Wednesday, June 1, 2016

Drama Assalamualaikum CInta

Setelah tamat drama yang disiarkan sebelum ini iaitu Dia Semanis Honey, kini drama baru yang turut di ilhamkan melalui novel hasil nukilan penulis terkenal iaitu Zura Asyfar.. Jika korang masih ingat, hasil tulisan beliaulah yang memberi peluang untuk drama Sebenarnya Dia Isteri Aku yang dilakonkan oleh Izzue Islam dan Tiz Zaqyah sebelum ditayangkan oleh TV3.. Sekali lagi, drama pilihan novel diangkat untuk menghiasi televisyen yang mana telah mempunyai penggemar yang tersendiri..

Drama ini mempunyai 20 episod dan telah bermula pada 30 Mei 2016 yang lalu. Drama ini adalah diterbitkan oleh Dark Wave Pictures Sdn Bhd malah di arahkan oleh pengarah yang kian menaik namanya, Michael Ang. Tambahan lagi, lagu tema drama ini adalah sebuah lagu nyanyian Hazama yang diberi tajuk Di Amaran Mama.. Wah memang kenalah lagu dengan drama ni..


Sinopsis
Kerana pertaruhan semangkuk cendol, Azrif dengan Rykal memulakan misi mereka untuk memikat gadis bernama Emma dan Nia yang dikenali dengan tidak sengaja. Kemuncak misi mereka adalah, mana-mana gadis yang akan sebut perkataan ‘I Love You’ dulu kepada mereka, dia yang akan memenangi pertaruhan itu.

Bagi Emma, sejak dulu lagi dia anti dengan lelaki kaya. Pada fikirannya, lelaki kaya suka adalah jenis yang suka berlagak dan menggunakan kekayaan mereka untuk mempermainkan perasaan perempuan. Contoh yang terdekat Ialah abang iparnya bernama Daniel yang selalu berkasar dengan kakaknya, Natasya. Perkenalannya dengan tidak sengaja bersama Azrif Iqbal seakan membawanya ke dalam mimpi ngeri. Dia tidak suka dengan sikap lelaki tersebut yang suka memaksa untuk menerimanya sebagai kawan.

Untuk Nia pula, perkenalannya dengan Rykal kerana berebutkan parking kereta membawa satu perubahan dalam hidupnya. Lagi-lagi bila ayahnya amat tegas dalam mengawal kebebasannya untuk berkawan dengan lelaki.

Walaupun dihamburkan dengan berbagai kata amaran, Azrif dan Rykal tetap gigih dengan misi mereka. Emma dan Nia yang pada mulanya tidak berapa suka dengan semua itu akhirnya menyedari yang sebenarnya hati mereka sudah mula terpaut suka pada Azrif dan juga Rykal.
Dek terlalu teruja dengan misi mereka yang sudah berjaya, akhirnya misi mereka kantoi juga pada malam yang sama. Saat itu, serta-merta Emma dan Nia memutuskan untuk tidak berjumpa dengan mereka berdua lagi.

Ketika itu Azrif dan Rykal mula susah hati. Hidup mereka sudah serba-serbi tidak kena. Mereka berdua sedar yang misi mereka itu sebenarnya sudah membuat mereka mula jatuh cinta pada Emma dan juga Nia. Namun ketika itu semuanya seakan sudah terlambat, nenek mereka berdua telah membuat keputusan mengejut untuk menunangkan mereka berdua dengan calon pilihannya sendiri.

Senarai pelakon
Pelakon Utama : 
Saharul Ridzwan sebagai Rykal Safuan
Kamal Adli sebagai Azrif Iqba
Emma Maembong sebagai Emma Harlini
Ayda Jebat sebagai Nia Sakinah

Dibantu pula oleh : 
Sharifah Husna sebagai Sherry
Ieka Simone sebagai Rose
Zalfa Zin sebagai Anita
Harianti sebagai Natasha
Ku Faridah sebagai Tok Ma









7 comments:

yusrina said...

macam best jer kan, drama ni

yusrina said...

macam best jer kan, drama ni

Afif Rayyan said...

Best giler cter nie lagi2 ade emma maembong.. ehehe

Afif Rayyan said...

Memang best drama nie lebih2 lagi ada emma maembong.. ahaha

Azlinda said...

layan gak ni heheheh

PeRdU cINta said...

Akak tak fokus sangat...dah episod 2 ya...

Nurhaziq Abdul Hafiz said...

entah kenapa, saya semacam tiada minat untuk menonton drama ini.

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg