Wednesday, May 11, 2016

Kek Gula Hangus


Bahan - Bahan:
1 Cawan gula
1 Cawan Air Panas
2 Sudu Besar Mentega
4 Biji Telur Gred A
1 Cawan Susu Pekat
1 Cawan tepung gandum di ayak
2 sudu teh Soda Bikarbornat di ayak
1 sudu kecil baking powder
1 sudu teh Essen Vanilla

Cara Penyediaan:
1) Goreng gula tanpa minyak dengan api dapur sederhana kecil sehingga gula menjadi cair.
2) Masukkan air panas, gaulkan sehingga sebati sekiranya masih ada sisa sisa gula yang belum cair.
3) Masukkan mentega, dan gaul sebati. Tutup api dan biarkan seketika. 
4) Pukul telur hingga kembang 
5) Kemudian masukkan susu pekat. Pukul hingga sebati.
6)Masukkan tepung, baking powder dan soda bikarbonat yang telah diayak tadi. Pukul hingga sebati.
7) Masukkan esen vanilla dan kacau hingga sebati.
8) Kemudian masukkan gula hangus tadi ke dalam bancuhan tepung dan gaul sebati.
9) Perap adunan ini slama 3-4 jam (bertutup) bagi mendapatkan sarang yang cantik.
10) Bakar selama 60minit dengan suhu 160'c atau kukus selama 1 jam 45 minit.

Noted :
- Jika anda mahu kukus, kukus selama 1 jam 45 minit dan jangan lupa sapukan mentega pada loyang yang anda mahu guna untuk elak kek melekat dengan loyang pulak.

5 comments:

Hani Rahman said...

Sedap nyer... Nak try lah nnt...

umie yana said...

@Hani Fadhlina Abdul Rahman silakan sis :)

PeRdU cINta said...

Dulu mana akak rajin buat..akak suka sangat sebab dalamnya bersarang sarang..

Azlinda said...

suka kek ni..tapi malas la hai mummy nak buatnya hehee

♥ aiNa yaZiD ♥ said...

ok boleh cuba... tq share resepi dear umie =)

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg