Kenapa orang tak pernah puas dengan diri sendiri? Padahal, dia ada semua. Semua yang orang lain tak ada dalam hidup mereka. Kenapa mesti ada sikap orang yang sentiasa ada perasaan iri hati, hasad dengki pada kelebihan orang lain? Allah dah bagi setiap kelebihan pada hamba-hambaNya. Bukan sedikit tetapi melimpah ruah DIA bagi. Tapi kita sentiasa mahu lagi, lagi dan lagi. Tidak pernah puas kan? Tapi janganlah kita sampai menutup pintu rezeki orang lain. Kita sendiri pun minta rezeki dengan Allah, siapa-siapa pun mintak rezeki dengan Allah. Malah agama lain pun mintak rezeki dengan Tuhan mereka. Jadi siapa kita jika hendak mengganggu rezeki orang lain? Tuhan bagi mulut untuk bercakap benda yang baik-baik. Tuhan bagi tangan untuk memberi benda yang baik2.. Tuhan bagi akal, untuk membezakan mana yang baik mana yang tidak..
Tapi kita??? Apa yang kita buat?? Apa???
Tanya diri kita.. Tanya iman kita.. Tanya akal yang sihat kita.. Apa yang kita buat selama ni??? Menabur fitnah?? Bercakap yang bukan2?? Bercerita tentang kekurangan orang lain?? Fikir kan dalam2 kawan2..
Bukan.. Bukan nak jadi penceramah.. Bukan nak jadi pakar motivasi.. Cuma ingin meluahkan rasa yang susah diungkapkan dengan kata2..
Pernahkah anda terfikir apa perasaan kawan kita apabila mendapat tahu punca rezekinya selama ini ditutup oleh anda sendiri? Pernah?? Tentu tidak kan.. Tidak minta banyak, bukan minta sedekah. Cuma minta jangan mengganggu rezeki orang..
Ya betul, setiap yang berlaku itu ada banyak hikmahNya.. In Shaa Allah..
Jika kita ada terbuat salah samada perasan atau tidak, cepat2 lah meminta maaf.. Walaupun orang itu tidak memaafkan kita namun bersyukurlah jika kita dah berusaha meminta maaf dengan ikhlas sudah tentu ia dapat meringankan beban kita ketika di padang masyhar nanti.
Maap jika ada yang tersilap tulis.. Tegurlah aku, bimbinglah aku..
#HanyaPicisanNota
4 comments:
Mana ade manusia yang pernah rasa cukup dengan apa yang dia ade walaupun dia miliki keseluruhan harta di dunia nie..
Yup betul tu Akim.. Tapi kalau dah tahap menyusahkan orang pun susah jugak.. Kesian orang lain :'(
in sha Allah srmua mahukan yang terbaik. salam ukhuwah dr saya blogwalking segmen yaya cendana.
In Shaa Allah, mudah-mudahan begitulah.. salam perkenalan :)
Post a Comment