masa. Ia pasti membantu mengubah perhatian kita dan memberi ketenangan kepada kita.

Biar masa tentukan
Masa sememangnya boleh membantu kita mengubati hati. Kekecewaan dan keperitan yang dirasakan sekarang tidak akan berpanjangan walaupun ketika ini rasa akan terus kecewa. Jadi, bersabarlah dan kuatkan hati. Semuanya pasti akan OK.

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg