Friday, October 7, 2016

Berhabuk ke??

Lama betul tak update apa-apa.. Rasa dah hampir sebulan kot tak bukak blog ni.. Boleh tahan tebal jugalah habuknya.. Maaf ye pada rakan-rakan yang melawat hiphiphorray akui ni.. Maklumlah sejak berhenti keje ni, sibuknya lagi bertambah-tambah.. Sebenarnya aku dah bergelar student sekarang.. hahaha.. Peh, tak sangka dapat sambung dekat tempat yang aku idam-idamkan dari dulu.. Yela dulu selalu tengok je, sekarang aku dapat pusing-pusing dalam tempat ni.. Sampai sesat tau dok pusing-pusing kat situ..hehe.. Nak tahu tak aku sambung kat mana?? Tadaaaa
Alhamdulillah.. Aku dapat menyambung pengajian di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia weii.. SubhanaAllah, sujud syukur aku bila dapat result upu ni tau.. Aku dapat kos Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik Dengan Kepujian selama 4 tahun.. Tapi insyaAllah, kalau tolak tambah darab bahagi dengan transfer kredit aku hanya perlu 3 tahun setengah je untuk habiskan degree aku kat sini.. 
Shock culture?? Aku tak berapa nak shock lah sebab dah pernah lalui pengalaman macam ni sebeum ni masa menyambung pengajian di Politeknik Merlimau, Melaka.. Cuma terkejut dengan susunan jadual.. Kenapa nak terkejut?? Yela sebelum ni, jadual kelas dah siap so aku just daftar kursus je tapi this time aku kena susun sendiri jadual daripada hari ahad sehingga khamis.. Nampak tak kelam kabutnya macam mana?? hahaha.. Asyik-asyik clash je dengan kelas lain.. Tapi alhamdulillah lepas mintak sign untuk tukar section, mohon masuk kelas lain.. Aku dapat 17 kredit untuk first sem ni.. # paper final.. Fuhhh.. 
Jadual tak pack ke?? Hari yang paling letih ialah hari rabu sebab kelas daripada pukul 8 pagi sampai 6 petang.. nampak tak berapa penatnya aku ni?? Selain hari rabu, kelas aku start pukul 11 pagi tapi tak sampai lewat petang laa.. so dapatlah cover rehat..hehe.. 
Panggilan untuki lecturer pun dah bertukar... Mana taknya before this, just call Encik, Puan jeee.. ni kena panggil Dr pulak.. masa mula-mula aku main suka je panggil Encik dengan Puan.. Nasiblah ye.. mulut dah terbiasa tapi sekarang okaylah sikit..hehe.. 
Dalam UTHM ni, gila besar weii.. Kalau kau tak kuat semangat, awal-awal dah give up nak carik kelas kuliah yang merata tempat ada..hahhaha.. Dengan basnya lambat bagai.. Kelas tak tahu kat mana.. Main redah jee.. Yang geramnya, kat sinikan bukan semua tempat bas lalu so kenalah jalan kaki ke sana sini.. Jaraknya nya nak cakap jauh tidaklah tapi nak cakap dekat pun tak.. mahu basah jugaklah baju ni.. Jalan shortcut pun tak banyak.. Still kena lalu jalan utama... Eh jangan cakap aku kutuk yee.. Cuma luahan perasaan kejap jee.. hehe.. 
 

12 comments:

Siqah Hussin said...

Wahhh ~sambung belajar rupanya. Patutlah menyepi je. Sibuk kan uruskan hal belajar. Good luck umie dalam pelajaran!! Semoga semuanya baik2 je untuk umie :)

Shikin Razali said...

Tahniah sis kerana dapat melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi lagi.. biasalah kan, kalu universiti yang besar, mula2 kelam kabut nak mencari kelas, tapi lama2 okeyla tue kan.. =)

atiehilmi dot com said...

hee~ belajar ape yang tak penat dik.. tak pe.. in shaa Allah berbaloi nanti.. belajar rajin2 ya..

Proudmom said...

Tahniah!belajar rajin2 ye dik =)

♥ aiNa yaZiD ♥ said...

patut laa lama x nampak dia. Goodluck dik.! UTHM ye. Alhamdulillah..Biasa la awal awal masuk memang kelam kabut nak susun jadual, nak carik kelas smua. Lepas sebulan Insyaallah okay.

Btw, parit raja-batu pahat da membangun. Tak boring klu rasa stress blh la melencong skit. =P. Eh rindu pulak pt raja yg terkenal dgn kerepek kerepek murah.. Hehehe. Semoga urusan umie di permudahkan. Cayok! =)

yusrina said...

ke puncak menara gading la tu.. hihih

btw.. jom ke blog yusrina.. ada discography noorkumalasari (new updated)

Claudia Claudy said...

Tahniah!goodluck ye :)

Adam said...

Kalau begitu beli basiksllah.
Jimat dan exsesais.

From:
http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

Lea Azleeya said...

Mana pergi umie.. lama x bersiaran..

najihah sahami said...

rindunyaa zaman study.

tahniah dapat masuk UTHM.. :)

lokman amirul said...

lama lokman tak singgah blog ummi...terlalu sibuk dgn dunia

Intan Saffyna said...

hi,saya datang singgah dah follow sini.. cantik blog ni :)

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg