Saturday, April 16, 2016

Keburukan telefon canggih dan pintar??


 


Image result for telefon canggih

Apa khabar sahabat-sahabat dunia blog?? Semoga sihat-sihatlah hendaknya.. Hari sabtu yang redup ni, aku nak minta pendapat kawan-kawan ni.. Hah ce baca balik tajuk entri ni?? Yang mana satu agaknya?? 

Sudah menjadi trend gamaknya, telefon yang canggih-canggih dan keluaran terbaru akan menjadi perbualan orang ramai termasuk aku sendiri.. Ini tidak dapat aku nafikan.. Yaa, memang banyak kelebihan apabila kita dapat memiliki telefon pintar ini. Sebagai contoh, keluaran terbaru Samsung adalah S7 Edge yang menggunakan OS 6.0 Android Marsmellow, telah di naik taraf jaringan internet daripada 3G ke 4G LTE malah design telefon ini memang menarik hati bagi sesiapa yang melihatnya. Namun, adakah kita sedar bahawa sebenarnya telefon pintar dan canggih ini lebih banyak membunuh kita tanpa kita sedar??

Keburukan dari segi apa?? Adakah dari segi telefon yang saya cakap tadi? Tidak!! Sebenarnya, saya tidak mengatakan tentang keburukan sesuatu jenis telefon itu sendiri. Tetapi saya ingin menanyakan pendapat kawan-kawan, siapakah antara orang yang ingin memiliki telefon canggih dan pintar ini?? Datuk-datuk?? Nenek-nenek?? Ibu bapa?? Ya, memang terdapat datuk-datuk, nenek-nenek dan ibu bapa yang mengikuti perkembangan gajet ini namun siapa yang lebih menguasai gajet ini?? Yaa, para remaja di luar sana.. Bahkan kanak-kanak kecil juga, kita dah kenalkan gajet-gajet ini daripada mereka kecil lagi?? Tidak percaya?? Cuba anda tengok adik-adik anda atau anak-anak anda, apa yang mereka lakukan sekarang? Mereka lebih berminat dengan game dan aplikasi dalam telefon pintar dan tablet berbanding benda lainkan.. Cuba fikir sejenak, sebenarnya kita sendiri yang menanam perasaan cinta pada gajet-gajet ini dekat mereka. Jadi tidak mustahillah, anak-anak kita lebih mengutamakan gajet ini daripada hubungan kekeluargaan. 

Malah bagi sesetengah remaja dan anak-anak kita ni.. Mereka boleh mengetahui tentang kemajuan teknologi lebih pantas daripada ibu bapa mereka sendiri. Tahukah anda bahawa otak anak-anak muda ini lebih pantas berfikir dan lebih cepat mengenali sesuatu aplikasi di telefon bimbit. Hal ini menyebabkan anak-anak ini boleh cepat mengetahui kelebihan dan kekurangan sesuatu aplikasi melebihi kita sendiri. Contoh yang paling mudah adalah instagram. Ramai yang mempunyai aplikasi ini? Betul ramai tapi yang lebih melopori aplikasi ini adalah siapa?? Jika di zaman kita dulu hanya memuat naik gambar dan moment-moment indah di facebook namun sekarang bermacam-macam aplikasi yang boleh kita gunakan untuk memuat naik gambar-gambar ini. Contohnya, Twitter, Wechat dan Instagram yang sangat popular ketika masa kini.

Selain itu, anak-anak remaja ini akan lebih malas mengulangkaji pelajaran kerana masa diperuntukkan untuk telefon pintar ini akan lebih lama daripada masa yang diambil untuk membuat ulangkaji pelajaran. Sebagai contoh, mereka akan mengambil beberapa jam untuk menyiapkan kerja rumah sahaja dan setelah siap, buku sudah tidak dibuka lagi malah telefon pula yang dicari. Ini dapat dilihat dengan mata kasar sebenarnya jika kita sentiasa berada di samping mereka. 

Tambahan lagi, masa bersama keluarga sudah tidak penting dalam sesebuah keluarga kerana ada antara kita yang hanya meluangkan beberapa minit untuk bersama keluarga tersayang sebaliknya masa yang ada lebih terluang dengan telefon. Ini contoh yang amat dekat dengan diri kita. Malah telah ada media massa yang menegur perbuatan ini melalui iklan di televisyen. Tapi ibarat mencurah air di daun keladi dan diibarat masuk telinga kanan dan keluar di telinga kiri. Bukan tidak ditegur namun ianya ibarat sesuatu perbuatan yang sia-sia sahaja.

Jadi persoalannya, ini semua salah siapa?? Sama-samalah kita muhasabah diri. Tidak salah menggunakan telefon-telefon canggih, namun berpada-padalah.. Hargai setiap masa yang masih ada ini.. Masa Itu Emas.. 

Image result for telefon canggih terkini

2 comments:

Siti Yang Menaip said...

rasa macam x boleh lari je dari keperluan untuk ada tepon canggih2.. tapi untuk anak2 kena tapis la kot kan.. kena pantau betul2.. takut advance sngt..

umie yana said...

@Siti Yang Menaip betul tuu.. kadang mereka yang terlebih advance

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg