Friday, August 12, 2016
Giveaway Birthday by Cik Eyz
Giveaway Diagnosis Apokalips Part 2 by stnrsyfh
Friday, August 5, 2016
Salah siapa??
Baru-baru ni, aku telah dilanda musibah.. teruk tak teruklah
tapi still menyakitkan jiwa raga mak nokk.. Rabu 13 Julai 2016 bersamaan 8
Syawal 1437, aku telah dilanggar oleh sebuah kereta mewah masa nak pergi
kerja.. Tak salah aku, aku keluar rumah pukul 8.15 pagi gitu. Tak sampai 5-6
minit aku gerak, bummmm….. Ya Allah, macam-macam perasaan masa tu.. menggigil
jangan cakap laa.. Benda aku sendiri tak sangka sebab jalan yang aku jalan
memang betul… Allahuakhbar!! Allahhuakhbar!!
Aku dah bertembung dengan kereta tu daripada jalan keluar
rumah lagi namun aku hanya mengikut belakang meskipun aku hanya membawa
motorsikal.. Masa tu, jalan yang aku lalui ada 2 line dan jalan yang sama
kereta itu ikut adalah line belah kanan.. SubhanaAllah!! Memang aku tak sangka..
yelah, kalau dah kereta tersebut jalan belah kanan, dah tentu-tentu dia takkan
belok kiri.. Owh ye, jalan yang aku excident tu ada simpang tiga.. Oleh kerana
aku berpendapat yang kereta mewah tadi hanya terus sahaja jadi aku melalui
jalan kiri sebab aku ingin belok kiri selepas simpang tiga tadi.. TAPIII…..
Tanpa disangka kereta tadi belok kiri biarpun dah sampai
bahagian tengah jalan simpang tersebut.. Oleh kerana aku di sebelah kiri kereta
tadi, aku tak perasan ada signal yang dinyalakan sebab aku betul-betul
bersebelahan tempat duduk pemandu tersebut.. Ya Allah, dia langgar aku.. dekat
sangat muncung kereta dia dengan lampu depan motor aku.. Terkejut aku terus
mengelak dan terbaring di tengah simpang tiga tu.. Macam-macam perasaan aku
masa tu.. memang terkejut jadi aku hanya beristighfar sahaja.. Astagfirullah,
Astagfirullah banyak kali.. tangan dah menggigil.. Dalam waktu yang sama, aku
ralat sebab orang yang cuba membantu aku telah menjahanamkan motor aku yang tak
sampai setahun lagi aku guna.. bayar pun tak habis lagi.. Allahuakhbar!! Macam
mana dia jahanamkan?? Oleh sebab aku jatuh di belah kanan, jadi orang ni try
angkat motor aku daripada belah kanan.. Korang tahukan motor auto macam mana??
Hanya perlu press atau putar sedikit pemegang motor yang belah kanan jadi dah
comfirm2 motor gerak sendiri..
Tapi manusia ni tadi bukan pusing sedikit je malah lebih
lagi hingga aku yang luka ni nak kena kejar dia pulak.. Aku dah cakap matikan
dulu enjin masa dia nak tolong tapi tak dengar cakap.. Last2 dia dah kena macam
tu, eh dia main hempas motor aku.. tergamam aku kat situ.. habis calar balar
motor aku.. tadi dah belah kanan sekarang belah kiri.. tu tak pe lagi, ni
sampai seat motor aku patah weii.. patahhh.. Alahai…
Serius wei, aku sendiri macam tak percaya dalam sekelip mata
semua tu jadi.. lepas aku call ayah aku
yang aku accident, aku pergi check kereta mahal yang langgar aku tadi..
Terdapat kesan calar akibat bergesel dengan motor aku tadi.. Dia pun minta maaf
sebab tak perasan aku kat sebelah kiri kereta dia.. Aku pun dah tak boleh nak
cakap apa dan biar ayah aku yang tolong settlekan..
Orang yang “menolong menjahanamkan” motor aku?? Hahaha, dia
dah pergi kemana entah.. marah?? Mestilah marah sebab harga nak repair seat
motor aku tu pun dah bersamaan harga bayar bulan-bulan la weii.. Motor apa yang
mahal sangat nikan.. Aku pakai motor SYM Jet motor tu yang barang gantiannya
mahal nak mamp__ … Tapi Alhamdulillah, aku tak cedera teruk tapi still dapat
cuti 3 hari sebab satu badan sakit-sakit..
Nasihat aku pada semua pengguna jalan raya tak kisahlah
jalan kampong ke jalan Bandar ke.. Tolonglah berhati-hati.. Ada side mirror tu
gunalah.. Ikut jalan yang betul.. Ingat jalan belah kanan untuk lurus dan belah
kiri adalah untuk belok.. Jangan nak ikut otak sendiri jeee.. Hari ni hari aku,
tapi sapa tahu esok lusa hari kau pulak.. Kepada orang nak membantu, terima kasih aku
ucapkan dan tahniah sebab menjadi manusia yang berhati perut tapi tolonglah
dengar cakap orang.. Kang tak pasal-pasal orang lain yang accident tapi orang
lain yang masuk hospital.. Diharapkan kisah ini menjadi ikhtibar untuk kita
semua.. Maaf jika tersalah cakap sepanjang menulis peristiwa pahit ni tadi..
Wassalam
Thursday, August 4, 2016
7 aplikasi yang boleh menyebabkan bateri telefon pintar anda cepat habis!!
7. Spotify
Spotify adalah perkhidmatan muzik streaming yang paling popular di dunia. "Streaming" adalah tidak elok untuk mana-mana jenis bateri dan ramai daripada anda akan mengalami kehabisan bateri yang agak drastik jika menggunakan aplikasi ini pada setiap hari. Terdapat dua penyelesaian yang boleh membaiki penggunaan bateri anda semasa menggunakan Spotify, tetapi untuk mencari yang mana satu adalah pilihan terbaik untuk anda, anda harus buat eksperimen sikit dengan kedua-dua cara ini.
a) Pilih untuk mendengar muzik anda menggunakan audio yang berkualiti lebih rendah. Sudah tentu, bunyi tidak akan sama, tetapi jika anda mempunyai perjalanan yang jauh ke hadapan, anda akan gembira masa tambahan ini akan memberikan anda.
b) Aktifkan pilihan Mod luar talian pada senarai main atau album kegemaran anda. Ya, ini akan mengambil beberapa memori dalaman peranti anda, tetapi anda tidak lagi akan penstriman audio. Anda juga boleh menyahaktifkan ia mudah apabila anda selesai.
Aplikasi ini bukan sahaja mempengaruhi penggunaan bateri kita malah turut melibatkan data internet kita. Ini antara penyebab kenapa data internet kita tak dapat bertahan sehingga ke akhir tempoh yang sepatutnya tanpa perlu meminta atau membayar lebih untuk mendapatkan lebih banyak data daripada pembekal mudah alih kita.
Tuesday, August 2, 2016
Giveaway Cash RM100 by Syira Lokman !
hye semua ^_^
*sticky post*
Syarat :
1. Follow blog atau google +
2. Follow instagram *jika ada
Cara mudah :
1. Follow SEMUA syarat.
2. Buat entry bertajuk "Giveaway Cash RM100 by Syira Lokman !"
3. Letak banner dekat entry.
4. Backlink kan ke sini.
5. Publish!
6. Tinggalkan link entry giveaway anda di ruangan komen entry ini sahaja.
Special untuk anda?
Wang tunai RM30 x1
Wang tunai RM20 x1
Tapak Iklan free selama sebulan x1
Topup RM5 x1
[SyiraLokman]
Wang tunai RM50 x1
[nurfuzie]
Topup RM5 x1
[SyiraLokman]
(TOP REFERRAL)
[nurfuzie]
Pemilihan pemenang : pemilihan 100% secara random oleh Syira sendiri (penganjur) :)
jom ramai2 memeriahkan Giveaway Cash RM100 by Syira Lokman ! ^_^
InsyaAllah lepas ni mungkin ramai akan follow anda juga :)
Bersama merapatkan ukhwah ^_^
Mula : 1 Ogos 2016
Tamat : 21 Ogos 2016