Friday, August 5, 2016

Salah siapa??


Baru-baru ni, aku telah dilanda musibah.. teruk tak teruklah tapi still menyakitkan jiwa raga mak nokk.. Rabu 13 Julai 2016 bersamaan 8 Syawal 1437, aku telah dilanggar oleh sebuah kereta mewah masa nak pergi kerja.. Tak salah aku, aku keluar rumah pukul 8.15 pagi gitu. Tak sampai 5-6 minit aku gerak, bummmm….. Ya Allah, macam-macam perasaan masa tu.. menggigil jangan cakap laa.. Benda aku sendiri tak sangka sebab jalan yang aku jalan memang betul… Allahuakhbar!! Allahhuakhbar!!

Aku dah bertembung dengan kereta tu daripada jalan keluar rumah lagi namun aku hanya mengikut belakang meskipun aku hanya membawa motorsikal.. Masa tu, jalan yang aku lalui ada 2 line dan jalan yang sama kereta itu ikut adalah line belah kanan.. SubhanaAllah!! Memang aku tak sangka.. yelah, kalau dah kereta tersebut jalan belah kanan, dah tentu-tentu dia takkan belok kiri.. Owh ye, jalan yang aku excident tu ada simpang tiga.. Oleh kerana aku berpendapat yang kereta mewah tadi hanya terus sahaja jadi aku melalui jalan kiri sebab aku ingin belok kiri selepas simpang tiga tadi.. TAPIII…..

Tanpa disangka kereta tadi belok kiri biarpun dah sampai bahagian tengah jalan simpang tersebut.. Oleh kerana aku di sebelah kiri kereta tadi, aku tak perasan ada signal yang dinyalakan sebab aku betul-betul bersebelahan tempat duduk pemandu tersebut.. Ya Allah, dia langgar aku.. dekat sangat muncung kereta dia dengan lampu depan motor aku.. Terkejut aku terus mengelak dan terbaring di tengah simpang tiga tu.. Macam-macam perasaan aku masa tu.. memang terkejut jadi aku hanya beristighfar sahaja.. Astagfirullah, Astagfirullah banyak kali.. tangan dah menggigil.. Dalam waktu yang sama, aku ralat sebab orang yang cuba membantu aku telah menjahanamkan motor aku yang tak sampai setahun lagi aku guna.. bayar pun tak habis lagi.. Allahuakhbar!! Macam mana dia jahanamkan?? Oleh sebab aku jatuh di belah kanan, jadi orang ni try angkat motor aku daripada belah kanan.. Korang tahukan motor auto macam mana?? Hanya perlu press atau putar sedikit pemegang motor yang belah kanan jadi dah comfirm2 motor gerak sendiri..

Tapi manusia ni tadi bukan pusing sedikit je malah lebih lagi hingga aku yang luka ni nak kena kejar dia pulak.. Aku dah cakap matikan dulu enjin masa dia nak tolong tapi tak dengar cakap.. Last2 dia dah kena macam tu, eh dia main hempas motor aku.. tergamam aku kat situ.. habis calar balar motor aku.. tadi dah belah kanan sekarang belah kiri.. tu tak pe lagi, ni sampai seat motor aku patah weii.. patahhh.. Alahai…

Serius wei, aku sendiri macam tak percaya dalam sekelip mata semua tu jadi..  lepas aku call ayah aku yang aku accident, aku pergi check kereta mahal yang langgar aku tadi.. Terdapat kesan calar akibat bergesel dengan motor aku tadi.. Dia pun minta maaf sebab tak perasan aku kat sebelah kiri kereta dia.. Aku pun dah tak boleh nak cakap apa dan biar ayah aku yang tolong settlekan..
Orang yang “menolong menjahanamkan” motor aku?? Hahaha, dia dah pergi kemana entah.. marah?? Mestilah marah sebab harga nak repair seat motor aku tu pun dah bersamaan harga bayar bulan-bulan la weii.. Motor apa yang mahal sangat nikan.. Aku pakai motor SYM Jet motor tu yang barang gantiannya mahal nak mamp__ … Tapi Alhamdulillah, aku tak cedera teruk tapi still dapat cuti 3 hari sebab satu badan sakit-sakit..



Nasihat aku pada semua pengguna jalan raya tak kisahlah jalan kampong ke jalan Bandar ke.. Tolonglah berhati-hati.. Ada side mirror tu gunalah.. Ikut jalan yang betul.. Ingat jalan belah kanan untuk lurus dan belah kiri adalah untuk belok.. Jangan nak ikut otak sendiri jeee.. Hari ni hari aku, tapi sapa tahu esok lusa hari kau pulak..  Kepada orang nak membantu, terima kasih aku ucapkan dan tahniah sebab menjadi manusia yang berhati perut tapi tolonglah dengar cakap orang.. Kang tak pasal-pasal orang lain yang accident tapi orang lain yang masuk hospital.. Diharapkan kisah ini menjadi ikhtibar untuk kita semua.. Maaf jika tersalah cakap sepanjang menulis peristiwa pahit ni tadi.. Wassalam

17 comments:

Eeiou _ said...

Memang kena kuat mental ni kalau kena macam ni TT___TT

Umie Yana said...

@Eeiou _ tengah cuba kuatkan lagi mental ni.. tapi asyik berulang je peristiwa tu bila tengok motor

Sop said...

hati2 dijalan raya
skrg ni kita bawa sopan pun boleh xciden juga sbb kecuaian org lain

Sha said...

memang susah sikit nak lupa bila dah terkena peristiwa macam ni sebab sha sendiri pernah ada pengalaman yang hampir serupa...huhu ^_^

Mas said...

takziah ...haishh..tragis juga..bertabah ya awk

Afiq Rayyan said...

bende nak jadi mmg mcm2 asbab..bw besabo ler...
Faizal Tahir suruh terjah kat sini Raver Si Sotong Vs Hipster Bermisai Lentik

Sarah Halim said...

ya Allah nasib selamat. uish bahaya gilaaaaaaaa :( hm

http://sarahhijabista.blogspot.my/

Ahmad Hasif said...

guna honda je la spare part senang nak cari... nasib la xde apa2 itu yang penting..
ingat masa bawa motor tu kalau nak belok bg signal ye awal2 baru org taw.. pernah tgk dpn mata kena langgar sbb tak bg signal.. nasib org tu xde pape, dia dapat kawal balik motor dia tu...

tashira z said...

duu pernah gak berlaku macam ni. tapi nasib baik hampir2 je. dgn lori pulak tu. tapi mmg salah saya jugak lah. hmm setiap kali kalau saya nak drive msti fkir bnda yg negatif je. mohon tabah ye :) alhamdulilah awk tak apa2 :)

Khairul Nisya said...

Bersabar lah ye. Risau betul sekarang ni, saya bawa kereta pun takut kalau tak perasan motor kat sebelah. Semoga cepat sembuh ye :)

DIASKANA said...

aww take care of yourself!

Anis Khalilah said...

Yang nak tolong pun.. Aishhh.

Umie Yana said...

Terima kasih yang mendoakan.. musibahkan, tak ada siapa yang tahu.. bukan salah kita pun boleh bawa kemalangan.. Tapi tula, sebelum belok ke kanan or kiri TOLONG SANGAT bagi signal sebelum belok jadi pemandu lain dah siap sedia.. Peringatan untuk semua

ZULHILMI TEMPOYAK said...

klu naik moto dkt kl ni mmg bahaya sket. mcm mn pun hati2 ya.

Fhatin Amelia said...

Alhamdulillah awak selamat..

Nurul Aini said...

ya ALLAH bahaya tu. sabar ye awk..

nana liena said...

salam,tersinggah sini walaupun sblum ni tak pernah pun singgah..huhu

kita faham macam mana perasaannya bila bawa motor,kena lebih hati-hati sbb kita lah yang paling senang ditimpa kemalangan,(*nauzubillahminzalik..),kekadang masa atas lane yang betul,kereta belakang nak potong,kekadang terhimpit kita,boleh jadi kita gelabah terus ke tepi,dah masuk parit ke apa. bawa motor kena lebih peka,sbb walaupun kita tak buat salah,ada orang lain yg buat salah,dan kitalah yang kena akibatnya.

ada tengok satu video pasal motor auto terlanggar kereta, lepas tu ada orang tlong nak angkat motor tu,tapi terpulas minyak pula,memang ke depan la motor tu kan.. huhu..

apa-apa pun awak selamat,alhamdulillah,mungkin ada sesuatu yg baik akan diberikan bila Allah turunkan musibah mcm ini pada awak,banyakkan bersabar .

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg