Masa nak daftar Adsense sebelum ni, aku main bantai je sebab selalu tengok blog lain ada jadi berangan la nak buat..hehe.. Tak tahu pun blog aku tu layak ke tidak. Lantak depa laa.. Tapi yang bagusnya pasal Adsense ni, dia tak ada minimum requirement UV atau PV. Jadi blog mana-mana pun boleh buat asalkan dah ikut syarat yang aku bagi <INI>
Kalau UV tinggi kalau korang tak nak apply Adsense ni, ada banyak lagi yang boleh dipertimbangkan.. Antaranya Innity. Blogger Yumida ada share syarat-syarat untuk apply Innity.
Adsense ni tak akan ubah status Glitterati Nuffnang korang kepada Non-Glitteratti pun so jangan risau yee..
Layak atau tidak apply Google Adsense?
Boleh buat preparation dahulu sebelum nak apply Adsense. Boleh rujuk entry ringkas sebelum ni mengenai Panduan Lulus Google Adsense. Kalau blog korang still baru, usia blog korang at least dah berusia 3 bulan baru ok.. Tapi depend keadaan blog korang jugaklaa..Macam mana nak tahu?? Hah, Korang try tengok blog korang tu dah layak apply Adsense ke belum dulu.. Korang boleh tengok di Dashboard sama ada pilihan Earning ada atau tak..
** Tu bermakna blog aku tu dah boleh apply AdSense laa
Apply Google Adsense
1) Pilih option Earnings macam dekat gambar di atas yang ada box warna merah tuu
2) Akan keluar halaman macam di bawah ini. Tekan Sign Up for Adsense
3) Tengok yang dalam bulatan 1 tuu. Change language, ke bahasa inggeris tapi kalau tak faham tukarlah bahasa melayu..
4) Klik "Yes, proceed with Google Account sign in" macam dalam bulatan 2.. Yang ni korang nak daftar Adsense menggunakan akaun Google blog korang.. Kalau nak tukar kepada akaun Google lain, klik "No, create Google Account"..
5) Isi semua details yang diperlukan dan klik butang SEND.. Akan keluar arahan seperti dibawah.
Your Adsense account is awaiting approval.
Adsense team ni akan buat review terlebih dahulu tau terhadap blog korang. Merka nak make sure yang korang ikut syarat-syarat yang depa naklah.. Email kelulusan akan dihantar sekiranya blog lulus tapisan pertama. Selepas lulus tapisan pertama, korang kena letakkan kod html Adsense ke dalam blog macam contoh kat bawah ni..
6) Selepas letak kod html, kena tunggu lagi untuk dapat kelulusan tapisan kedua supaya iklan keluar di blog. Sebelum blog lulus tapisan kedua, kod html yang kita letak di blog akan keluar blank space aje. Belum ada iklan yang keluar. Contoh email yang dihantar memaklumkan iklan Adsense dah diluluskan adalah begini:
Ada blog yang cepat proses kelulusan Adsense dia orang tapi Aku punya lambat tau.. Makan hampir 2 minggu weii baru dapat email tuu.. Ini semua sebab pihak AdSense nak tengok sama ada entri yang di post tu info atau rekaan semata.. Mereka ni cerewet tau.. Kalau ada yang korang copy paste pun, dia orang tolak.. Yelah, mestilah pihak AdSense nak entri yang hot dan bernilaikan.. Semuanya bergantung kepada entry yang dihasilkan dalam blog korang tuu.. Tapi macam mana kalau korang ada buat jugak copy paste ni?? Make sure korang kreditkan balik entri tu pada owner sebenar atau ubahlah sedikit ayat tuu.. janganlah nak copy semua sekali.. kalau aku pun marah..hehe.. Owh yee, kalau korang still degil, pihak Google AdSense ni takkan teragak-agak reject permohonan korang tu.. So fikir-fikirkanlah yee..
Semua info ni, aku dapat daripada <SINI>.. Terima kasih awak!!
11 comments:
Wahhh good info. Nak try laa nanti. Mana tahu layak atau tidak.
Lepas beberapa bulan berblog nmpak earning tuuh terus apply .seminggu lepas tuu dpt :) btw, singgah klik2 gooleads ^^
Ya Allah terima kasih umie...akak pun nak cuba la..apa pendapat umie...
@leya yeolly jemput lah try yee leya :)
@Kim Chaa alhamdulillah, samalah kita.. sat lagi saya pulak klik yee..
@PeRdU cINta Cubalah kak PC.. umie cuma berkongsi apa yang umie tahu.. Selamat mencuba kak PC :)
Done... Saya klik satu nuffnang n AdSense jap lagi..
Done ... Saya klik satu AdSense n nuffnang..
Sekarang nie makin lama makin susah nak dapat adsense.. huhu
wah tahniah..bestnya,,,umie..cer tengok dekat header blog umie..ada keluar something..kena cari dalam template umie tu untuk delete.
@Nur aFiQaH tulah, nak mencari yang lemah ni..nanti umie perbaiki yee.. Terima kasih Sis :)
Post a Comment