Monday, May 23, 2016

Jadual Waktu sepanjang bulan Ramadhan

Selamat pagi sahabat-sahabat semua.. Alhamdulilah masih diberi kesempatan bernafas dan meneruskan hidup lagi hari ni, 23 Mei 2016 bersamaan 16 Syaaban 1437 Hijriah.. Dah tak lama je lagi kita bakal menyambut bulan yang amat mulia berbanding bulan-bulan yang lain.. Bulan yang mana pintu Syurga dibuka seluas-luasnya dan ditutp pintu Neraka serapat-rapatnya.. Bulan Ramadhanlah bulan yang diberi pelbagai kelebihan kepada kita yang bergelar ciptaanNya ini.. Bukan sahaja hanya untuk menahan lapar tetapi jugak untuk menahan segala hawa nafsu dari segi berbelanja , amal ibadah dapat dipertingkatkan, bulan untuk kita saling menegur sapa dan berbuat baik dengan orang lain, bulan yang mana aman daripada gangguan syaitan yang sering menghasut kita melakukan benda yang tak sepatutnya kita lakukan.. Setiap kita mesti akan mempunyai khilafnya bukan.. Kerana apa?? Sebab kita bukanlah sempurna malah kita juga telah dicipta oleh DIA.. Sebab itu, ALLAH bagi kita kesempatan dan peluang untuk kita berbuat baik dan mempertingkatkan amal soleh.. 

Tapi kita??? Lebih excited merayakan perayaan aidilfitri berbanding bulan ramadhan.. Bukan hanya budak kecik malah mak bapa budak turut terkesan dalam masalah ini... Di mana silapnya?? Sama-samalah kita renung semula apa yang kita lakukan sebelum ini.. Tak salah semangat nak menyambut raya tapi biarlah berpada-pada.. Jangan biarkan perihal raya melebihi amal jariah kita pada bulan ramadhan nanti.. Ingin menyambut aidilfitri ini kita perlu menyambut ramadhan dengan bersungguh-sungguh dan barulah bersungguh-sungguh beraya sakan.. Ingat bahawa bulan Ramadhan hanya sekali setahun dan kita juga tidak tahu adakah kita sempat lagi untuk bertemu bulan seperti ini di tahun depan... Kerana itu semua rahsia Allah.. Maka sama-samalah kita mempertingkatkan amal jariah kita lebih-lebih lagi bulan penuh barakah ini.. 

Oleh itu, umie nak kongsikan waktu Imsak dan Berbuka selama sebulan ketika berada di bulan puasa nanti.. Ini adalah kemudahan yang telah disediakan oleh Jakim untuk kita maka tidak salah kiranya umie turut berkongsi biar ia memberi manfaat bersama.. In Shaa Allah...

 
Ini adalah Link yang disediakan oleh pihak Jakim yang telah menyediakan jadual waktu imsak dan berbuka puasa mengikut negeri masing-masing.. 

Mohon maaf sekiranya ada tersalah dalam entri ini.. Umie harap sahabat-sahabat dapat mengeur sekiranya ada kesilapan yang tidak umie sedar dan umie akan segera perbaiki kesilapan tersebut.. 

1 comment:

Azlinda said...

hehehe..dah ado ye jadual..yeay. tqqqq

www.azlindaalin.com

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg