Friday, January 22, 2016

Program favourite aku


Cerita apa ek ni?? Sapa tau??

Assalamualaikum.... Tak jawab dosa.. Lama betul aku tak up entri kan.. Busy sesangat sekarang ni (ntah apa yang dibusy nya pon aku tak tahu)..  Hari ni, aku nak share sikit pasal apa yang aku minat.. Korang tahu tak program apa yang aku nak cerita ni?? Korang minat jugak?? Sama la kita.. Tapi, aku minat program ni bukanlah daripada mula.. Nilah akibatnya terprengaruh dengan classmate poli dulu.. Kadang2 aku tergelak sendiri bila kenangkan zaman dulu2 (ceh macam lama sangat je nak zaman dulu2).. Mula2, aku pelik jugak tengok roommate aku tengok cerita tergelak-gelak sorang2.. Aku tanyala, "kau tengok apa tu wei?? Gelak punyalah kuat".. Dak ni namanya bella, dia jawab " RunningMan".. Tapi aku tak terniat pun nak tengok, yela aku ni bukan peminat kpop sangat.. Just tengok bila aku rasa nak tengok jee..hehe.. Bila duduk rumah sewa pulak, lagi sekali aku berjumpa dengan "hantu RunningMan".. Dak ni lagi power, download sampai episod 64 tau.. Dia cakap kalau tengok episod sama pun, takkan bosan.. Aku pun try la copy satu ke dua episod.. Korang nak tahu apa yang jadi lepas tu??? Hahaha, aku lagi hantu weii.. Tak cukup dua, aku mintak copy semua.. Last2, sampai ke pagi aku layan laptop aku tu.. Tapi time tak ada class jela yee.. Yang aku geram tu, adik2 aku boleh gelakkan aku bila dia tengok dalam laptop kesayangan aku tu banyak episod RM tu.. Nak tahu apa yang diorang cakap?? "Haa, orang cakap best Rm ni tak caya.. Rupanya lagi banyak Rm"adik aku punya dialog.. Pehhh, sedas aku dapat.. Adik aku ni hantu kpop, semua dia kenal.. Bukan setakat artis kpop je, lagu2 pon dia hafal.. Power ke idok?? Ntah lah, no komen.. Lepas tu, aku kena praktikal dekat satu kedai komputer dekat Kota Tinggi ni.. Mesti la tempat sendiri, jimat sikit duit aku.. Hehe ( sebenarnya nak duduk dengan family je).. Ada pulak akak yang keje situ suka tengok RM.. Hah, kita geng laaa... Bila tak ada, customer je RM la yang kita orang bukak.. Dengan wifi free pulak tu, memang best laaa..haaha.. Last2 sekarang aku dah ada kesemua episod, setakat ni aku dah ada 282 episod.. Aipp, bukan mintak orang je ea, aku download sendiri tau... Lagi pun, yang aku suka sangat RM ni sebab, diorang boleh ngam walaupun ada yang suka buli, suka carik pasal dan suka belot.. Kadang2 terharu bila tengok semua artis dalam RM boleh rapat walau sebenarnya diorang bukan kenal sangat pun.. Tapi aku akui, tak semua episod best..hehe, ade certain2 yang aku tengok sekali jee.. Wahh, panjang nya aku punya entri kali ni, harap2 korang sudilah baca yeee... Sapa peminat RM?? Kita gengg...yeahhhh

1 comment:

The Putra Diverse said...

betul3 bkn semua episod best tp ada episod yg tgok byk kali pon still x bosan.

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg