Monday, August 24, 2015

AKU SAYANG KAULAH GILER

Anita membuka pintu pagar bangunan yang seperti telah diarahkan. Dia berasa seram sejuk apabila melihat keadaan yang amat suram itu. Anita melangkah sedikit demi sedikit ke hadapan. Nak tengok kanan kiri memang tak beranilah. Tiba - tiba....

"Heeeeee" suatu bunyi yang menjengah ke gegendang Anita.
'Nak jalan ke nak patah balik?' fikir Anita. Tapi sms tu suruh pergi dewan bangunan ni.
Petang itu, telefon iphone miliknya telah berbunyi menandakan satu sms masuk. Dia membuka dan membaca sms itu.
'SILA PERGI KE RUMAH AGAM DI HUJUNG KAMPUNG ANDA. JIKA TIDAK, NYAWA ORANG YANG ANDA SAYANG AKAN TERANCAM !!!'
Kaget Anita apabila membaca sms itu. 'Nombor telefon sape pulak yang hantar sms ini? Dahlah nombor private' Anita bermonolog sendiri. Dia cuba menghubungi ibunya, Pn Faezah tetapi nombor ibunya tidak aktif. Begitu juga dengan ahli keluarga yang lain. Mahu tak mahu, dia terpaksa pergi setelah dapati semua keluarganya tidak dapat dihubungi.

Tiba - tiba, telinga Anita menangkap bunyi kayu pokok yang telah patah kerana dipijak oleh seseorang. Tap, tap, tap, bunyi tapak kaki semakin hampir dari arah belakang. Anita memberanikan diri untuk menoleh belakang. Alangkah terkejutnya, apabila lampu tiba - tiba terbuka dan Anita ternampak tulisan "HAPPY BIRTHDAY ANITA". Laa, sambutan hari jadi rupanya. Di belakang Anita adalah kek yang dibawa oleh kawan baiknya iaitu Ash sambil ditemani oleh ahli keluarganya yang lain. Lagu selamat hari lahir pun bergema di rumah itu.

"HAPPY BIRTHDAY Anita" ucap mereka sambil menyuruh Anita meniup lilin pada kek itu. Dia sangat terharu dan telah menitiskan air mata apabila membayangkan situasi tadi benar - benar terjadi. Ibu memeluk dan menenangkannya.
"Ni semua idea sape hah? kalau aku jumpa memang sampai lumat aku kerjakan" marah Anita.
"Alaa, chill la. Kan surprise party. Tak kan tak boleh? luah Ash.
"Ohh, jadi nilah dalang rupanya" Anita terus mengejar Ash.

Tetamu yang lain hanya ketawa melihat gelagat mereka berdua.  Baru Anita perasan yang majlis itu mempunyai ramai jemputan dan berhenti mengejar Ash kerana malu berlakuan sebegitu. 'Siap kau Ash nanti, memang aku kerjakan kau' hati kecil Anita berbisik.
         
Para tetamu mula menjamu hidangan sambil diserikan dengan persembahan anak yatim yang dijemput oleh Pn Faezah. Semasa Anita tengah makan, dia terdengar namanya diseru oleh seseorang. Siapa lagi kalau bukan bff nya, Ash cuma yang bezanya Ash cakap dekat atas pentas.
"Lagu ni khas saya tujukan khas untuk birthday girl, terimalah" luah Ash.
What would I do without your smart mouth
Drawing me in, and you kicking me out
Got my head spinning, no kidding,
 I can’t pin you down

What’s going on in that beautiful mind
I’m on your magical mystery ride
And I’m so dizzy,
don’t know what hit me,
but I’ll be alright

My head’s under water
But I’m breathing fine
You’re crazy and I’m out of my mind

Cause all of me
Loves all of you
Love your curves and all your edges
All your perfect imperfections
Give your all to me
I’ll give my all to you
You’re my end and my beginning
Even when I lose I’m winning‘
Cause I give you all,
all of me
And you give me all,
all of you

How many times do I have to tell you
Even when you’re crying you’re beautiful too
The world is beating you down,
I’m around through every move

You’re my downfall, you’re my muse
My worst distraction, my rhythm and blues
I can’t stop singing, it’s ringing, I my head for you
Tersentuh jiwa gadis genit itu apabila mendengar lagu All of me daripada John Legend itu. Apatah lagi apabila melihat Ash betul - betul menjiwai lagu itu sampai menangis. Mereka sebenarnya telah berkawan daripada kecik lagi dan disebabkan keluarga mereka mengenali menjadikan hubungan mereka semakin akrab. malah ada yang mengatakan di mana ada Anita di situ ada Ash. Anita teringat macam mana perkenalannya dengan Ash. Hahaha, dia tergelak sendiri.

Pada dia berumur 5 tahun, mereka berdua dimasukkan di tadika yang sama malah di kelas yang sama. Dulu Anita suka membuli Ash sampai Ash menangis di dalam kelas. Sehingga membuat Puan Faezah geram dengan perangainya yang satu itu. Tetapi disebabkan itulah, mereka dapat bersama bgaikan kembar tidak seiras.

Anita bagaikan terkejut daripada tidurnya lena kerana terdengar bunyi tepukan yang amat gemuruh khas untuk persembahan Ash pada malam itu. Dia terus berjalan ke pentas dan mengucapkan terima kasih atas menghargai persembahan sahabatnya dan persahabatan mereka yang amat lama itu.




No comments:

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg