skip to main |
skip to sidebar
Jenis women’s skirts yang sesuai pada masa kini
Trend Alert: Women’s Skirts
Pada tahun 2016 ni, dah ramai rasanya wanita yang lebih gemarkan memakai skirt atau kaun untuk dipadankan dengan blaus mereka.. Bukan setakat blaus je, malah kalau di matchkan bersama shirt or baju muslimah pun dah okay sangat.. Skirt labuh turut menjadi pilihan untuk muslimah seperti aku.. Tapi sekarang aku nak berkongsi pendapat tentang skirts untuk kaum wanita di luar sana.. Walaupun boleh dikatakan majoriti wanita lebih gemarkan memakai jeans, namun masih ramai juga wanita yang menggemari pemakaian skirts ni. So, ada apa dengan skirts? Well, ramai berpendapat bahawa pemakaian skirts adalah lebih selesa, versatile dan yang paling penting menjadikan mereka kelihatan lebih feminine. Setuju? Jom kita lihat beberapa jenis women’s skirts yang kini trending dan popular dikalangan ramai penggemar fesyen..
Jom tengok women’s skirts untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Tutu Skirts
Tutu skirts biasanya diperbuat daripada fabrik jenis oganza pada bahagian luar dan direka dengan potongan yang kembang. Ia menjadikan si pemakai kelihatan cukup comel dan juga telah di inspirasikan daripada skirts penari ballet. Tambahan lagi, skirt jenis ini terdapat pelbagai jenis seperti berompol-rompol dan berlapis-lapis..
Pencil Skirts
Rekaan seterusnya adalah koleksi pencil skirts yang cukup-cukup popular. Skirts jenis ini juga sering menjadi pilihan ramai wanita untuk bergaya ke pejabat atau kerja formal. Oleh itu, pemilihan skirt pencil ini semakin popular kerana skirt ini telah ditambah baik dengan sentuhan terbaru yang membuat lebih ramai wanita lebih suka dan selesa untuk memakai skirt ini di majlis-majlis keraian. Kenapa dipanggil pensel skirt?? Sebab potongan skirt ini kelihatan agak runcing dan menyukarkan seseorang untuk berjalan.. Oleh itu, untuk pemilihan skirt ini adalah bersesuaian untuk wanita yang kurus dan tinggi supaya dapat menimbulkan ciri-ciri wanita yang berjaya.
Slit Midi Skirts
Untuk koleksi skirts yang mempunyai labuh hingga ke paras betis pula dipanggil sebagai midi skirts. Skirts ini lebih sopan dan sesuai untuk wanita yang mahukan ciri-ciri sophisticated dan kelihatan elegan. Kini trending slit midi skirts dimana ia direka dengan sedikit belahan pada bahagian hadapan skirts. Dengan mengayakan skirt jenis ini, anda akan kelihatan kurus dan tinggi.
Skater Midi Skirts
Begitu juga untuk koleksi skater midi skirts yang mempunyai labuh sehingga di paras betis dan direka dengan potongan yang kembang. Skirts jenis ini sesuai dipakai oleh semua wanita tidak mengira bentuk badan. Selain itu, dengan memakai skirts jenis ini, anda akan kelihatan feminine jika bersesuaian dengan baju yang dipadankan.
Maxi Skirts
Akhirnya, skirt yang turut menjadi pilihan para wanita adalah koleksi maxi skirts yang berpotongan labuh seperti ini. Ia juga boleh digayakan dengan apa jua pilihan tops favourite anda! Maxi skirt ini agak seksi kerana ia menggunakan kain yang agak jarang biarpun terdapat skirt pendek di dalam skirt ini.. Bagi muslimah yang ingin mempergayakan skirt jenis ini, anda dinasihatkan untuk memakai kain atau seluar di belah dlama untuk menutup aurat dengan lebih sempurna.
Walaubagaimana pun, anda harus ingat beberapa perkara untuk mempergayakan skirt ini.. Tidak kira sama ada skirt labuh atau pun skirt-skirt yang lain:
1. Gaya apa yang anda cuba tonjolkan atau tunjukkan
2. Tempat yang anda ingin pergi
3. Warna atau Tona warna skirt anda untuk dipadankan bersama baju anda
4. Material, Corak, Potongan dan Kemasan untuk sesuatu skirts
5. Pull-up and tight-in! (Kalau tak nak tight-in, pakai tali pinggang bertali nipis pada paras pinggang di atas baju itu). Ini agar anda Nampak lebih berkeyakinan dan sophisticated.
Namun, diingatkan biar apa pun yang anda pakai atau gayakan, MAKE SURE ada perasaan CONFIDENT untuk menggayakan pakaian itu.. Biar pun ada manusia lain yang memandang anda pelik dengan cara pemakaian anda.. But be ourself okay??
3 comments:
Akak lebih sesuai pakai midi skirts tu...kalau pakai pencil skirts kang bertambah2 orang tohmah..lagipun usia x sesuai pakai pencil skirts dah kan..hahahahah
Skater Midi Skirts tu lawa.. hehe
Skirt dah semakin popular kan sekarang...ditambah dengan pelbafai rekaan...banyak yang menarik...
Post a Comment