Thursday, April 7, 2016

Punca rahim jatuh


Punca-punca rahim turun / Jatuh
1. Jatuh terhentak yang kuat
2. Angkat benda yang berat
3. Tidak berpantang dengan baik selepas bersalin
4. Tolak benda dengan kaki terutama sekali menggunakan ibu jari
5. Obesiti
6. Pergerakan yang lasak

Kesan akibat peranakan jatuh 
1. Sakit perut yang luar biasa.
2. Keluar cecair dari rahim.
3. Keputihan/lendir putih yang banyak dari kebiasaan.
4. Sakit pada ari-ari.
5. Sakit pada dinding faraj.
6. Sakit ketika 'bersama' suami.
7. Rasa kejang pada bahagian bawah perut.
8. Terasa seperti mahu bersalin/macam ada benda nak keluar dari faraj.(Ini peringkat yang teruk).

Tanda awal 
1. Selalunya waktu petang lepas asar badan rasa nak demam, kaki tangan rasa sejuk.
2. Terasa nak buang air kecil dengan kerap.
3. Sakit pinggang dan sengal-sengal di bahagian bawah perut.(ari-ari)
4. Kalau berdiri, terasa seperti rahim seakan jatuh dan rasa sengal.
5. Cepat rasa penat kalau buat kerja.
6. Peha dan betis rasa kebas-kebas.

Cuba Check
1. Baring lurus, jangan guna bantal.
2. Sapu minyak pada perut dan atas ari-ari especially di bawah pusat.
3. Gosok minyak ke seluruh tempat perlahan-lahan.
4. Mulakan dengan urutan di sebelah kiri perut dan bawa ke tengah.
5. Urut sebelah kanan perut dan tarik ke tengah.
6. Bernafas seperti biasa.
7. Cuba tekan bahagian bawah pusat, betul-betul di atas ari-ari. Kalau rasa sengal dan ada rasa benjolan kecil, itu tanda peranakan anda dah jatuh.

Rawatan Biasanya mak bidan akan urut dan naikkan balik rahim di kedudukan asal. Cara utk menaikkan kedudukan rahim yang jatuh Selain amalkan senaman kagel tu...cara ini pon boleh membantu... tapi sebaiknya buat urutan sengkang rahim dulu dari mak bidan... bagi yang dah teruk tu,sila dapatkan nasihat dari yang pakar.. kalau tak boleh tegak lurus pon tak apa..ikut kesesuaian diri... praktice makes perfect! kalau takut..minta bantuan sesiapa pegang kaki tu... buatlah dalam kiraan 10-20. (slow ye kira tu) bernafas macam biasa...

9 comments:

FIZA BUNYAMIN FAIZ said...

Terima kasih ...:-)

alyachan said...

alamak, lepas ni tak nak angkat benda berat dah..

Unknown said...

Rahim jatuh?? Nauzubillahiminzalik (Benda paling menakutkan). :(

Especially untuk wanita yang sudah berkahwin sebenarnya. Beringat sebelum terkena. Mencegah sebelum merawat. Kita mampu mengubahnya. Prihatinkan benda-benda tu dalam diri.

Thank you info Umie. ♥

PeRdU cINta said...

Seorang wanita banyak perkara perlu ambil berat...terima kasih ya umie perkongsian ini..

nurnabilarslan@blogspot.com said...

uishhh.. takutlah pulak.. ada sesetengah ada pada nab.. yg kencing kerap tue.. alaaaaaa cm na nih.. takutt

Myra said...

mmg bahaya jugak sebenarnya~ tgk kakak ipar rajin g jumpa bidan utk urut badan..

Azlinda said...

Alamak..takutnyaaa

Azlinda said...

Nt nk cek

Nadhie Wueen said...

moga dijauhkanlah kan.. btw nice info dear! :)

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg