Friday, May 6, 2016

Terima Kasih Zalora !!

Baru hari ni free sikit, semalam busy yang teramat sangat sebab tu hanya sempat join segmen dan giveaway kawan-kawan blogger lain.. Walaupun kadang-kadang tak sempat nak up enti baru tapi aku mesti buka blog kejap.. Ngada-ngadakan..hehe.. 
Dah baca tajuk entri kali ni?? Kenapa Zalora?? Ada apa pulak?? Meh akak hiphiphorray nak share cerita kejap.. Baru-baru ni, aku dapat invitation daripada Zalora.. Alhamdulillah, rezeki aku semakin murah sejak berblog ni.. Invitatio apa?? Sabarlah, aku baru nak cerita..hehe

Tulah dia.. Kak Ain ni email dan invite aku untuk buat review tentang skirts yang ada pada masa sekarang ni.. Yang mana?? Klik <SINI> ye.. Lepas aku bersetuju untuk buat entri tu, Kak Ain ada bagi aku contoh draft untuk entri skirts ni dan aku perlu menambah beberapa point supaya lebih menarik.. Kemudian, aku kena hantar email bersama draft yang telah diubah mengikut apa yang aku nak.. Lepas tu, Sis Ain tu terus berpuas hati dengan draft aku walaupun aku rasa boleh tambah lagi kalau ikut otak aku ni tapi disebabkan tentangan masa, jadi hanya itulah hasilnya..huhu.. Then, tadaaaa!!


Aku dapat voucher RM 100 untuk shopping dekat Zalora.. Yeahhh, suka gila bila dapat voucher tu.. Dapatlah aku shopping dekat zalora sebab dah lama jugak tak shopping ni.. Lagi-lagi sekarang tengah ada Sale.. yahooo, lagi semangat nak usha (tengok) barang-barang kat Zalora ni..hehe.. 


Inilah yang sempat aku usha.. Tengok kasut tapi tak ada pulak yang menarik hati.. Jadi sempat borong beg tangan jela.. Tu pun dah RM 114 tau.. Nasib baik dapat voucher jadi aku just tambah RM 14 jela.. hehe.. Perempuankan bila dapat shopping memang senang hatilah..hikhik.. Untuk pengetahuan korang, aku order pagi 2 hari lepas tapi semalam petang dah sampai depan rumah.. Cepatkan perkhidmatan Zalora ni.. Alhamdulillah, aku memang berpuas hati dengan perkhidmatan Zalora ni.. Memang tak pernah menghampakanlah.. Ceh sempat pulak aku nak promote ea..hehe.. Apa-apa pun terima kasih Sis Ain dan Zalora sebab sudi jemput blogger yang baru nak up ni untuk review skirts tu *big claps* Lain kali bolehlah jemput lagi, saya amat berbesar hati untuk berkhidmatan untuk anda lagi ^^



13 comments:

Syahidah Fadilah said...

wahh, shopping2, hehe

Sofie Adie said...

tahniah awak! semoga terus sukses dalam dunia blog! :D

umie yana said...

@Syahidah Fadilah yeahhh..hehehe

umie yana said...

@sofie adie aamiin, InshaaAllah..

fifi said...

wah bestnya, tahniah sis! :)

umie yana said...

@miss fifi Terima kasih awak :)

♥ aiNa yaZiD ♥ said...

seronok shopping lagi lagi x keluar duit kan dik.. hehehe =) anyway, congrats dear..

umie yana said...

@♥ aiNa yaZiD ♥ betul tu..hehehe

anis said...

Akak, mana mana nak guna baucer tu? heee :D

umie yana said...

@Anis Shafika lepas je kita publish entry tu, orang zalora akan email code baucar zalora.. jadi dah pilih barang yang kita nak dekat zalora, kita masukkan je code tadi dalam satu box atas harga yang perlu dibayar.. Taoi diingatkan bukan semua barang zalora valid untuk code baucar tadi tau :)

anis said...

@Umie Yana Akak kenapa dia tulis "Baucar anda tidak dapat diproses sila cuba lagi".

umie yana said...

@Anis Shafika maksud awak?? dah ada pihak zalora hantar code baucar??

umie yana said...

@Anis Shafika Atau mungkin barang yang awak pilih tidak boleh dibeli dengan menggunakan baucar tersebut.. Cuba awak pilih barang yang lain dan try tengok sama ada memang boleh guna atau tidak.. Sebab hari tu, saya pun kena pilih barang lain pulak sebab bag yang saya nak tak boleh guna baucar tu

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg