Assalamualaikum.. Alhamdulillah masih diberi kesihatan yang baik untuk meneruskan lagi tulisan yang tak seberapa ini.. Mula sudah semester baru di UTHM, alhamdulillah dah masuk Tahun 3 aku di Fakulti Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik ni.. oleh kerana awal-awal sem kan so tahap kebosanan yang tak mampu aku tanggung ni tiba-tiba baru ingat yang aku banyak sangat tak update lagi-lagi bila aku menang contest dan giveaway.. Maaf rakan-rakan blogger semua, aku bukan tak nak buat entri khas untuk kamu semua tapi ingatan sis ni dah tak mampu nak tampung semua.. So disini, saya Ummi Shafiqa Diyana (Umie Yana) mengucapkan ribuan TERIMA KASIH yang teramat sangat atas segala hadiah yang telah selamat saya terima selama ini..
Haaaa, aku baru ingat yang aku dapat berita baik (ni pun sem lepas yang dah 5 bulan kot).. Aku ada menyertai sebuah contest daripada Lazada.. nah ni dia entrinya, Lazada Birthday Festival Blogger Contest.. Aku masuk just suka-suka je sebab dah pihak Lazada email untuk aku join kan.. niat sebab nak support je aku tengok ramai blogger yang lagi hebat tempat yang dipilih untuk diadakan Party Birthday..
Aku ingat lagi yang aku terima email masa tengah tunggu order makan sampai kat meja makan ni ar.. Aku terima yang ni dulu..
Email yang kat atas ni aku just abaikan jee.. yela mana nak sangka yang hiphiphorray15 ni tersenarai.. Lepas beberapa minit, aku dapat lagi email... haaa ce teka aku dapat email apa?? terkejut aku weiii.. nak gelak nak nangis pun ada sebab macam eh betul ke? ke Lazada salah hantar ni.. hahaha
Alhamdulillah aku menang, aku ingat saguhati je rupa-rupanya dapat 1st Prize!! pehh gile arr, tak sangka betul.. Rezeki ayam nampak di kaki, rezeki manusia tiada siapa yang tahu.. eh betul ke peribahasa tu (kalau salah tolong betulkan yee).. mesti korang nak tahu aku buat apa kan??? hahahahaa (nampak tak tanduk dah keluar)
Nah sila amati apa yang aku berjaya tangkap tapi ikutkan nafsu serakah aku ni lagi banyak aku nak angkut tapi malangnya tak mampu.. hehehe
beli ni sebab dompet aku dah koyak so saje jela sebab nampak cantik dan alhamdulillah sampai pun memang cantik.. memang puas hati.. hehee
mesti terkejutkan sebab aku beli bateri laptop pulak.. kebetulan masa ni, bateri laptop buat hal pulak (bateri kong) jadi sekali laa masuk dalam list
handbag ni comel lahh sebab ade bulu-bulu tu.. tapi kecik je muat-muat untuk purse yang kat atas dengan phone jee
Haaa yang ni aku sukaa, cantik weii tapi tak sesuai sangat sebab agak nampak mewah pulak bila pakai.. bolehlah guna untuk pegi majlis formal..senang nak sumbat barang jugak..hehe
yang ni frust sikit, sebab ade kotorlah kat bag nii..warna pun tak macam yang aku expect... tapi bolehlah nak bawak kat batu pahat nii
Handbag ni cute kann.. tapi malangnya, adik aku dah terkoyakkan sikit dekat part nak ikat tuu.. haihh, bagi pinjam tapi kasar nauu gunanya.. sabar jelaaa
Haa yang ni pulak, aku memang nak carik beg untuk laptop.. so sekali lah shopping
yang ni maaf sebab dah tak de pulak dalam lazada ni.. tapi handbag ni aku hadiahkan untuk mama
aku.. fuhh, memang in good condition kalau tak, tak tahulahh
purse ni memang boleh selit phone sekali tapi agak bahaya sebab dia tak ada zip..huhu
yeahhh, yang ni memang pujaan hatiku sebab hardisk yang lama rosak...so ini item pertama aku pilih..hahaha
Nampak tak macam mana aku dapat menghabiskan semua voucher yang Lazada bagi berserta duit tambahan untuk cost-cost tertentu..hehehhe.. Terima kasih Lazada.. LOVE LAZADA!!!
2 comments:
Wahhhhh,, bestnyaaa.. Tahniah awakkk :D
wah.. tahniah.. syok betul boleh shopping banyak barang tu..
Post a Comment