Wednesday, June 8, 2016

Sensitiviti

Syukur Alhamdulillah sebab dapat kita jumpa bulan Ramadhan ni.. Hari ni dah 3 Ramadhan.. tak terasakan.. Bercerita tentang puasa, aku nak kongsi sedikit ceritalah tentang puasa ni.. eh tentang puasa ke?? Ke ibadah puasa?? Tak apalah, korang bacalah dulu yee.. Agaknya korang lebih faham kot kalau dengan cerita aku ni..hehe

Semalam seperti rutin biasa, datang kerja, buat kerja dan bla bla bla.. semua kerja tapi ada satu benda yang menarik hati aku untuk share iaitu sensitiviti.. Kenapa dengan sensitiviti??? Di pendekkan cerita, dalam office aku hampir kesemuanya bangsa cina.. Begitu jugak dengan rakan pejabat aku ni yang duduk meja sebelah jee.. Selalunya, dia mesti bawa botol air masa awal pagi.. Rutin biasa orang cina lebih suka minum air masak daripada kita ni..hehe.. Tapi semalam, dia tak bawak botol air tau.. Mula-mula aku ingat dia lupa ke apa ke.. Lepas waktu tengahari, aku masuk balik office (alang-alang waktu lunch, baik aku lelapkan mata dan solat kejap.. hehe).. Aku perasan amoi ni dah bawak botol air kesayangan dialah.. Kenapalah asyik cerita pasal botol air ek?? hahaha.. sabarlah.. Korang nak tahu?? amoi ni sanggup bawak botol air dia jauh daripada aku untuk elak aku nampak dia minum dan sebagai tanda hormatkan aku yang sedang berpuasa.. Sanggup dia jalan ke tempat lain semata-mata untuk minum.. Walaupun aku tak tergugat pun sebenarnya.. Aku pun nak share 1 lagi status daripada facebook yang aku jumpa tadi.. jap naa

Tak tahu nak komen apa, setiap orang ada pendapat yang tersendiri.. Bagi aku, dia antara orang yang hormat dengan oang lain biarpun berlainan agama.. Bukan susah kan nak hormatkan orang..

Ni aku rembat daripada pen merah kejap..hehe
Jangan kita lalai dalam menunaikan perintah Allah.. Biarlah solat dan puasa berjalan seiring yee kawan-kawan.. Peringatan untuk diri sendiri juga ^^


3 comments:

Nurfaezah Abdullah said...

puasa ne umpama latihan untuk kita bersabar bila diuji ngan perkara mcm orang makan depan kita...

Nurhaziq Abdul Hafiz said...

Saya tabik kepada orang orang bukan Islam yang amat memahami dan menjaga sensitiviti orang Islam sementelahan mereka telah lama berasimilasi dengan masyarakat Islam/Melayu di negara ini. Namun begitu, bukan semuanya bersikap begitu. Ramai di antara mereka yang menjadi ultrakiasu dan tidak mahu menghormati kita sebagai orang Islam apatah lagi orang Melayu. Hanya kita yang selalu hormat pada mereka tetapi mereka tidak pula mahu hormat pada kita. Salam Ramadhan...

Umie Yana said...

@Nurhaziq Abdul Hafiz Betul tu.. Salam ramadhan juga :)

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg