Monday, July 25, 2016

First Giveaway by Anis Khalilah

Klik banner

Ibu, Kaulah Segalanya... Ibu yang telah melahirkan dan menjaga aku selama 22 tahun ini tidak tahu erti penat lelah dalam menguruskan kami 9 orang anak kesemuanya.. Insan yang digelar MAMA ini sentiasa menjadi tulang belakang dalam kejayaan kami bahkan dalam semangat kami turut mempunyai semagat cekal mama.. Aku akui, mamalah tempat aku meluahkan perasaan sayang, gembira, marah, penat lelah dan sebagaiya.. Namun beliau tetap utuh di belakangku mendoakan kejayaan aku selama ini.. Masih aku ingat, pertama kali duduk di asrama dulu.. Perasaan rindu dengan insan ini amat berat hingga hampir setiap malam aku mesti menghubungi mama.. Tidak kira siang, malam, pagi atau petang.. Mesti call.. Jika ada masalah pun, orang pertama aku cari mesti mama.. Yee memang mama tak dapat berbuat apa-apa kerana jarak kami amat jauh namun kelegaan meluahkan rasa amat membantu.. Kasih Ibu membawa ke syurga.. Kalau korang nak tahu, mamalah orang yang akan menjadi teman bergaduh.. menakutkan?? maksud aku bukanlah bergaduh sampai bertumbuk bagai.. Hanya bergaduh mulut.. Contohnya, apabila menonton cerita kegemaran kami.. Mesti kami akan simpulkan apa scene yang akan berlaku kemudian dan akan berdebat.. hahaha, sampaikan kadang-kala ayah yang pening kepala.. Dah anak mak, comfirm perangai aku akan ikut perangai mama sebab aku adalah orang yang jenis kalau dah cakap A, sampai bila-bila akan tetap dengan jawapan A.. Sebab tu, kami mesti bergaduh.. Tapi jangan pelik kalau mamalah orang yang aku suka usung ke sana ke mari.. nak g mall pun heret mama.. nak beli cool blog pun heret mama pada hal bukan jauh mana pun.. Nak cakap manja, aku bukanlah anak yang manja.. Hanya biasa-biasa sahaja.. Yelah berkongsi dengan 8 orang adik yang lain belum termasuk dengan ayah lagi..hehe

Mama, ain, mia dan aku (abaikan muka aku ea..hehe)

GA ini akan tamat pada 13 ogos 2016..
Jom meriahkan GA Cik Anis kita ni, menang kalah belakang kira tau..hehe


12 comments:

Anonymous said...

goodluck :)

PeRdU cINta said...

Good luck ya adik :)

Eeiou_ said...

your mom is so lucky for having you. hehe.

Eeiou_ said...

your mom is so lucky for having you. hehe.

umie yana said...

Terima kasih sahabat semua..Sebenarnya, saya yang beruntung ada seorang ibu seperti beliau :)

Edda said...

bestnya masih ada mak . .=(

Afif Rayyan said...

Semoga berjaya..

umie yana said...

@fara edda jangan bersedih awak.. sentiasa doakan kesejahteraan mak awak yee..

YumeeDream said...

goodluck ^^

SIQAHIQA said...

Good luck Umie :)

Siqah ada tag Umie ye untuk join satu segmen. hehe.

http://siqahiqa.blogspot.my/2016/07/pencarian-bloglist-ogos-by-aisyhah-nyais.html#more

Anis Khalilah said...

Assalammualaikum umie. Terima kasih sudi join giveaway anis. Tahu tak pe. Ibu adalah segala galanya kan. Semoga Allah akan sentiasa merahmati mama umie. Good luck dear! ^^

Mellya Musa said...

good luck :D
http://mellyacrayola.blogspot.my/2016/08/first-giveaway-by-anis-khalilah.html

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg