Tuesday, June 28, 2016

Tahniah TMJ dan YM Che Puan Khaleeda atas keputeraan puteri baginda

Lamanya hiphiphorray senyapkan.. musuh utama dah menghasut sebab tulah jarang update apa-apa kecuali segmen dan giveaway.. pemalas bebenor kan umie ni..hehe.. Kadang-kadang memang nak update tapi idea nak menaip pulak loss.. haihh..

Okaylah, oleh sebab aku anak jati Johor jadi aku nak share khabar gembira untuk orang selatan ni.. Mesti ramai yang sedia mengetahui bahawa TMJ kita iaitu DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan YM Che Puan Khaleeda Bustamam telah dikurniakan seorang puteri.. Dah sebut puterikan, comfirmlah baby girl.. Comfirm cute miut sebab kedua ibu bapa baginda juga cantik dan hensem tau.. Cuma gambar puteri ni tak dapat dikongsi lagi..

Untuk pengetahuan semua, keputeraan puteri baginda telah disahkan pada 25 Jun 2016 yang lalu di Wad DiRaja, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.. Alhamdulillah, YM Che Puan Khaleeda Bustamam dan puterinya kini berada dalam keadaan sihat walafiat..

Inilah gambar yang dikongsikan oleh Facebook Johor Southern Tigers

Tambahan lagi, Tunku Mahkota Johor dan YM Che Puan Khaleeda binti Bustamam selamat berangkat pulang ke Istana Bukit Pelangi pada hari isnin (semalam), 27hb Jun 2016 daripada Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Mesti nak tahu nama puteri bagindakan?? Baginda telah memberi nama puteri baginda iaitu YAM Tunku Khalsom Aminah Sofiah binti Tunku Ismail.. 
Berita ini telah disahkan oleh Dato' Abdul Rahim Ramli, Yang DiPertua Jumaah Majlis DiRaja Johor.. Allah peliharakan Sultan. 








Antara gambar baginda sekeluarga selepas YM Che Puan Khaleeda binti Bustamam dibenarkan pulang ke Istana. 

Ini adalah ucapan tahniah daripada pemain bola sepak JDT iaitu Safe Sali, Azammuddin Akil dan Farizal Marlias. 

Sumber gambar yang diperolehi adalah daripada Facebook Johor Southern Tigers

6 comments:

Kak Wawa said...

CP Khaleeda ni artis ka dulu?

babYpose said...

Alhamdulillah. Happy family.

PeRdU cINta said...

Alhamdulillah...akak bangsa Johor rasa sangat gembira..bersyukur..

yusrina said...

bakal jadi puteri raja tu kelak.. hehe.. daulat tuan puteri.. gitu

umie yana said...

@Puan Wawa
tak tahu la pulak.. hehe

Unknown said...

Sweet.. :D

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg