Tuesday, September 25, 2018

Lazada Shopathon Blogger Contest-Part 2


Assalamualaikum.. Genap sudah usia aku 24 tahun hari ni.. hehe tumpang iklan kejap yee... Oleh kerana mood aku baik so aku penuhilah jemputan Lazada kali ni.. Terima kasih support sis ye Lazada.. tak pernah tak sayang la gini.. 

Lazada buat Shopathon sale lagi weii.. kali ni daripada 21-27 September 2018.. haa, tunggu apa lagi?? cepat cepat buka Lazada dan bank online yee.. hahaha

Sebelum ni pun aku ada update pasal Shopathon sale ni, nah klik SINI..

Select three of your favorite brands on Lazada and tell us why you love them. 


1. HIMALAYA



Aku memang pengguna produk ni walaupun bukan semua aku guna.. So far, memang produk Himalaya yang mampu menarik hati aku untuk rambut..wangi jee.. Teringin jugak nak beli semua tapi ada sapa-sapa nak belanja sis ke?? hahaha


2. HABIB



Haaa yang ni lagilah menarik mata aku dengan kilauan permatanya.. pehhh, yang ni confirm mampu usha jee.. sebab harga dia hanya mampu ditengok sahaja.. Tapi untuk peminat barang perhiasan ni, ini antara yang high taste aku share.. jom cuci mata!!


3. CONVERSE



Siapa peminat Converse, angkat tangan  even aku tak nampak pun.. hehee.. Yang ni memang best wei kalau pakai, aku pun tak tahu ape sebabnyaa.. untuk aku memang selesa dan berbaloilah dengan harganya.. cantik2 pulak tu warnanya.. saya sukaaa!!!

Actually, banyak lagi yang aku suka tengok tapi tak pelah.. lain kali aku cerita lagi yee.. Aku kena logout dulu, ada kerja yang perlu diselesaikan ni.. Wish me luck yee.. 

Saturday, September 15, 2018

Giveaway Zati Yang Pertama ! "Semangat Merdeka"



Makan epal tersangkut halkum,
Assalamualaikum...

Keliling kampung naik beca,
tergantung pula bendera Malaysia,
Sudah 61 tahun kita merdeka,
"Sayangi Malaysiaku" adalah tema..

Sehingga 17 September 2018 tauu

Terima Kasih Semua!!!

Assalamualaikum.. Alhamdulillah masih diberi kesihatan yang baik untuk meneruskan lagi tulisan yang tak seberapa ini.. Mula sudah semester baru di UTHM, alhamdulillah dah masuk Tahun 3 aku di Fakulti Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik ni.. oleh kerana awal-awal sem kan so tahap kebosanan yang tak mampu aku tanggung ni tiba-tiba baru ingat yang aku banyak sangat tak update lagi-lagi bila aku menang contest dan giveaway.. Maaf rakan-rakan blogger semua, aku bukan tak nak buat entri khas untuk kamu semua tapi ingatan sis ni dah tak mampu nak tampung semua.. So disini, saya Ummi Shafiqa Diyana (Umie Yana) mengucapkan ribuan TERIMA KASIH yang teramat sangat atas segala hadiah yang telah selamat saya terima selama ini..

Haaaa, aku baru ingat yang aku dapat berita baik (ni pun sem lepas yang dah 5 bulan kot).. Aku ada menyertai sebuah contest daripada Lazada.. nah ni dia entrinya, Lazada Birthday Festival Blogger Contest.. Aku masuk just suka-suka je sebab dah pihak Lazada email untuk aku join kan.. niat sebab nak support je aku tengok ramai blogger yang lagi hebat tempat yang dipilih untuk diadakan Party Birthday..  

Aku ingat lagi yang aku terima email masa tengah tunggu order makan sampai kat meja makan ni ar.. Aku terima yang ni dulu.. 


Email yang kat atas ni aku just abaikan jee.. yela mana nak sangka yang hiphiphorray15 ni tersenarai.. Lepas beberapa minit, aku dapat lagi email... haaa ce teka aku dapat email apa?? terkejut aku weiii.. nak gelak nak nangis pun ada sebab macam eh betul ke? ke Lazada salah hantar ni.. hahaha

Alhamdulillah aku menang, aku ingat saguhati je rupa-rupanya dapat 1st Prize!! pehh gile arr, tak sangka betul.. Rezeki ayam nampak di kaki, rezeki manusia tiada siapa yang tahu.. eh betul ke peribahasa tu (kalau salah tolong betulkan yee).. mesti korang nak tahu aku buat apa kan??? hahahahaa (nampak tak tanduk dah keluar)

Nah sila amati apa yang aku berjaya tangkap tapi ikutkan nafsu serakah aku ni lagi banyak aku nak angkut tapi malangnya tak mampu.. hehehe

beli ni sebab dompet aku dah koyak so saje jela sebab nampak cantik dan alhamdulillah sampai pun memang cantik.. memang puas hati.. hehee

mesti terkejutkan sebab aku beli bateri laptop pulak.. kebetulan masa ni, bateri laptop buat hal pulak (bateri kong) jadi sekali laa masuk dalam list

handbag ni comel lahh sebab ade bulu-bulu tu.. tapi kecik je muat-muat untuk purse yang kat atas dengan phone jee

Haaa yang ni aku sukaa, cantik weii tapi tak sesuai sangat sebab agak nampak mewah pulak bila pakai.. bolehlah guna untuk pegi majlis formal..senang nak sumbat barang jugak..hehe

yang ni frust sikit, sebab ade kotorlah kat bag nii..warna pun tak macam yang aku expect... tapi bolehlah nak bawak kat batu pahat nii

Handbag ni cute kann.. tapi malangnya, adik aku dah terkoyakkan sikit dekat part nak ikat tuu.. haihh, bagi pinjam tapi kasar nauu gunanya.. sabar jelaaa

Haa yang ni pulak, aku memang nak carik beg untuk laptop.. so sekali lah shopping

yang ni maaf sebab dah tak de pulak dalam lazada ni.. tapi handbag ni aku hadiahkan untuk mama 
aku.. fuhh, memang in good condition kalau tak, tak tahulahh

purse ni memang boleh selit phone sekali tapi agak bahaya sebab dia tak ada zip..huhu

yeahhh, yang ni memang pujaan hatiku sebab hardisk yang lama rosak...so ini item pertama aku pilih..hahaha

Nampak tak macam mana aku dapat menghabiskan semua voucher yang Lazada bagi berserta duit tambahan untuk cost-cost tertentu..hehehhe.. Terima kasih Lazada.. LOVE LAZADA!!!

Related image

Friday, September 14, 2018

Giveaway FLUER Perfume by Sii Nurul


Giveaway bermula 31 Ogos Sehingga 25 September 2018 (wahh sampai birthday kitalah..hehehe)

Sunday, September 9, 2018

TIGA BENDA YANG AKU TERINGIN SANGAT NAK BELI DEKAT LAZADA 9.9 FESTIVAL SALE

Assalamualaikum kawan-kawan.. haa aku ada berita baik ni.. jom scroll bawah ni ^-^



Untuk pengetahuan semua, baru-baru ini pihak Lazada ada buat Sale tau.. ehhh tak percaya ke? Yee betul, Sale ni dipanggil LAZADA 9.9 FESTIVAL SALE!! Haa gempak ke idok?? Dan sebagai blogger (walaupun biasa-biasa jee), tentu pihak Lazada akan menjemput anda untuk memeriahkan lagi dan untuk menguar-uarkan lagi kepada pelanggan setia Lazada.. confirm peluang ni tak akan disia-siakan betul tak?? Hahahaha (Nampak tak ketawa aku tuuu)…

Dan semestinya korang nak tahu apa yang aku nak sangatkan dalam Lazada ni?? Kalau ikut nafsu yang bermaharajarela dalam dirir ni, memang lagi banyak yang aku nak list kan.. gila, menarik kot!! Tapi apakah daya, cek terpaksa memilih TIGA jenis produk jee.. huwaaaa tak suka lah macam ni sebab kena pilih-pilih pulak.. susah tahu tak nak buat pilihan.. 
Owh ye, Sale ni telah bermula daripada 6hb September hari tu lagi sehingga 9hb September ni (which is today).. so sempat je kalau nak shopping lagi.. okaylah kang banyak pulak korang dok dengaq aku merapu..

HUAWEI P20 PRO


Memanglah kalau ikutkan aku dah ada smartphone tapi smartphone ni best weiii.. wah macam tagline depa laa, “Huwawei, Best Wei!!” mana aku tak tertarik wei sebab firstly, kamera dia best laaa, super cantik kalau ambik gambar guna smartphone ni.. 
Untuk harga smartphone ni, memang berbaloi sebab lagi murah daripada harga pasaran tau.. kalau beli dekat Lazada ni just RM2,899 laa weii.. amboii aku cakap just je ea padahal dalam status aku as students ni memang mampu tengok je lee.. Tapi Huawei P20 Pro sentiasa menjadi idaman hatikuuuu..

NOXXA ELECTRIC MULTIFUNCTION PRESSURE COOKER 8L RICE COOKER, SLOW COOK, STIR FRY, STEAM KITCHEN APPLIANCES AMWAY



Fuhhh panjangnya nama dia… ini dah lama masuk dalam wishlist aku dalam app Lazada dalam phone ni.. nak tahu kenapa aku nak sangat beli periuk multifunction ni? Sebab aku nak bagi hadiah untuk mama, tak kisahlah untuk birthday ke anniversary kea pa ke.. aku still nak hadiahkan periuk ni.. yela, nak senangkan kerja mama memasaklah memandangkan kami adik beradik ramai so memang menjadi kebiasaan yang mama akan masak dalam kuantiti banyak.. kiranya dengan adanya periuk Noxxa ni memang akan memudahkan kerja beliau.. mesti lagi semangat nak masak untuk kami.. wahhhhh!! 

HABIB AIK WHITE AND YELLOW GOLD BANGLE, 916 GOLD (23.33G)


Nampak tak kilauan emas yang melilau tu?? Mata aku pun bersinar tengok rantai tangan ni.. cantik lahhh, kalaulah aku dapat rantai tangan tu, haihhhh… hehe.. sorry, mengeluh panjang pulak.. bila tengok rantai tangan ni mesti terberangan sendiri, yela hanya mampu berangan je buat masa ini.. kalau dah namanya perempuankan, memang macam nilah.. yelah, nafsu gegirl kan ada 9…


BILA LAZADA 9.9 FESTIVAL SALE NAK MULA?

Tadi kat atas, aku ada mention kan yang Lazada telah bermula daripada 6hb September sehingga 9 September ni..  Dekat Sale yang dijalankan ni, terdapat lebih 1000 brand barang atau peralatan yang ditawarkan serta lebih 1000 vouchers boleh digunakan dan hampir 90% lebih murah untuk item yang terpilih.

Korang boleh layari ONLINE LAMAN LAZADA DI SINI

So sapa-sapa yang banyak wishlist dalam account Lazada dia, bolehlah ambik peluang yang Lazada bagi ni.. tapi jangan terperanjatlah bila tengok berapa banyak item nanti yang masuk dalam cart.. hahaha.. aku sendiri pun kena sentiasa sedar diri ni supaya sentiasa beringat.. kalau tak, habislah..hahha

SELAMAT MENGHABISKAN DUIT!!!!
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg