CERITA PENDEK
Hari ni, aku telah bermula bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat di JB.. Pada mulanya, aku tidak mahu bekerja disitu tetapi atas desakan keluarga kerana mereka tidak mahu aku terlalu obses untuk kerja yang bagus dan tidak dapat menyambung pelajaran aku.. Maka pada 21 julai 2015, aku telah memulakan hari pertama sebagai kerani.. Namun, aku mulai terasa bosan kerana kerja yang aku lakukan hampir setiap hari adalah hanya mengadap sebuah komputer. aku bagai merasakan segala ilmu ku semasa mengambil segulung diploma adalah sia2.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan, namun aku masih di meja yang sama, masih melakukan kerja yang sama. kadang kala, aku cemburu melihat sahabat2 aku yang menuntut di politeknik bersamaku. mereka telah berjaya membeli kereta sendiri manakala aku?? Erm aku pula masih tak tahu arah tuju aku selepas ini..
Pada suatu hari, aku mendapat offer untuk bekerja di sebuah bandaraya yang amat besar.. ia juga menepati pengetahuan yang telah aku pelajari selama 3 tahun semasa poli dan 2 tahun semasa spmv.. Tetapi malangnya, aku tidak dapat pergi di interview itu disebabkan sesuatu masalah yang tak dapat aku elakkan. Pada mulanya, aku amat kecewa tapi ia mungkin bukan rezekiku. Jadi aku redha. Setelah aku bekerja selama 6 bulan, aku telah ditawarkan menyambung pelajaran di sebuah universiti. Alhamdulillah, ini yang amat keluarga aku harapkan memandangkan aku adalah anak sulung di dalam keluargaku.
Kini, aku telah memasuki sem ke 3, aku mulai mengenali pelbagai perangai manusia di U itu. Nak dijadikan cerita, aku juga manusia biasa yang banyak kekurangannya. Aku mulai mengenali seorang pelajar di U itu, walaupun dia hanya tua setahun denganku, aku telah mula menyukai dia. Dia bernama Aiman. Kami berkawan hampir setahun tetapi disebabkan dia telah sibuk dengan pelbagai projek akhir membuatkan hubungan kami sedikit renggang. Sungguh aku bersyukur kerana hubungan kami masih bertahan sampai dia graduate.
Setelah aku memasuki semesta 5, sekali lagi kami terpaksa berenggang. Ini adalah atas permintaanku kerana aku ingin fokus pada pelajaranku. Selama tempoh itu, tanpa aku sedari aiman telah curang dengan seorang perempuan lain yang aku anggap "sahabat" yang juga telah memperkenalkan aku dan aiman. Tentu semua nak tau macam mana aku boleh tahu semua ini kan?? Pada masa itu, tira (sahabat) berchat dengan seseorang melalui FB nya. Aku meminta tira untuk membelikan makanan kerana kebetulan pada masa itu juga, ada kawan2 yang lain telah mengajak tira ke kafe. setelah hampir 10 minit, telefon tira berdering. aku menjawab panggilan itu. malangnya aku amat terkejut kerana nombor telefon si pemanggil itu amat aku ingati. tergamam aku apabila si pemanggil itu memanggil dengan panggilan 'sayang' padahal ini bukan telefon aku. Tup2 tira pun balik dan pelik kerana aku terdiam sambil memegang telefon note nya itu. Terkejut tira apabila melihat paparan di telefon nya itu. rupa2 nya, tira dan aiman telah menjadi pasangan selama 5 bulan. tira menceritakan padaku bahawa aiman menceritakan tentang aku yang mahu fokus dengan study ku. Oleh kerana aiman merasakan tira lebih memberinya perhatian terhadapnya telah menimbulkan perasaan sayang pada tira.
Apa yang aku rasa ralat adalah aku telah cuba sebaik mungkin untuk memahami keadaan dia ketika dia di tahun akhir manakala dia pula telah menghancurkan segala kepercayaan aku selama ini. Hanya kurang perhatian, dia telah berubah hati dan lebih menyakitkan aku apabila sahabat yang paling rapat dengan aku di U ini telah menipu aku selama 5 bulan.
moralnya?? korang pun boleh pikir kan... mohon ampun dan maaf kalau cerita ini tidak best, hakak just try je nk feeling2 sat.. SEKIAN
No comments:
Post a Comment