skip to main |
skip to sidebar
AIB
Hari ni, aku nak cerita suatu kisah mengenai aib kita sesama manusia.. Aib inilah yang selalu ingin kita lindungkan atau sembunyikan daripada pengetahuan orang lain.. Namun, ada Allah yang sentiasa akan melindungi segala aib tidak kira masa dahulu atau kini.. Mari sama-sama kita ketahui kisah di sebalik AIB..
Apa itu aib?
Aib ialah dosa dan keburukan yang ada dalam diri kita, yang terdapat dalam setiap manusia di muka bumi milik Allah ini. Semua orang punya aib tapi tak semua aib kita dikongsi dengan orang lainkan? Sebab hanya Allah yang mengetahui aib kita dan menyembunyikannya. Baiknya Allah kerana berapa banyak aib yang kita ada tapi Allah Tuhan yang Maha Penyayang akan tetap membuka pintu taubat untuk kita bertaubat.
Terdapat suatu kisah pada zaman Nabi Musa telah berlaku kemarau yang agak panjang. Nabi Musa bersama 70 ribu umatnya melakukan solat istisqa' iaitu solat memohon agar Allah menurunkan hujan. Tapi hujan tetap tidak turun. Seperti yang kita ketahui Nabi Musa digelar dengan Kalimullah kerana boleh berbicara secara langsung dengan Allah.
Nabi Musa berkata pada Allah. "Ya Rabb, Kau selalu memperkenankan doaku."
Lalu Allah menjawab, "Antara kalian itu terdapat seseorang yang telah membuat maksiat selama 40 tahun dan tidak pernah mahu bertaubat."
Sejurus itu bertanya Nabi Musa kepada umatnya. "Siapa antara kalian yang bermaksiat selama 40 tahun dan tak pernah bertaubat. Diminta kalian untuk meninggalkan tempat ini kerana hujan tidak turun kerana orang seperti ini."
Orang tersebut berasa bersalah kerana menjadi sebab hujan tidak turun. Maka berbicara dihatinya jika dia bangun meninggalkan tempat itu maka terbukalah di depan khalayak akan aib dirinya yang tersorok selama 40 tahun. Lalu dia pun memohon agar Allah ampunkan dosanya dan menyesal di atas dosa dosanya itu.
Tak lama selepas itu hujan pun turun. Nabi Musa kehairanan. Ini disebabkan tak ada sesiapa yang mengaku yang telah berbuat dosa selama 40 tahun dan tiada pula yang meninggalkan tempat ini tapi Allah telah menurunkan hujan.
Lalu nabi musa bertanya kepada Allah, "Mengapa Kau turunkan hujan wahai Allah?"
Lalu Allah menjawab kerana orang tersebut telah bertaubat.
Nabi Musa bertanya lagi, bolehkah aku ingin tahu siapakah orangnya?
Allah jawab, "Selama 40 tahun Aku tidak pernah membuka AIBnya, adakah Aku akan membuka aibnya setelah dia bertaubat kepada Aku?"
Masha Allah. Masha Allah. Allah sangat menjaga aib kita. Jadi marilah kita menjaga aib sendiri dan tidak membuka aib orang lain di sekitar kita. Kalau kita jaga aib orang inshaAllah Allah akan menjaga aib kita.
Wallahualam.
Kisah ini diceritakan oleh Ustaz Iqbal bin Zain al Jauhari.
Semoga kita semua mengambil iktibar daripada kisah ini.. Jika kita mudah menjaga aib orang nescaya Allah pasti dengan mudah menutup segala cacat cela kita biarpun hanya sebesar zarah..
1 comment:
1 aib orang kita tutup, 10 aib kita Allah tutup... Insyaallah. Allah Maha penyayang dan Maha pengampun.
Setiap kesusahan Allah akan bagi petunjuk.. Berlaku pada sis sendiri umi, (^_^) Selama ni kita tak tahu ada orang dengki... ALLAH jaga aib org yang dengki ni selama beberapa tahun. Lps berubat terbongkar semua nya. Siap tahu nama n siapa orang nya. Tapi kita chill je...Takde serang serang ke apa. Sis doa mudah mudahan sempat dia bertaubat. =)
Post a Comment