Cepat jekan masa berlalu.. Tak sangka dah nak masuk 2016 dalam beberapa minit je lagi.. Masa nak habiskan diploma hari tu, nak sangat cepat habis diploma.. Last2, sendiri yang tak terasa pulak masa tu berlalu.. Muncul je tahun 2016, umur aku pun bergerak daripada angka 21 kepada 22.. Ehh, belum birthday laa..hehe
Tetapi masih banyak yang aku belum jumpa dalam hidup ni.. Nak cakap tak enjoy lagi, memang pun tapi ntah la susah pulak nak cakap..
Tahun 2015 menyimpan pelbagai memori bergelar pelajar politeknik dan bekerja.. Tak tahu nak target apa untuk tahun baru ni.. Macam2 perasaan yang aku rasa.. Alhamdulillah, aku masih diberi kesempatan untuk berada di awal tahun 2016 ni.. Yelah, jodoh pertemuan, ajal maut semuanya ditentukan oleh Maha Pencipta kan.. Kita hanya mampu merancang pelbagai perancangan untuk masa depan tetapi siapa yang sangka apa yang akan terjadi pada masa mendatang?? Hanya DIA yang tahu segalanya.. Apa yang berlaku pada masa lepas usahlah dikenang malah kita tetap kena move on!! Bangun daripada mimpi indah.. Bangun daripada segala masalah kita pada masa lalu..
Selamat Datang 2016 dan Selamat Tinggal 2015.....