Baru-baru ni, aku telah dilanda musibah.. teruk tak teruklah
tapi still menyakitkan jiwa raga mak nokk.. Rabu 13 Julai 2016 bersamaan 8
Syawal 1437, aku telah dilanggar oleh sebuah kereta mewah masa nak pergi
kerja.. Tak salah aku, aku keluar rumah pukul 8.15 pagi gitu. Tak sampai 5-6
minit aku gerak, bummmm….. Ya Allah, macam-macam perasaan masa tu.. menggigil
jangan cakap laa.. Benda aku sendiri tak sangka sebab jalan yang aku jalan
memang betul… Allahuakhbar!! Allahhuakhbar!!
Aku dah bertembung dengan kereta tu daripada jalan keluar
rumah lagi namun aku hanya mengikut belakang meskipun aku hanya membawa
motorsikal.. Masa tu, jalan yang aku lalui ada 2 line dan jalan yang sama
kereta itu ikut adalah line belah kanan.. SubhanaAllah!! Memang aku tak sangka..
yelah, kalau dah kereta tersebut jalan belah kanan, dah tentu-tentu dia takkan
belok kiri.. Owh ye, jalan yang aku excident tu ada simpang tiga.. Oleh kerana
aku berpendapat yang kereta mewah tadi hanya terus sahaja jadi aku melalui
jalan kiri sebab aku ingin belok kiri selepas simpang tiga tadi.. TAPIII…..
Tanpa disangka kereta tadi belok kiri biarpun dah sampai
bahagian tengah jalan simpang tersebut.. Oleh kerana aku di sebelah kiri kereta
tadi, aku tak perasan ada signal yang dinyalakan sebab aku betul-betul
bersebelahan tempat duduk pemandu tersebut.. Ya Allah, dia langgar aku.. dekat
sangat muncung kereta dia dengan lampu depan motor aku.. Terkejut aku terus
mengelak dan terbaring di tengah simpang tiga tu.. Macam-macam perasaan aku
masa tu.. memang terkejut jadi aku hanya beristighfar sahaja.. Astagfirullah,
Astagfirullah banyak kali.. tangan dah menggigil.. Dalam waktu yang sama, aku
ralat sebab orang yang cuba membantu aku telah menjahanamkan motor aku yang tak
sampai setahun lagi aku guna.. bayar pun tak habis lagi.. Allahuakhbar!! Macam
mana dia jahanamkan?? Oleh sebab aku jatuh di belah kanan, jadi orang ni try
angkat motor aku daripada belah kanan.. Korang tahukan motor auto macam mana??
Hanya perlu press atau putar sedikit pemegang motor yang belah kanan jadi dah
comfirm2 motor gerak sendiri..
Tapi manusia ni tadi bukan pusing sedikit je malah lebih
lagi hingga aku yang luka ni nak kena kejar dia pulak.. Aku dah cakap matikan
dulu enjin masa dia nak tolong tapi tak dengar cakap.. Last2 dia dah kena macam
tu, eh dia main hempas motor aku.. tergamam aku kat situ.. habis calar balar
motor aku.. tadi dah belah kanan sekarang belah kiri.. tu tak pe lagi, ni
sampai seat motor aku patah weii.. patahhh.. Alahai…
Serius wei, aku sendiri macam tak percaya dalam sekelip mata
semua tu jadi.. lepas aku call ayah aku
yang aku accident, aku pergi check kereta mahal yang langgar aku tadi..
Terdapat kesan calar akibat bergesel dengan motor aku tadi.. Dia pun minta maaf
sebab tak perasan aku kat sebelah kiri kereta dia.. Aku pun dah tak boleh nak
cakap apa dan biar ayah aku yang tolong settlekan..
Orang yang “menolong menjahanamkan” motor aku?? Hahaha, dia
dah pergi kemana entah.. marah?? Mestilah marah sebab harga nak repair seat
motor aku tu pun dah bersamaan harga bayar bulan-bulan la weii.. Motor apa yang
mahal sangat nikan.. Aku pakai motor SYM Jet motor tu yang barang gantiannya
mahal nak mamp__ … Tapi Alhamdulillah, aku tak cedera teruk tapi still dapat
cuti 3 hari sebab satu badan sakit-sakit..

Nasihat aku pada semua pengguna jalan raya tak kisahlah
jalan kampong ke jalan Bandar ke.. Tolonglah berhati-hati.. Ada side mirror tu
gunalah.. Ikut jalan yang betul.. Ingat jalan belah kanan untuk lurus dan belah
kiri adalah untuk belok.. Jangan nak ikut otak sendiri jeee.. Hari ni hari aku,
tapi sapa tahu esok lusa hari kau pulak.. Kepada orang nak membantu, terima kasih aku
ucapkan dan tahniah sebab menjadi manusia yang berhati perut tapi tolonglah
dengar cakap orang.. Kang tak pasal-pasal orang lain yang accident tapi orang
lain yang masuk hospital.. Diharapkan kisah ini menjadi ikhtibar untuk kita
semua.. Maaf jika tersalah cakap sepanjang menulis peristiwa pahit ni tadi..
Wassalam