Wednesday, May 4, 2016

Apa Itu BlogList??

Selamat pagi rakan-rakan hiphiphorray... Semoga semua sihat hendaknya.. Hari ni dah 4 Mei 2016.. Kejap je masa berlalu.. Dah makin dekat bulan Ramadhankan.. Dah bersedia ke belum?? Harap -harap sama-samalah kita bersedia untuk berjumpa bulan penuh barakah itu nanti..


Hah, dah baca tajuk ke belum?? Tahu tak function bloglist ni?? Apa?? Tak tahu?? Ishishish, Susahlah kalau nak buat blog tapi tak tahu pun apa tu bloglist.. Tak apalah, aku nak berkongsi sedikit pendapat aku tentang bloglist ni.. Untuk pengetahuan rakan-rakan semua, bloglist antara jalan shortcut untuk kita pergi ke blog orang lain.. Sebab bloglist ni dah sedia ada dalam blog kita, jadi senanglah nak blogwalking ke blog-blog lain..Tak payah susah-susah nak buka 'Reading List' nak baca satu-satu.. Lagipun bila, sesuatu blog tu dah tersenarai dalam BlogList kita, secara automatik kita akan sentiasa nampak sekiranya admin atau tuan milik blog tersebut mengupdate atau menambah entri terbaru dalam blog mereka.. Maka sekiranya kita sedang buka blog kita, memang comfirm nampak blogger-blogger ini update entri baru.. Hah, kan senang kalau kita sediakan bloglist dalam blog kita sendiri..

Seterusnya, apa peranan bloglist ni ek?? Sebenarnya peranan bloglist ini adalah untuk menambah pageview yang digunakan untuk membuka blog kita.. Jadi sekiranya kita baru update entri, mesti akan ada pembaca yang akan baca entri tersebut meskipun tak ramai yang buka.. Kita dapat meningkatkan pembaca dalam masa yag sama dapat mengumpul PV.. haha

Kalau korang perhatikan, sekarang banyak segmen yang dianjurkan untuk mencari beberapa buah blog dalam senarai bloglist selama tempoh yang ditetapkan... Tak payah tengok segmen lainlah, blog aku pun sebelum ni ada menganjurkan segmen #FamilyBlogger yang mencari sebanyak 10 blog bertuah untuk turut tersenarai dalam bloglist hiphiphorray.. Yee, memang bertuah seiranya kita tersenarai dalam sesuatu bloglist tapi kalau kita jarang update blog, malas nak singgah ke blog lain dan malas nak join sebarang segmen atau giveaway, secara automatik orang pun malas nak singgah ke blog kita kan.. 

Bukan semua orang rajin nak blogwalking untuk blog yang jarang update ni tau.. Hanya beberapa blogger sahaja yang rajin buka.. Malah sekiranya ada pun yang buka blog tersebut ianya disebabkan kerana blog tersebut telah termasuk dalam bloglist mereka..  Nampak peranan bloglist ini sebenarnya membawa banyak kebaikan tanpa kita sedar.. Selain itu, dengan adanya bloglist kita juga dapat ilham atau rujukan untuk mengupdate entri terbaru.. Dengan ini, ia dapat membantu kitakan.. Nampak simple tapi inilah kebenarannya.. 

Namun, bloglist ini tidaklah hanya menumpukan blogger-blogger terkenal sahaja malah turut boleh menyenaraikan rakan blogger yang lain.. Dengan ini kita dapat membantu antara satu sama lain.. Kenapa dapat membantu antara satu sama lain pulak ek?? Sebab kita dapat memperkenalkan blogger-blogger baru kepada pembaca blog kita terutamanya untuk memberi keyakinan kepada pembaca tentang sesuatu blog itu.. Okaylah, saya bagi kata kunci yang senang difahami.. Bila ada pembaca yang sedang melawati blog kita, dia mesti akan ternampak bloglist kitakan?? Dengan ini, dia mesti akan turut klik bloglist kita untuk mengenali antara satu sama lain.. Nampak tak effectnya?? Sebab aku pun pernah buat macam ni sebelum followers aku mencecah 262 ni.. Alhamdulillah, Terima kasih semua.. 

Tapi semuanya adalah pendapat masing-masing dan aku hanya mengutarakan pendapat aku sahaja.. 





5 comments:

Unknown said...

Paham paham paham..Hehe !

Akak tak reti dah camne nak setting blog akak ni, sebab kalau org lain masukkan bloglist dlm blog diorang, tak auto update entry terbaru akak..Sob sob ! sedih sangat. :(

umie yana said...

@Ain Cho'in eh, ada macam gitu pulak?? pelik jugak sebab sepatutnya memang automatik

♥ aiNa yaZiD ♥ said...

Betul betul..
senang nak terjah blog kawan kawan. =)

PeRdU cINta said...

Memudahkan untuk kita follow entri baru kawan-kawan..yeyy..

ernahazwani said...

Betullah tu! Kadang-kadang bila tak larat nak blog walking, terjah dalam senarai bloglist pun jdlah.

Jemputan ke segmen kita.
* http://alongwawaerna.blogspot.my/2016/04/erna-mini-giveaway-april-mei-2016.html

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg