Assalamualaikum...
sedar tak sedar, dah 22 tahun aku hidup di dunia ni.. Tak terasa pun masa berlalu.. Tapi tula, apabila kita makin menginjak ke zon dewasa ni.. makin banyak dugaan yang bakal ditempuhi.. Tu normal kan.. Baru2 ni, kawan2 sekelas aku waktu belajar dulu dah bertunang.. Alhamdulillah, cepat jodoh mereka.. Akan datang bulan 2 ni pulak, satu lagi sahabat aku berkahwin.. Tak sangkakan.. umur sebaya tapi dah kahwin.. Kadang2 aku terfikir la jugak, dah sedia ke nak pikul tanggungjawab selepas bernikah ni?? Nak jaga diri sendiri pon susah, nikan nak jaga suami.. Tetapi aku sedar, ni tanggungjawab kedua-dua pihak.. iaitu si suami dan si isteri.. betul tak?? Kalau imam pun tak mampu menjaga keharmonian masjidnya, macam mana makmumnya gembira dan bahgia?? Tapi tipulah kalau aku cakap aku tak cemburu tengok orang dah kahwin, dah tunang tapi aku?? masih mencari.. Bukan mencari yang sempurna tetapi cukuplah mampu melengkapkan kekurangan diri ni.. cehh, feeling pulak..maluuu nyee..
In Shaa Allah, setiap manusia dilahirkan secara berpasang-pasangan... Pasti akan ketemu dengan bakal imam dan bakal makmum.. Nak kahwinnnn (gedik semacam ni dah kenapa?.. gurau2 je ye, jangan ambik serius pulak tau..
2 comments:
samalah umur kita. classmate sya baru sorg kahwin. yg lain belaka nak kahwin lpas grad
yeahh, sweet 22 :P
Post a Comment