Saturday, April 23, 2016

Tanda Orang yang Meninggal dengan Khusnul Khatimah

SETIAP ada kehidupan pasti ada kematian. Begitupun dengan yang bernyawa pasti akhirnya akan berjumpa dengan kematian. Yang bernyawa pasti akan kembali semula pada Allah SWT. Allah yang pertama kali menciptakan kita di dunia ini. Di akhir kematian nanti, hanya ada dua jenis kematian iaitu khusnul khatimah (akhir yang baik) dan su’ul khatimah (akhir yang buruk). Semuanya bergantung pada kita ketika saat dicabutkan nyawa nanti.. Apakah kita sedang berbuat kebaikan atau kejahatan?? Jika kita memilih untuk meninggal secara khusnul khatimah, bermakna kita harus mempersiapkan diri sebaik mungkin untuk menghadapinya. Semoga kita termasuk dalam orang-orang yang meninggal dunia secara khusnul khatimah, iaitu meninggal dengan salah satu cara yang menjadi tanda orang khusnul khatimah. Tapi bagaiman nak tahu tanda-tanda orang yang meninggal secara khusnul khatimah? Inilah antara tanda-tanda seseorang itu meninggal dunia melalui khusnul khatimah
1. Meninggal dengan mengucapkan syahadat (HR. Abu Daud).
2. Meninggal dalam keadaan sedang berjuang (HR. Tirmidzi).
3. Meninggal pada waktu siang atau malam jumaat (HR. Tirmidzi).
4. Meninggal dalam keadaan mati syahid atau terbunuh di medan perang di jalan Allah SWT (QS. 3: 169-171).
5. Mati di jalan Allah SWT (HR. Muslim).
6. Meninggal kerana penyakit radang selaput dada (HR. Ahmad).
7. Meninggal kerana penyakit tha’un (HR. Bukhari).
8. Meninggal kerana sakit perut (HR. Muslim).
9. Meninggal kerana tenggelam.
10. Meninggal kerana tertimpa runtuhan (HR. Bukhari dan Muslim).
11. Meninggal kerana kehamilan disebabkan anak yang sedang dikandungnya (HR. Ahmad).
12. Meninggal kerana membela agama/nyawa (HR. Bukhari).
13. Meninggal kerana membela harta (HR. Abu Daud).
14. Meninggal kerana terjangkit penyakit TBC (HR. Ath Thabrani).
15. Meninggal kerana sedang berjaga di jalan Allah SWT.
16. Meninggal tatkala sedang beramal shaleh (HR. Ahmad).
17. Meninggal kerana terbakar api (HR. Ahmad).

No comments:

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg